CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6605|Reply: 35

[Tempatan] Kongsi pengalaman bersekolah Henry Gurney di media sosial

  [Copy link]
Post time 10-2-2021 09:31 PM | Show all posts |Read mode
Kongsi pengalaman bersekolah Henry Gurney di media sosial

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ney-di-media-sosial

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2021 @ 9:00 PM

Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my


MUHAMMAD Izzad Daniel berkongsi pengalamannya sebagai penghuni di Sekolah Henry Gurney dengan pengikut di TikTok.

Kuala Lumpur: Pengalaman selama tiga tahun sebagai penghuni Sekolah Henry Gurney, Telok Mas, Melaka dikongsikan bapa seorang anak, Muhammad Izzad Daniel Abdullah menerusi pelbagai video di TikTok dan Youtube sebagai pengajaran buat pengikutnya di platform itu.

Perkongsian di kedua-dua platform itu mendapat sambutan kerana sehingga kini, Muhammad Izzad,22 sudah mengumpul 33,600 pengikut di TikTok manakala 11,300 di Youtube.

Muhammad Izzad yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia mula berkongsi pengalamannya itu sejak Disember tahun lalu iaitu ketika mula aktif di TikTok.

" Sebenarnya, tujuan saya membuka akaun TikTok untuk mengikuti dan menonton dakwah disampaikan seorang rakan di platform itu.

" Kemudian, rakan cadangkan supaya saya kongsikan pengalaman dan pada mulanya malu serta bimbang dikecam warganet.

" Namun, penerimaannya tidak seperti disangka kerana ramai rupanya yang memberi sokongan dan sebenarnya, saya mula berkongsi pengalaman di Youtube sebelum ke TikTok," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Muhammad Izzad berkata, banyak soalan diterima daripada pengikut dan dia cuba menjawab dengan sebaiknya berdasarkan pengalaman dilalui.

" Ramai berminat untuk tahu bagaimana perjalanan dan kehidupan saya dalam sekolah itu (Sekolah Henry Gurney) dan saya tidak keberatan berkongsi pengalaman dilalui.

" Ini kerana memang banyak pengalaman berharga ditimba di situ namun saya cuba beri mesej kepada pengikut khususnya belia supaya jauhi perbuatan jenayah dan ambil iktibar daripada kesilapan saya lakukan.

" Ia kerana saya enggan masa depan mereka musnah dan mengalami nasib sama seperti saya," katanya.

Menceritakan bagaimana dia dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney, Muhammad Izzad berkata, semuanya selepas ditangkap oleh polis susulan terbabit kes pecah rumah ketika berusia 17 tahun.

Muhammad Izzad berkata, dia melakukan kegiatan itu dengan rakannya tetapi memikul sepenuhnya kesalahan perbuatan itu kerana enggan mereka terkandas daripada menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


BEKAS penghuni Sekolah Henry Gurney,Muhammad Izzad Daniel Abdullah.

Meskipun begitu, Muhammad Izzad mengakui memberontak ketika mula ditempatkan di sekolah itu pada awalnya tetapi belajar menerima kenyataan dan mengubah sikap menjadi manusia yang lebih baik.

" Saya mula terjebak dengan kegiatan tidak sihat ketika berumur 12 tahun bermula dengan mengambil pil kuda, syabu dan kemudiannya morfin.

" Bekalan diperoleh daripada rakan dan kadangkala dibeli dengan wang curi tetapi pembabitan dalam kegiatan itu bukan kerana terpengaruh dengan rakan sebaliknya keinginan sendiri untuk mencuba.

" Disebabkan itu juga, pelajaran saya terganggu malah hanya bersekolah sehingga tingkatan empat sebelum berhenti dan berkahwin pada tahun berikutnya (ketika berusia 17 tahun).

" Namun, perkahwinan saya tidak bertahan lama kerana bekas isteri menuntut cerai selepas saya dibebaskan dua tahun lalu," katanya .

Muhammad Izzad berkata, perpisahan itu antara ujian berat terpaksa ditanggung kerana menyebabkannya hilang hak jagaan anak.

Bagaimanapun, Muhammad Izzad bersyukur kerana diberi keizinan oleh mahkamah melawat anaknya yang menetap bersama bekas isteri di Chini, Pahang cuma belum dapat bertemu buat masa ini disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berkongsi hala tujunya, Muhammad Izzad berkata, dia sudah menyambung pengajian peringkat Diploma Pengurusan Penerbangan di Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Taman Maluri, Kuala Lumpur, enam bulan lalu.

"Biarpun bersekolah sehingga tingkatan empat ,saya bersyukur kerana dapat menduduki SPM dua tahun lalu.

" Saya mendapat keputusan memuaskan iaitu 5A yang melayakkan saya menyambung pengajian di peringkat diploma.

