CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Lebih Rela Bunuh 3 Anak Dari Biar Mereka Didera Bapa

19-4-2021 05:58 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3539| Komen: 18

Description: Wanita melemaskan tiga anaknya hanya untuk melindungi mereka daripada didera.
Wanita melemaskan tiga anaknya hanya untuk melindungi mereka daripada didera.

Lapor Metro, Liliana Carrillo, 30, disyaki membunuh anak perempuan berusia tiga tahun, anak lelaki berumur dua tahun dan bayi perempuan enam bulan.


Liliana dari Bakerfield di California mengakui berbuat demikian kerana mahu menjauhkan anak-anaknya daripada bapa mereka, Erik Denton.


Kredit foto: Jabatan Polis Los Angeles/Daily News

Dilaporkan, pasangan itu dalam proses menuntut hak jagaan tiga anak tersebut apabila mereka ditemukan meninggal dunia pada 10 April lalu.

Menurut polis, Joanna, Terry dan Sierra dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh nenek mereka di sebuah apartmen di Reseda di Los Angeles.

Berikutan kejadian, Liliana kini ditahan di Penjara Kern County.

“Ketika anak-anak saya dilahirkan, saya berjanji untuk melindungi mereka.


“Saya amat sayangkan mereka dan tidak berhasrat untuk melakukan demikian, tetapi saya lebih rela anak-anak saya tidak diseksa dan didera seumur hidup,” kata Liliana ketika disoal siasat polis.

Polis masih belum mendedahkan motif pembunuh, namun rekod mahkamah menunjukkan terdapat pertikaian mengenai hak jagaan anak antara Liliana dan Denton.

Berdasarkan laporan, kanak-kanak terbabit tinggal bersama Liliana, namun Denton dikatakan boleh mengancam keselamatan mereka.            

Berdasarkan dokumen mahkamah, Denton memfailkan petisyen hak Liliana anak pada 1 Mac lalu dengan mendakwa Carrillo sering berkhayalan dan membawa lari anak-anaknya serta enggan memaklumkan keberadaan mereka.

Liliana pula memfailkan perintah larangan dan mendakwa Denton sering berada di bawah pengaruh alkohol yang mungkin melakukan serangan seksual terhadap anak sulungnya. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 19-4-2021 07:22 AM
Sedihnya kisah macam ni.. Aduhai... {:cryrun
Quote darkness 19-4-2021 07:25 AM
Masalah...
Quote malaygirl 19-4-2021 07:31 AM
Ada masalah mental ke mak dia ni
Quote Cece1234 19-4-2021 07:42 AM
Xpasal2 anak kena bunuh..some people are not fit to become mother..
Quote lattehazelnut 19-4-2021 07:59 AM
Knp x bg adaption agency ke apa..
Mungkin pati kot.. nak carik kje or mintak bantuan susah..
Quote spankee_fili 19-4-2021 09:08 AM
Alaaa 3 tahun baya anak iols.. Umur tengah comel dan banyak cakap..
Tapi dah boleh suruh ambik barang sikit2..
Kita bagi apa pun cakap "tikiu mama" atau "syowie"
Apsal korang zalim kat budak2 oi???

Quote pasa 19-4-2021 09:16 AM
mental maknya ni

Quote 3chanceno 19-4-2021 09:24 AM
Pelik mak tak bunuh diri sendiri lepas bunuh anak2nya
Quote Miss.Rara 19-4-2021 10:57 AM
lorrrr bapak yang mendera.. ko yang membunuh..

sapa yang lagi mental??

sudah nya anak yang jadi mangsa..

Quote Buritan 19-4-2021 11:03 AM
imransulaiman replied at 19-4-2021 07:22 AM
Sedihnya kisah macam ni.. Aduhai... {:cryrun

Kann.. kalo betul cite mak ni la...
Quote tipah89 19-4-2021 12:31 PM
ntah2 mak nya pun mental. knpla sampai membunuh..
Quote batmana 19-4-2021 01:07 PM
klu tkut didera somi dia..napela tk bunuh si somi tu

bengong punye org..
Quote clarizsa 19-4-2021 01:58 PM
Aduiii alang2 nak membunuh tu patutnya bunuh org yg kau kata nak dera anak tu
Bukan p bunuh anak2 la bodo laaaaaa adoiiiiiiii
Serius bodo gilaaa
Quote Punat_button 19-4-2021 04:39 PM
pandai pompuan ni guna helah suami kaki alkohol dan serangan seksual. siapalah yang ajar

Quote Belibis 19-4-2021 04:52 PM
Macam tikus pulakk..risau dengan serangan musuh,si ibu akan makan semua anak2 nya.
Quote matamata 19-4-2021 05:44 PM
Betulka bapak tu seorang pendera?  Takkanla mentang2 yg buat dakwaan tu sorang ibu terus boleh dianggap benar? Pendara ni dari golongan bapak je ke?
Quote highcastle 19-4-2021 06:38 PM
Kesudahannya apa yang hang dapat?
Quote mawardia 10-6-2021 11:17 PM
Aku tgk muka dia aku rasa duda dia yg betul.

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.056622 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top