CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mila Jirin Menggigil Lihat Instagram Nonny - "Ramai Sayang Mu Non"

26-3-2021 12:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 19427| Komen: 82

Description: "Saya ingat Instagram Nonny kena godam, tapi apabila Nonny cakap itu adalah dia, luluh hati saya. Rasa macam nak ke Sabah semalam juga jumpa dia dan dengar apa masalahnya. Saya tahu dia sangat baik, ...
"Saya ingat Instagram Nonny kena godam, tapi apabila Nonny cakap itu adalah dia, luluh hati saya. Rasa macam nak ke Sabah semalam juga jumpa dia dan dengar apa masalahnya. Saya tahu dia sangat baik, anak yang baik."


Itu kata penyanyi, Mila Jirin juga sahabat baik Nonny Nadirah mengenai penampilan terbaharu penyanyi dan pelakon itu yang didakwa sudah membuka tudung.


Kredit foto: IG Mila
Mila berkata, dia masih berharap Nonny terus mempertahankan hidayah diberikan Allah selepas pulang dari mengerjakan umrah pada Januari 2019.

"Semalam saya menggigil lihat Instagram Nonny. Saya terus menghubunginya. Alhamdulillah, dapat bercakap dengan dia sekejap. Saya sedih kenapa saya tak boleh ada di sisinya untuk dengar semua keluh kesahnya.



"Saya mohon jangan buat perkara yang bercanggah dari perintah Allah. Nonny, jangan persiakan hidayah yang dihadiahkan oleh Allah. Saya mohon, lawan godaan syaitan. Ramai sayangkan dia. Selepas bercakap dengan dia, Heliza Helmi menghubungi saya. Kami berdua sangat sedih. Jika dia sangat sayang persahabatan ini, saya minta, saya mohon, jangan siakan hidayah yang sudah Allah hadiahkan," katanya.

Menerusi hantaran di Instagram, Mila turut menitipkan nukilan buat Nonny serta video kenangan mereka ketika berada di Makkah dan Madinah.



"Terakhir kali, ku mohon Non dengan sepenuh hati, jangan lah mu berubah kepada kehidupan yang lagha dan penuh sia sia. Ramai yang sayang mu Non. Allah sayang mu," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Levespa 26-3-2021 01:01 PM
mu nak nasihat.. pm je la sahabat mu tu.. habis yg tak tau jadi tau..
Quote Normabaru 26-3-2021 01:04 PM
Attention seeker detected zzz
Quote Normabaru 26-3-2021 01:04 PM
Attention seeker detected zzz
Quote dhanishdhania 26-3-2021 01:07 PM
Kalau bukak tudung job makin lebat ke
Quote KBW2 26-3-2021 01:10 PM
Levespa replied at 26-3-2021 01:01 PM
mu nak nasihat.. pm je la sahabat mu tu.. habis yg tak tau jadi tau..

zaman sekarang mana boleh buat gituh, everything is public!
Quote fazila17 26-3-2021 01:12 PM
Kawan baik kan.. kenapa tak whatsapp je?
Quote tumpanglalu74 26-3-2021 01:17 PM
KBW2 replied at 26-3-2021 01:10 PM
zaman sekarang mana boleh buat gituh, everything is public!

Pon kalo boleh nak gunting tunjok..

Quote cronix 26-3-2021 01:18 PM
Daripada org tak tau nonny buka tudung dah jadi tau sebab baca ig mila
Quote exclusive_vvip 26-3-2021 01:19 PM
heliza helmi ada buat karangan juga x?
Quote rospinki 26-3-2021 01:19 PM
Oo.perlu bgitau kt public ke
Quote dudaberhias 26-3-2021 01:19 PM
aik kata kawan baik... tak tanya ke kenapa kawan tu siap posing sampai tahap pakai stoking jala ikan

mana tau kot2 marketing nak launch produk baru...

yang ko mila sama bowdow pergi percaya dah kenapa agitu...
Quote hareeeesah 26-3-2021 01:49 PM
Retis ni semua nak post nak bagitau, pastu netizen komen merempan... apoooo?? Kalau nak suruh doakan just buat la caption “mohon doakan kawan kami” sudah.. ni sinopsis kau bagi
Quote chilly 26-3-2021 01:53 PM
Mu ku mu ku tak paham
Quote Nenasketum 26-3-2021 02:00 PM
fazila17 replied at 26-3-2021 01:12 PM
Kawan baik kan.. kenapa tak whatsapp je?

Dia berkawan baik umpama Amyza & arwah Maya. Amyza lagi daring, orang dah mninggal, dia otw melawat jenazah pun up kat ig.
Quote dua_chzy 26-3-2021 02:02 PM
dudaberhias replied at 26-3-2021 01:19 PM
aik kata kawan baik... tak tanya ke kenapa kawan tu siap posing sampai tahap pakai stoking jala ikan ...


Terus ai gugel tau. Patut la Mila gigel2. Memang dah nak terbugel si Noninya.

nodriah1_1616719214.jpg

Quote dua_chzy 26-3-2021 02:04 PM
Kalau dah tahap camni, bagus juga buat karangan teguran terbuka. Agitchu akak mood holiyer than zou.
Quote Cocoais 26-3-2021 02:05 PM
Kesian pun ada..
Quote babelina 26-3-2021 02:22 PM
Allahuakhbar.. Noni byk sgt dugaan nya.. aku doa kn dia akn kembali ke pangkal jln..
sedih pula aku..
Quote che-cikL 26-3-2021 02:33 PM
Edited by che-cikL at 26-3-2021 07:09 PM

Maybe ada juga Mila tu niat nak seek attention macam uols ramai komen kat atas, tapi iols yg membaca post Mila pun rasa sayu dan hiba juga. Iols setuju juga dia post tu.  Semoga dpt attention yg sewajarnya drp Nonny

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:17 PM GMT+8 , Processed in 0.092840 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top