CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Adakah Rutin Penjagaan Bahagian Intim Korang Memadai? Boleh Basuh Je Atau...

5-4-2021 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4295| Komen: 8|Original author: Raline

Description: Penjagaan bahagian intim merupakan perkara yang dianggap remeh dan tabu untuk dibincangkan. Kebanyakkan ...




Penjagaan bahagian intim merupakan perkara yang dianggap remeh dan tabu untuk dibincangkan. Kebanyakkan wanita malu untuk bertanya apakah langkah yang paling sesuai bagi menjaga bahagian intim.

Bukan itu saja, disebabkan tidak mendapat pendedahan yang sepatutnya, ramai wanita melakukan perkara yang boleh mengakibatkan vulva berasa tidak selesa dan berlakunya iritasi.

Korang mesti tak sangka ada banyak perkara yang boleh menyebabkan vulva menjadi sensitif dan teriritasi. Ada antara perkara-perkara ni, memang orang tak terfikir pun boleh jadi punca dan selalu sangat orang buat!


Basuh & refresh vulva korang dengan betul!



Seperti yang kita tahu, vagina berupaya untuk membersihkan secara sendiri dengan keputihan semula jadi. Tetapi, sebahagian besar zon-V sebenarnya ialah vulva yang meliputi perlindungan labia majora, labia minora, klitoris dan pembukaan faraj.

Jadi walaupun vagina berupaya membersihkan diri sendiri, korang masih perlu membersihkan bahagian vulva sekurang-kurangnya sekali sehari kerana peluh dan keputihan boleh terkumpul di kawasan ini!

Guna pencuci bahagian intim yang betul



Walaupun digalakkan untuk membasuh dan membersihkan bahagian intim, tapi korang tak boleh suka-suka basuh begitu sahaja tau.

Penggunaan pencuci bahagian intim yang salah boleh mengakibatkan bahagian intim sakit dan gatal-gatal. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, korang perlu memilih pencuci yang telah diuji secara dermatologi dengan PH yang seimbang.

Korang juga dinasihatkan untuk kekal tenang jika terdapat rembesan jernih seperti lendiran berwarna putih tu! Sebab lendiran itu adalah normal dan selalunya ada semasa ovulasi.

Kelebihan memakai pakaian dalam & pantyliner yang sesuai

https://media.ohbulan.com/2021/03/120330124_l-scaled.jpg

Pemilihan seluar dalam yang salah boleh menyebabkan bahagian intim tidak ‘bernafas’ dan mengakibatkan ketidakselesaan di bahagian tersebut. Korang digalakkan memilih seluar dalam jenis cotton yang lembut bagi mengurangkan kegeseran.

Selain itu, pemilihan pantyliner yang betul juga boleh memberikan keselesaan maksimum! Pilih size pantyliner yang betul dan mempunyai keluk supaya korang akan rasa lebih selesa untuk menjalankan aktiviti seharian korang!

Pilihan pelembut pakaian



Tidak semua pelembut pakaian sesuai untuk kita. Bila korang guna pelembut pakaian dan menyebabkan bahagian intim korang gatal, tukar pelembut pakaian tersebut serta-merta.

Ini kerana, sesetengah individu mempunyai dermatitis sentuh alergik di mana ianya terjadi apabila kulit bersentuhan dengan bahan-bahan penyebab alahan.

Pilih produk yang hypoallergenic


Kalau korang pernah nampak produk berlabel hypoallergenic, produk tersebut kurang menyebabkan reaksi alergi kepada pengguna berbanding kepada produk lain.

Jadi, korang tak payah risau sangat sebab ia boleh mengurangkan risiko iritasi dan kegatalan!

Tak ada ke produk yang merangkumi semua yang sesuai untuk zon-V?
Ada! Sebab tu admin tulis artikel ni! Untuk menyebarkan PSA mengenai bahagian intim kita dan memberikan solusi yang terbaik untuk korang. Lebih-lebih lagi, wanita yang mempunyai hari yang sibuk dan memenatkan!

Libresse® SensitiV™ produk hypoallergenic, mengandungi 0% alergen biasa, wangian dan pewarna!



Nampak remeh tapi semua ini boleh menjadi masalah besar! Paling tak best bila bahagian intim mengalami iritasi. Korang pun tak selesa nak bekerja, nak berdiri mahupun duduk semunya serba tak kena!

Cubalah Libresse® SensitiV™! Sesuai untuk semua jenis kulit sama ada kulit sensitif atau kulit normal di bahagian intim.

Dengan 0% alergen biasa, tanpa pewangi dan tanpa sebarang pewarna, Libresse® SensitiV™ dapat mengurangkan risiko iritasi di bahagian intim memberikan vulva korang keselesaan yang diperlukan.

Terdapat dalam bentuk pencuci bahagian intim, tisu basah intim, liners & pad!


Sumber : Oh Bulan


2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LoveSungmin 2-4-2021 12:32 PM
Please share some tips
Quote SayaSayangMama 5-4-2021 06:27 PM
Betul la xleh sembur je air kena korek korek betul2. Seminggu sekali buat la spa depan cermin. Telek semua celah celah selak habis dimana byk kepituhan meletak mmg xtanggal klu x garu dgn cotton buds.  Pakai la srub ke losyen ke pAstu tempek mask kunyit mcm org india gitu.
Quote midori_katana 5-4-2021 09:32 PM
Yang penting jangan cuci dgn sabun.. gunakan pencuci khas bahagian tu.. dah lepas cuci atau beristinjak lepas buang air lap bagi kering, barulah bersih dan selesa hihihi.. lagi satu masa beristinjak tu terutamanya yg hadas besar korang kena cuci vagina dulu baru cuci dubur bukan sebaliknya supaya vagina tak kena jangkitan kuman..
Quote sarah82 7-4-2021 10:53 AM
Iols guna 2 jenis pencuci khas, 1 jenis cecair.. Satu lagi sabun pencuci bahagian intim dari siam

Selain tu... Tu... Seminggu sekali i guna serbuk manjakani dan scrub di bahagian yg berkaitan.
Quote ladybugz 7-4-2021 11:12 AM
good info. i juga guna garam himalaya salt tu or any garam juga utk basuh n cuci. i x percaya pada basuhan yg dijual sbb i rasa x sesuai dgn i. suka warm water n garam shj.
Quote green~tea 9-4-2021 10:43 AM
lepas bersama husband tu, selalu nya i make sure kena kencing utk elak UTI ni tips dari doctor lah... lepas tu, kena cuci dengan cleanser...

i plak mmg buat IPL kat area brazillian tu...  so bila takde bebulu ni, mudah kena infection kalo kita tak jaga bebetul... kena make sure area tu selalu lap kering lepas buang air.. standby tissue lah dalam beg, tu penting...
Quote green~tea 9-4-2021 10:43 AM
ladybugz replied at 7-4-2021 11:12 AM
good info. i juga guna garam himalaya salt tu or any garam juga utk basuh n cuci. i x percaya pada b ...

u buat cemane? dilute dulu ke then bilas? or taram je garam halus as scrub di situ then bilas?
Quote ladybugz 11-4-2021 05:14 PM
i buat as a scrub juga but makensure garam yy betul2 halus. lgpun i juga suka scrub whole body dgn himalayan salt tu but make sure u put body lotion la afterwards. tp kalau nk dilute pun ok garam tu as a feminine wash.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.051308 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top