Penyerang PSG, Kylian Mbappe (kanan) ketika aksi Piala Perancis berdepan Lille. FOTO AFP Paris: Kylian Mbappe mendedahkan dia menjadikan motivasi kepada dirinya sebagai pemain terbaik dunia - jauh lebih baik daripada Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo - apabila menjejakkan kaki di padang. Bintang kelab Paris Saint-Germain berusia 22 tahun itu, diiktiraf antara pemain terbaik di dunia, gelaran yang dimiliki Messi dan Ronaldo sejak lebih 15 tahun lalu. Penyerang Barcelona, Messi dan penggempur Juventus, Ronaldo bergilir-gilir memenangi 11 daripada 12 gelaran Ballon d'Or sejak 2008, turut memecah beberapa rekod jaringan bersama kelab mereka dan karier antarabangsa. Tapi Mbappe sudah memenangi Piala Dunia, yang gagal dicapai kedua-dua bintang itu dan mengakui mengenai bakat luar biasa dimilikinya. Katanya: "Ia adalah mengenai pemikiran anda. Hanya mengenai anda. Anda harus meyakinkan diri sendiri bahawa mampu melakukan perkara yang hebat." Sumber : https://www.hmetro.com.my
|
ADVERTISEMENT