CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lupa Bayar RM55, Nenek Nyanyuk Patah Lengan Ketika Ditahan Polis

19-4-2021 05:22 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2818| Komen: 10

Description: Seorang nenek menghidap demensia ditahan polis hanya kerana terlupa membayar AS$13 (RM53.63) untuk barangan dibelinya di sebuah kedai.
Seorang nenek menghidap demensia ditahan polis hanya kerana terlupa membayar AS$13 (RM53.63) untuk barangan dibelinya di sebuah kedai.

Lapor Metro, pegawai polis Loveland, Austin Hopp digantung kerja selepas didakwa menggunakan kekerasan ketika menangkap Karen Garner, 73, sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian bahunya.


Tindakan itu diambil selepas rakaman kamera badan menunjukkan anggota polis itu menolak Garner ke tanah, menggarinya dan kelihatan memusingkan lengannya ke belakang sehingga bahu warga emas tersebut terkehel.  


Kredit foto: Newsweek

Video itu dikeluarkan selepas peguam mewakili Garner memfailkan tuntutan mahkamah Persekutuan yang mendakwa Hopp telah menggunakan `kekerasan berlebihan’ semasa insiden penangkapan pada 26 Jun tahun lalu.

Garner menuntut sejumlah ganti rugi yang tidak ditentukan bagi insiden itu yang disifatkan oleh peguamnya, Sarah Schielke sebagai `kes penyeksaan’.    


Berdasarkan tuntutan mahkamah, Garner ditahan polis Loveland selepas pekerja Walmart menyedari bahawa warga emas itu meninggalkan kedai tanpa membuat bayaran bagi barangan dibelinya.

Barangan tersebut berupa gula-gula, tin minuman dan baju T yang keseluruhannya berjumlah AS$13.38 (RM55.20).

Hopp kemudian mengejar Garner semasa dia berjalan pulang ke rumah dan bertindak menahannya, lapor Greeley Tribune.

Video tersebut turut menunjukkan ketika polis menarik lengan Garner, terdengar bunyi retakan dan warga emas itu menangis dalam kesakitan.

Menurut satu lagi tuntutan mahkamah, Hopp menyerang Garner secara ganas tanpa provokasi.

Jelas Schielke, anak guamnya mengalami patah lengan dan bahunya terkehel dalam kejadian tersebut.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 19-4-2021 07:35 AM
Mapuh polis..dgn nenek nenek pon nak guna kekerasan.
Quote Ciktiekus 19-4-2021 07:44 AM
Ape je yg nenek umo 73 thn mampu melawan..sampai tekehel ko kjekan..benak nor abam polis nih..
Quote bored_atticus 19-4-2021 08:26 AM
Ganjil-ganjil kes polis kat US sana..
Quote xy_daen 19-4-2021 08:31 AM
Ni standard polis gred 17 nih kalo kat Malaysia..
Quote Adrif 19-4-2021 09:53 AM
selain dari bod lawak, dan juga rancangan komedi di tv

saya juga suka google berita USA untuk hiburan harian
Quote MontanaHannah 19-4-2021 10:05 AM
jgn letak "tempatan" nanti mengundnag fitnah.
Quote Artemesiaa 19-4-2021 03:46 PM
Makin ganas abam polis disana
Quote AbukRokok 19-4-2021 04:41 PM
kamsiaaa
kamisah
Quote TOPwind 19-4-2021 05:14 PM
nasib baik bukan kicapkuali jika ia habislah RIOT satu bandar
Quote Supersirap 19-4-2021 07:51 PM
Lain kali siasat dahulu, bukan main serkup je

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.056438 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top