CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Lepas Rindu Dengan Deep Nostalgia Untuk 'Hidupkan' Foto Orang Mati, Apa Hukumnya?

26-3-2021 01:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3084| Komen: 15

Gambar merupakan salah satu tanda kenangan untuk mengingati momen tertentu dalam kehidupan kita.

Lebih-lebih lagi jika ia merupakan detik indah bersama keluarga terutama ketika anak masih dalam proses membesar atau pertemuan kaum kerabat jauh mahupun kenalan yang jarang bersua muka.



Kredit foto: mStar

Akhir-akhir ini, terdapat aplikasi dikenali sebagai Deep Nostalgia dari My Heritage telah dipopularkan yang mana wajah seseorang itu boleh bergerak dan seolah-olah kelihatan hidup.

Deep Nostalgia menggunakan teknik kecerdasan buatan (AI) yang mana ia mampu menganimasikan foto yang dimuat naik. 

Aplikasi ini kononnya sebagai alternatif bagi seseorang itu untuk ‘melepaskan’ rindu buat ahli keluarga mereka yang telah dijemput Ilahi.

Namun, timbul persoalan adakah aplikasi tersebut dibenarkan dalam hukum syarak kerana ia digunakan kepada mereka yang telah meninggal dunia?


Sebelum kita mengupas mengenai isu menggerakkan gambar orang yang sudah meninggal dunia, adalah lebih baik kita mengetahui mengenai hukum gambar.

Ulama berselisih pandangan mengenai isu bergambar. Ada yang mengatakan bahawa hukum gambar adalah haram berdasarkan sabda Baginda Rasulullah: Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya nanti di Hari Kiamat ialah orang yang membuat gambar (patung). - [HR Bukhari 5950].

Ada juga yang membenarkannya seperti Dr. Yusof Al-Qardawi. Ini kerana fotografi dan videografi tidak termasuk dalam kategori taswir (menggambar atau mengukir) makhluk bernyawa yang diharamkan oleh ramai ulama kerana hilangnya illah/sebab menandingi ciptaan Allah. - (Al-Halal wa al-Haram fi al-Islam: 203).

Bagi hukum mengantungkan gambar pula Imam Nawawi menjelaskan dalam kitabnya Syarah Sahih Muslim (14/ 81-82): Menggunakan sesuatu yang terdapat padanya gambar binatang, jika ia digantung pada dinding, atau gambar itu dicetak pada pakaian, atau serban, atau selainnya, iaitu diletak gambar itu di tempat yang dianggap mulia, maka hukumnya adalah haram.

Sebaliknya, jika sesuatu yang terdapat padanya gambar binatang, dijadikan alas tempat duduk, atau dijadikan hamparan, iaitu pada tempat yang tidak dianggap mulia, maka hukumnya tidak haram.

Tempat yang dianggap mulia adalah seperti dinding, atas almari. Ini adalah ringkasan pendapat mazhab Syafie dan ia juga pendapat majoriti ulama.

Gambar binatang ini termasuklah gambar makhluk bernyawa, termasuk gambar manusia. Manakala jika gambar tidak bernyawa seperti pokok, batu, atau sungai, maka gambar tersebut tidak dilarang daripada digantung di dinding.

Dalilnya: Aisyah melaporkan: Rasulullah pulang dari safar dan aku menutup bilik kecilku dengan sebidang kain yang terdapat padanya gambar-gambar(lukisan-lukisan benda yang bernyawa). Apabila Rasulullah melihatnya Rasulullah menyentapnya seraya bersabda: Sesungguhnya manusia yang paling dahsyat azabnya pada hari Kiamat adalah mereka yang melakukan sesuatu yang menyerupai makhluk Allah (yang bernyawa). Kata Aisyah: Kami menjadikan kain tersebut sebuah atau dua buah bantal. - [HR Bukhari 5498].

Berbalik kepada permasalahan aplikasi yang membolehkan wajah seseorang yang telah meninggal dunia itu bergerak bagi tujuan untuk melepaskan rindu adalah haram.


Aplikasi menjadi kegilaan ramai

Ini kerana wajib ke atas kita untuk beradab dan memuliakan saudara muslim yang lain sama ada ketika hidup ataupun setelah meninggal dunia. Segala perkara yang boleh membawa kepada pencerobohan nyawa, harta dan kehormatan diri seseorang muslim adalah haram dan dilarang di sisi agama kita yang mulia.

Sabda Baginda Rasulullah: Hak setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya. - [HR Muslim 2564].

Maka memelihara maruah bukan sahaja sewaktu hidup bahkan walaupun selepas meninggal dunia. Ini kerana aplikasi tersebut menjatuhkan maruah seseorang yang telah meninggal dunia dengan mengerak-gerakkan mata mulut yang bukan dibuat oleh pemilik itu sendiri.

Gerakan itu juga tidak melambangkan sifat seseorang yang berada dalam gambar dan boleh mendatangkan bahan ketawa.

Oleh yang demikian, ada cara bagi seseorang yang rindu akan arwah keluarga yang telah meninggal dunia.

1. Bersedekah

Sabda Baginda Rasulullah: Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah. - [HR Muslim 1631].

