CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Dah Tak Sesuai Berlakon Rebut Lelaki, Cinta Tiga Segi" - Fazura

18-4-2021 02:15 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 42439| Komen: 220|Original author: Oleh: LilRose

Fazura mengakui dirinya kini tidak lagi sesuai membawa watak membabitkan cinta tiga segi dan berebut lelaki.


Kredit foto: IG


Nur Fazura Sharifuddin atau lebih mesra dengan panggilan Faz mengakui dia agak memilih watak ditawarkan.

Katanya, dia lebih tertarik jika diberi peluang membawa watak membabitkan perjuangan dan semangat kental seorang wanita.

"Kisah cinta tiga segi tak sudah, menangis lagi kerana lelaki, saya rasa dah tak perlu dilakonkan lagi. Apapun, saya akui ada tertarik dengan tawaran jalan cerita dan watak diberikan pengarah, Michael Ang untuk drama terbarunya nanti," katanya kepada Harian Metro.


Kredit foto: IG


Fazura bagaimanapun menyerahkan semuanya kepada rezeki, lebih-lebih lagi tumpuan utamanya buat masa ini terarah pada anaknya, Nur Fatima Aisya, enam bulan.

"Saya dah tak boleh bekerja macam dahulu. Kalau 'call time' penggambaran jam 6 pagi dan habis pula jam 1 pagi, saya memang tak boleh terima. Jadi, kalau ada produksi yang boleh ikut masa saya, Insya Allah akan dipertimbangkan.

"Bagi saya, terserah pada rezeki Allah. Kalau ada, terima, asalkan tidak mengganggu masa bersama Fatima. Untuk stamina bekerja, saya memang tiada masalah kerana sangat suka bekerja. Tahun lalu pun, beberapa hari sebelum bersalin, saya masih lagi bekerja," katanya.


Kredit foto: IG

Pun begitu, Fazura menyatakan kegusaran di hati mahu meninggalkan Fatima untuk ke lokasi penggambaran. Belum bersedia, katanya. 

"Memang ada rasa rindu di hati untuk kembali ke lokasi penggambaran drama, tapi sekarang Fatima masih kecil. Saya akui rindukan peminat saya juga sebagaimana mereka merindui saya," ujarnya. - CARI
4

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • anisanim

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sopianpian 18-4-2021 02:19 PM
Edited by sopianpian at 18-4-2021 02:25 PM

fatima bambam tinggi mata bulat

[ig]https://www.instagram.com/p/CNxUXF4jTj1/?igshid=17e7fdvvxewhd[/ig]
Quote Paiya 18-4-2021 02:40 PM
kalau Faz dah cakap gini, itu maksudnya wang bukan lagi priority

eloklah..
Faz matang seiring usia
Quote TerataiMelur02 18-4-2021 02:41 PM
Faz ni cantik yang tak jemu d pandang
Quote cikgojesss 18-4-2021 02:50 PM
lawooooooooo

Quote sharlenetexas 18-4-2021 02:53 PM
Aish Rai umur2 mcm ni berlakon jadi budak kolej.

Quote Orix 18-4-2021 02:55 PM
Paiya: kalau Faz dah cakap gini, itu maksudnya wang bukan lagi priorityeloklah..Faz matang seiring usia


Kalau wang bukan priority idok le jual produk timbang kilo
Quote Paiya 18-4-2021 03:06 PM
Edited by Paiya at 18-4-2021 03:07 PM
Orix replied at 18-4-2021 02:55 PM
Kalau wang bukan priority idok le jual produk timbang kilo

itu namanya cari makan

kalau wang masih priority
dah ditinggal tinggal Fatima tu
Quote Kancilkering 18-4-2021 03:11 PM
patutnye dia berlakon dlm shah alam 40000 tu....jadik datins....

good luck faz...... next project....
Quote caca_eric 18-4-2021 03:15 PM
pls jangan menyanyi
berlakon je okey
Quote my_irina 18-4-2021 03:19 PM
So cantikkkk...ok berlakon watak lain...antagonist ker..psychopath ker...another level for you
Quote fadz84 18-4-2021 03:20 PM
Kancilkering replied at 18-4-2021 03:11 PM
patutnye dia berlakon dlm shah alam 40000 tu....jadik datins....

good luck faz...... next project ...

Sape ganti? Watak ritrud tu ke?
Quote blue^panther 18-4-2021 03:52 PM
Kancilkering replied at 18-4-2021 03:11 PM
patutnye dia berlakon dlm shah alam 40000 tu....jadik datins....

good luck faz...... next project ...

Cerita apa tuh???
Quote LadyCarefree 18-4-2021 03:58 PM
Orix replied at 18-4-2021 01:55 PM
Kalau wang bukan priority idok le jual produk timbang kilo

Ko jangan. Kurma pon tanam sendiri kot. Yg lawaknya karatz dia cakap kurma fatima tu ialah kurma memang nama fatima. Walhal tu jenama nama ponder si baby. Kurmanya ajwa dan safawi.
Apapon iols bukan hater faz mahupun fatima (she is a baby, yg exploit dia bukan diri dia) but menyatakan fakta saja.
But then karatz dia akan melompat loncatlah kalau  idolanya disebut nama tanpa pujian.
Quote MakcikLaksa 18-4-2021 04:07 PM
LadyCarefree replied at 18-4-2021 03:58 PM
Ko jangan. Kurma pon tanam sendiri kot. Yg lawaknya karatz dia cakap kurma fatima tu ialah kurma m ...

Bagusla cmtu. Acik pn xlalu sgt kalau tgk bini org, laki org bwk wtak utama main2 cinta ni. Mcm xbape sesuai dh diknon.. Faz bwk watak kakak2 ke, mak2 ke boleh dh tu
Quote kabshigam24 18-4-2021 04:08 PM
Macam mana boleh sampai terkata takmo belakon cinta tiga segi tu hahaha ada reporter tanya ke??
Dulu kan sheols dgn lopa gaduh sebab jejakaz
Quote Incanto 18-4-2021 04:10 PM
rindu lakunan Faz
Quote LadyCarefree 18-4-2021 04:11 PM
MakcikLaksa replied at 18-4-2021 03:07 PM
Bagusla cmtu. Acik pn xlalu sgt kalau tgk bini org, laki org bwk wtak utama main2 cinta ni. Mcm xb ...

iols lak xde masalah siapa nk bawa watak apa. Sukati la. Lg pon iols xnengok drama atau filem meleis ni semua. Tp kalau perlu hencap iols hencap macam si dayan trisha jd budak sekolah. Tua nampaknya.
Quote harkktuih 18-4-2021 04:12 PM
Dia mmg xde rumah sendiri eh? Stay hotel je ala2 tok ram lps cerai?
Quote Cikyot 18-4-2021 04:12 PM
Nur Fazura ni cantik orangnya. Manis sangat senyumannya. Pernah jumpa dia irl.

Lihat semua komen(220)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.191962 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top