CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat Mesej Berbaur Lucah, Pekerja Mengamuk Pukul Bos Miang Dengan Mop

19-4-2021 05:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3487| Komen: 18

Description: Tindakan seorang wanita di China yang memukul majikannya dengan batang mop menjadi tular di media sosial, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.
Tindakan seorang wanita di China yang memukul majikannya dengan batang mop menjadi tular di media sosial, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Dalam kejadian di Beilin, wilayah Heilongjiang, wanita yang hanya dikenali sebagai Zhou itu dirakam memukul ketuanya dengan mop lantai berulang kali kerana lelaki itu dikatakan menghantar pesanan ringkas berbaur lucah kepadanya dan beberapa kakitangan perempuan lain.




Selain memukul wajah ketuanya, Zhou juga membaling buku ke arah lelaki itu.

Ketuanya yang hanya dikenali sebagai Wang dilihat tetap duduk di kerusi ketika Zhou memukulnya. Wanita itu berhenti seketika dan menjerit sebelum memukul Wang semula.


 


Video berdurasi 14 minit itu tular di aplikasi Weibo dan dikongsi berjuta-juta kali sejak Ahad minggu lalu.

Wang dilihat meminta maaf dan memberitahu bahawa mesej yang dihantar itu hanya gurauan.

Zhou bagaimanapun tetap menganggap ia sebagai gangguan.

Di penghujung rakaman itu, Zhou turut membaling bekas air ke muka Wang dan menolak monitor komputer ketuanya.


Kredit foto: Weibo/Daily Mail

Zhou berkata, dia menerima ‘teks pesanan ringkas yang tidak sepatutnya’ sebanyak tiga kali daripada Wang dan melaporkan kejadian itu kepada polis.

Kajian dalaman yang dijalankan mendapati Wang mempunyai masalah disiplin hidup dan dipecat daripada jawatannya dan disingkirkan daripada Party Komunis, lapor Xinhua News Agency.


Sumber: Kosmo!
2

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (5 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote damsel_fiji 19-4-2021 05:40 AM
Cash la kan .. padan muka
Quote MinyakAngin 19-4-2021 05:49 AM
Patutla. Memang tak senonoh perangai nya. Failed jadi maknusia
Quote saviour_09 19-4-2021 08:31 AM
buku bertemu ruas

wang  bertemu zhou
Quote isbritneybich 19-4-2021 08:34 AM
jangan hantar mesej lain kali, hantar lah gambar. pasti tak dapat dibezakan adakah ini mancis atau alat kelamin
Quote tikusmontok 19-4-2021 08:34 AM
selayaknyalah
Quote redz85 19-4-2021 08:40 AM
kalau lah dapat buat gini kat sekor menteri
Quote bored_atticus 19-4-2021 08:47 AM
Hahahhaahahah!!!
Quote n3ar 19-4-2021 12:22 PM
Bos china sana pelik..

ada yg tak berjaya capai sale, kena jilat mangkuk tandas la..

ada yang pagi2 staf perempuan kena cium mulut bos dlu sebelum start kerja..


Quote tipah89 19-4-2021 12:29 PM
hahah boleh plak janten tu duduk diam2 kena pukul eh.
Quote dubuk 19-4-2021 12:35 PM
adegan yang ingin kita lihat
Quote batmana 19-4-2021 01:05 PM
apesal parti komunis tak hukum sunat je wong ni..cume hentikn jawatan aja
klu pesalah rasuah leh plak tembak mati..ptut org cmni kene sunat dulu..hahaa
Quote kakakpositifker 19-4-2021 01:07 PM
hahahahahha. kat opis akak ada sorg mcm ni. bodoh. ingat kelakar. ada tu bini org berbual lucah2 dgn laki org. jijik. pastu gelak. hina. sampah
Quote Vellfire 19-4-2021 01:08 PM
haha kan dah kena
Quote Knowlee 19-4-2021 03:27 PM
Terbaik tindakan wanita itu! Padan muka lelaki jongos. Patut hempuk monitor tu kat kepala dia jugak.
Quote Knowlee 19-4-2021 03:28 PM
kakakpositifker replied at 19-4-2021 01:07 PM
hahahahahha. kat opis akak ada sorg mcm ni. bodoh. ingat kelakar. ada tu bini org berbual lucah2 dgn ...

Takde maruah sekor sekor.
Quote Artemesiaa 19-4-2021 03:34 PM
Mendapat sudah makan mop
Quote Supersirap 19-4-2021 07:50 PM
Baguslah jati diri yang kuat
Quote budaktua 19-4-2021 11:07 PM
......dipecat daripada jawatannya dan disingkirkan daripada Party Komunis.....


so.. dia dh tk komunis la kan...?


Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.433134 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top