Imam Nawawi mengatakan bahawa bacaan Al-Quran bermanfaat serta akan sampai pahalanya kepada si mati. Dan sebaiknya bagi orang yang membaca al-Quran sejurus selepas selesai membacanya, hendaklah berdoa: Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada si fulan dan disunatkan juga untuk memuji dan menyebut akan kebaikannya. - (Al-Azkar 164].

3. Mendoakan mereka

Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya. - [HR Muslim 1631].

4. Sedekahkan solat sunat hadiah

Firman Allah di dalam Surah Al-Hasyr ayat ke 10: Maksudnya: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (daripada Muhajirin dan Ansar) berdoa: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman lebih duhulu daripada kami.

Maka lebih baik mengirimkan pahala kepada arwah dari menggerak-gerakkan mereka melalui aplikasi. Ini kerana kehidupan yang kekal abadi bukanlah di dunia akan tetapi di akhirat nanti.


Sumber: mStar
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote namemysoul 26-3-2021 03:36 PM
Apps yg menakutkan.....hanya utk nmpk senyum gmbr perlu buat mimik muka yg menyeramkan....huhuhuhu
Quote kelapaparut 26-3-2021 04:15 PM
walau pun ade pendapat kate xsalah, tp iols tetap xnak hidupkan gmbr org yg da mninggal..nanti iols xleh tido mlm, kan tibe2 mlm2 arwah dtg menyeringai senyum serupa yg mcm dlm gambar bidio tu..ohh nooo !
Quote Scheherazade 26-3-2021 04:26 PM
Creepy app camni
Quote brownstone 26-3-2021 04:30 PM
Alah....kalau benda jadi biasa, x haram (ditegah) lagi dah...

Contoh riba. Ramai je org islam mkn hasil riba. Lobai x de pula nak katup bank2.

Kolot gila ummah sunni ni. Ingat kita buat benda tu sbb nak jadi cam jahiliah? Sembah2 gitu, minta pedoman, berkat nenek moyang cam kaum cina???
Quote hayrin86 26-3-2021 04:36 PM
Taknah download app bebal nih..
Quote Perawankota 26-3-2021 05:14 PM
Ish3 seram aih nk buat gmbr org dah x der mcmtu
Quote Kangkung1M 26-3-2021 05:49 PM
Edited by Kangkung1M at 26-3-2021 05:51 AM
kelapaparut replied at 26-3-2021 04:15 AM
walau pun ade pendapat kate xsalah, tp iols tetap xnak hidupkan gmbr org yg da mninggal..nanti iols  ...

Aplikasi yg menyeramkan. Berdiri bulu roma masa i tengok posting ini.

[ig]https://www.instagram.com/p/CMGvYC4lPTX/[/ig]
Quote 234126 26-3-2021 06:45 PM
iol tak selesa walaupun ada terpikir nak cuba utk gambar arwah suami utk anak yang jarang jumpa arwah  tapi bila pikir balik mcm tak patut & menakutkan.
Quote damsel_fiji 26-3-2021 06:58 PM
Creepy pulak apps ni.. mcm bleh buat tema citer seram pulak
Quote Cece1234 26-3-2021 07:00 PM
Scary la app ni..xmau..
Quote dubuk 26-3-2021 08:32 PM
tak ingin aku.. aku nak berjumpa di syurga..
Quote noor2 26-3-2021 08:49 PM
Hebatnya teknologi....
Quote depresio 28-3-2021 09:54 AM
Setakat apps je
Tapi tulah creepy tambah yg guna gambar lama2 tu
Aku mmg takkan buatlah insya Allah.. tapi aku xmo judge yg buat cuma nasihat aku tak payahla
tapi yelah kita skrg ada video dah
Sempatlah amik video org tersayang
Yang dah lama org tersayang meninggal tu mmglah teringin kan
Sabar banyak2

Quote batmana 28-3-2021 10:19 AM
brownstone replied at 26-3-2021 04:30 PM
Alah....kalau benda jadi biasa, x haram (ditegah) lagi dah...

Contoh riba. Ramai je org islam mkn ...

wei bongok.. itu isu lain ler
klu nk perincikn semua benda lagha dlm agama dlm artikel ni, mana muat la bongok.


contoh, ko tulis thread psl org bunuh kucing, pastu ada bongok cm ko meroyan apasal tk tulis thread psl org bunuh manusia, tu kan lagi kejam bagai, salah dari segi undang2, agama , masyarakat, atheist pun larang.. ko rasa??

cam bongok juge ka?

dh terang2 riba tu haram, pi la bukak thread psl riba sana..bongok betul..
Quote auntieagony 29-3-2021 10:52 AM
Ada ustaz yg dah bagi pandangan ttg isu ni.

Setakat ni, auntie bersetuju dgn pandangan ustaz tu.

Auntie pun tak sampai hati nak gunakan foto arwah mak abah dan mengerakkan imejnya.

Kalau nak sgt, tengok jerlah video2 lama tu, setakat menghilangkan kerinduan. Setakat ni, rindu tapi tak seteruk tu.

Yg paling afdal, sedekahkan al fatihah, baca doa2 yg melindungi mereka di alam barzakh, doakan syurga bagi mereka dan doakan haramkan neraka bagi mereka. Dan berusahalah jadi umat Islam yg lebih baik, kerana mrk akan mendpt balasan pahala bila anak2 menjadi anak2 soleh. Ini amalan yg lebih disukai dan diredhai. Insya Allah.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.143776 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top