CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Panduan Mudah Proses Beli Rumah Subsale Di Malaysia

27-3-2021 12:20 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 9048| Komen: 33|Original author: Oleh: Saiful

Description: Panduan Mudah Proses Beli Rumah Subsale Di Malaysia
Kredit foto: Property Guru


Sudah menjadi impian semua orang ingin membeli rumah walaupun sebiji. Kalau bukan untuk berteduh bersama keluarga tercinta, mungkin juga rumah tersebut boleh dibuat sebagai pelaburan.

Sekiranya anda kurang berkemampuan untuk membeli rumah baru dari segi ekonomi dan harganya sekarang yang boleh dikatakan tinggi dan mahal, anda bolehlah beralih arah membeli rumah subsale pula.

Apa itu rumah subsale?

Kredit foto: HasrulHassan.com


Rumah subsale atau lebih dikenali sebagai rumah second hand iaitu rumah yang pernah dimiliki individu yang telah membeli rumah baru dari pemaju lalu dia ingin menjualnya semula. 

Proses membeli rumah jenis ini terbahagi kepada 2 iaitu samaada anda beli rumah tersebut terus dengan tuan rumah ataupun menerusi ejen hartanah berdaftar.

Walaubagaimanapun adalah tidak digalakkan jika anda deal dengan broker atau orang tengah yang tidak berdaftar.

Jika anda sedang berfikir untuk beli rumah di pasaran subsale, berikut adalah panduan asas cara beli rumah subsale impian anda.

1. Hitung kos pembelian rumah dan tetapkan bajet anda

Menentukan bajet anda adalah langkah pertama sebelum memulakan perjalanan pembelian hartanah anda. Apabila mengetahui berapa jumlah yang anda mampu, barulah anda boleh memilih tawaran yang bersesuaian.

2. Pilih rumah subsale  yang sesuai

Pertimbangkan faktor seperti lokasi harta tanah dan kawasan sekitarnya; saiz harta tanah; jarak dan kebolehcapaian ke tempat kerja anda, kemudahan penting seperti sekolah, hospital, kemudahan riadah dan keugamaan; dan persekitaran yang selamat dan bersih.

Usia rumah sekunder tersebut dan jangka masa pegangan tanah sebelum anda membelinya juga merupakan faktor penting lain yang harus diambilkira.

3. Buat perbandingan harga dan pilihan yang sesuai dengan bajet anda

Bagaimanakah anda dapat menilai harga pasaran semasa rumah sekunder di kawasan kejiranan yang anda minati dan jika ia dalam lingkungan bajet anda? 

Untuk harta tanah Malaysia, terdapat pelbagai laman web yang mempunyai banyak maklumat permulaan. Ia memberikan harga urus niaga terkini untuk rumah tanah dan unit harta tanah bertingkat tinggi di semua kawasan pinggir bandar di negara ini.

Antaranya ialah


4. Dapatkan pinjaman perumahan

Anda memerlukan duit yang banyak untuk membeli hartanah. Cara terbaik untuk membayar hartanah subsale anda adalah dengan pinjaman perumahan yang telah dicuba dan diuji setelah membayar deposit. Lazimnya tempoh gadai janji biasa adalah sekitar 30-35 tahun.

5. Dapatkan peguam untuk bantu sepanjang proses

Dalam mana-mana transaksi hartanah, seorang pembeli harus mengupah peguam untuk proses itu. Melaluinya, mereka akan memastikan anda dapat tawaran yang adil, memeriksa semula perincian kontrak dan lindungi hak anda sebagai pembeli.

Bayaran upah peguam mungkin agak mahal, tapi jangan risau sebab anda boleh buat sendiri 3 benda ni untuk jimat kos peguam!

i) Tukar nama bil utiliti

a. Buka akaun baru
Perlu buat bayaran deposit tapi jumlah bergantung kepada jenis rumah yang dibeli. Selepas akaun baru berjaya dibuka, akaun lama perlu dibatalkan oleh pemilik asal dan sebarang tunggakan perlu dibayar terlebih dahulu sebelum menutup akaun lama.

Bila dah selesai, deposit akan dipulangkan kepada tuan rumah asal.

b. Sambung guna akaun lama
Hanya perlu tukar nama pemilik, tetapi anda sendiri (pembeli) kena bayar refund bayaran deposit bil tility kepada tuan rumah asal. Ini sebab dia tak akan terima deposit tu sekiranya tak batalkan akaun.

ii) Tukar nama rekod cukai pintu
Yang ni senang je! Untuk tukar nama pada rekod cukai pintu, pergi ke Majlis Perbandaran atau Majlis Daerah untuk buat pertukaran nama dan sediakan dokumen yang diperlukan.

iii) Tukar nama maintenance bil dan caj servis
Apabila beli rumah subsale, anda perlu maklumkan bahagian maintenance atau Joint Management Body (JMB) bahawa anda pemilik baru supaya mereka boleh update rekod-rekod termasuk bil maintenance dan caj servis.

6. Akhir sekali follow up

Kita hidup di zaman teknologi, di mana semuanya dapat diakses hanya dengan klik sahaja. Melalui nombor telefon bimbit, alamat e-mel, dan halaman media sosial ejen hartanah, anda boleh mengetahui maklumat terkini subsale anda.