" Impian saya menceburi sektor penerbangan selepas tamat pengajian nanti selain terus memberi kesedaran dan mengajak belia melakukan aktiviti berfaedah menerusi ceramah diberikan.

" Selain itu, saya juga berharap dapat menjejaki adik bongsu (Nik Muhammad Fakhrul Hakimi, 15) yang tidak ditemui sehingga kini kerana sejak usia lima bulan, saya diserahkan kepada keluarga angkat," katanya yang dilantik sebagai ikon Projek Reben Kuning oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada April tahun lalu dan aktif memberi ceramah di sekolah sebelum PKP tahun lalu.


Izzad Daniel dilantik oleh KBS sebagai ikon Projek Reben Kuning.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2021 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Glad you bounced back kiddo. Keep it up!
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia pandai jugak dapat 5A SPM, moga terus berjaya yang penting pengakhiran kita.
Umur pun muda lagi dik, dan kamu pun ada anak kan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Dont worry dik, masa depan panjang lagi... Sentiasa positif... Semua orang boleh berubah lagi2 aliff aziz... Kita kena bagi banyak peluang dekat dia....

Kecuali shuk & tauke jambu.. yang ni paham2 je lah ye, dah la curang, dasar jejan tak guna.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Berlambak budak situ yang pake socmed macam takde ape.  Boleh buad fan club sekor2.  Budak betine gile nakkan bad boys.  Hah, ambik la.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah ada latihan sukan kat henry gurney melaka. nk gi toilet, kna lalu dkt dgn dapur..
budak2 masak kot.. tp kaki ada rantai..
tanya warden situ, ada yg salah bunuh mak bpk tp bwh umur, pun masuk situ.
yg berpagar ke bhgn darat je..
yg hala laut lepas tkde pagar.. kot nk lari, berenang laa ke selat melaka
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-2-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih bc
Bdk pandai sebenar ya kn
Tp salah pilih kwn dr mula
Nasib baik ada kesedaran untuk start semula..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 10-2-2021 10:00 PM
Dont worry dik, masa depan panjang lagi... Sentiasa positif... Semua orang boleh berubah lagi2 aliff ...

Yg hencem dimaafkan.. yg muka cam tenuk nooooo... tiada maaf bagimu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2021 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
umbut replied at 10-2-2021 10:24 PM
Yg hencem dimaafkan.. yg muka cam tenuk nooooo... tiada maaf bagimu..

Lumrah dunia..artis lawa seksi dipuji,kalau itam seksi,berasap kena maki.
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2021 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg membunuh  tak senaggaja sbb nak selamatkan adik sendiri.. kesian..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 12:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Keep it up dik good
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 08:48 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 10-2-2021 10:00 PM
Dont worry dik, masa depan panjang lagi... Sentiasa positif... Semua orang boleh berubah lagi2 aliff ...

sempat juga sis duda mencerca....


anyway can do juga budak ni...muda lagi dik...byk peluang dan ruang lagi utk perbaiki diri...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kipidap

Tapi camne umo kecik2 dah dpt bekal?

" Saya mula terjebak dengan kegiatan tidak sihat ketika berumur 12 tahun bermula dengan mengambil pil kuda, syabu dan kemudiannya morfin.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 09:11 AM | Show all posts
walaupun setiap manusia ada melakukan kesilapan....tetapi kesilapan tersebut harus di hukum sebagai pengajaran kpd tuan badan...

yg penting, perlu bertaubat nasuha selepas melakukan kesilapan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 09:14 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 11-2-2021 09:08 AM
Kipidap

Tapi camne umo kecik2 dah dpt bekal?

bekalan sentiasa ada, sediakan duit je
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Fuh what a story.. Muda tp mcm2 cabaran dh dilalui. Harap heols berjaya dunia & akhirat dekk.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2021 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
c===8 replied at 11-2-2021 09:14 AM
bekalan sentiasa ada, sediakan duit je

Dolu2 iols dgr drp bekas penagih dadah, dia beli dgn rega rm5 satu joint. Tapi ni rate 1990s la.

Budak ni dpt 1 dekad yg lalu pada umo 12 tahun. Mudah sgt dpt bekalan. Org yg membekalkan pula taktau la kena apa2 ke tak. Merosakkan negara je. Masyarakat tak patut pandang enteng perkara sebegini.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kadang budak2 henry gurney ni , dari family broken, parents jenis kacau bilau..tu yg anak2 jadi haru biru
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 10:16 AM | Show all posts
Masaalahnya dalam masyarakat sendiri berapa ramai je yang nak ambik iktibar dari pengalamannya tu.  Semua hanya pandai bercakap bila dirinya sendiri dah disana.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2021 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Well done bro....semoga byk kejayaan dlm hidup lepas ni...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.066231 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list