Semoga bermanfaat! -CARI



3

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote untoldname 27-3-2021 06:14 PM
Sekarang banyak rumah subsale yang below market price...so secara tak langsung beli rumah subsale dapat 100% loan... cuma i nak tanya worth it atau tak beli rumah subsale apartment ni...if worth it dari segi apa yang perlu di ambil kira...dari segi strata tanah, maintenance fees every month, facilities yg ada kt kawasan apartment, bumi lot or non bumi lot? I ade gak survey apartment kawasan setapak...untuk rumah baru sekarang ni below 1000sqft..if ada yg 1000sqft ke atas pon harga ya ampun....tp if rumah subsale below 1500sqft pon bleh dpt... tapi tu lah...nak kene tengok2 jugak rumah subsale ni kenapa dierorg jual..takut rumah berhantu ke..neighbours tak best ke.. uols bleh share tak apa yang perlu i amik tau lagi utk beli rumah subsale ni... thank you in advance tau..
Quote tagas 27-3-2021 10:14 PM
Edited by tagas at 27-3-2021 10:15 PM
untoldname replied at 27-3-2021 06:14 PM
Sekarang banyak rumah subsale yang below market price...so secara tak langsung beli rumah subsale da ...


1. Tgk condition umah kot2 byk damages
lg tambah kos nak kena repair

2. Tgk kejiranan kot2 dpt jiran pariah mabok todi

3. Tgk segala mala tunggakan bil n cukai bagai

Quote ina_na 27-3-2021 10:36 PM
untoldname replied at 27-3-2021 06:14 PM
Sekarang banyak rumah subsale yang below market price...so secara tak langsung beli rumah subsale da ...

Aku 3thn lps tuan rumah sewa beria2 nk jual rumah sewa yg aku tgh sewa.. Nsb baik dlm ms yg sama dpt rezeki besar.. Trs je beli rumah sewa.. Skrg dah jd rumah sendiri.. Urusan lawyer semua cpt je.. Sbb bl cash.. Kejiranan alhamdulillah dpt yg bgs walaupun kiri kanan belakang bukan Islam.. Tp x jauh dr rumah ade masjid.. 5kali azan alhamdulillah dgr... Kejiranan pun x penah parking dpn rumah jiran lain kecuali hari raya je la.. Saudara mara dia dtg ziarah.. Jiran sebelah kanan sampai bg anjing beso dia ke adik dia sbb kami ms mula2 dtg tgk rumah nk sewa terkejut sekali anjing dia menyapa.. Beso gila anjing dia.. Sampai skrg dah 6thn duk sini.. X nampak pun anjing tu kat sini...sgt respek dpt jiran yg sgt menghormati kami Islam..
Quote noell 28-3-2021 12:26 AM
ina_na replied at 27-3-2021 10:36 PM
Aku 3thn lps tuan rumah sewa beria2 nk jual rumah sewa yg aku tgh sewa.. Nsb baik dlm ms yg sama d ...

you beli umah cash lembaga tak kaco ka camna??
Quote fadzyjemi 28-3-2021 03:48 AM
Nk beli subsale utk dudukor investment?
Quote ina_na 28-3-2021 10:38 AM
noell replied at 28-3-2021 12:26 AM
you beli umah cash lembaga tak kaco ka camna??

X kaco pun.. Semua peguam uruskan..semua yg peguam nk tuk urusan rumah kita sediakan selengkap nye.. Lgpun setiap thn suami bayar cukai..jd dia x kaco pe pun.. Siap sy keluarkan kwsp akaun ke 2 lg ms tu.. Lps la bl set perabot katil 3 bilik.. Kwsp paling cpt.. Semalam  anta borang sblm kul 12 tgh ari.. Ari ni kul 10 dah dpt sms dan staff kwsp call bgtau duit dah msk..
Quote embun 28-3-2021 05:46 PM
Berapa lama proses jual beli dan tukar nama
Quote untoldname 28-3-2021 05:51 PM
tagas replied at 27-3-2021 10:14 PM
1. Tgk condition umah kot2 byk damages
lg tambah kos nak kena repair


Okay....noted
Quote untoldname 28-3-2021 05:51 PM
tagas replied at 27-3-2021 10:14 PM
1. Tgk condition umah kot2 byk damages
lg tambah kos nak kena repair


Okay....noted
Quote addved 29-3-2021 04:43 PM
Jual rumah time covid ni amik masa almost 8 months for me .... and sume orang kasi alasan covid and movement restriction, what to do, it's the reality of the situation.
Quote bintangct 31-3-2021 11:58 PM
untoldname replied at 27-3-2021 06:14 PM
Sekarang banyak rumah subsale yang below market price...so secara tak langsung beli rumah subsale da ...

selain drp ada yg forumer tagas tu ckp.. actually kena tepuk dada tnya selera sendiri hehe
Kalau nk beli rumah dan lps tu jual balik.. uols kena la tgk loc yg strategic yg senang nk jual balik.. lps tu agak2 la kawasan tu senang tak nk kasi sewa.. actually ni benda2 yg kena pikir in advance sblm nk commit beli rumah
Quote bintangct 1-4-2021 12:00 AM
embun replied at 28-3-2021 05:46 PM
Berapa lama proses jual beli dan tukar nama

standard dlm 3 bulan tp still depends pd lawyer yg buat keje, banker, authority... ni semua penyebab yg buat keje jd delay
Quote untoldname 1-4-2021 01:12 AM
bintangct replied at 31-3-2021 11:58 PM
selain drp ada yg forumer tagas tu ckp.. actually kena tepuk dada tnya selera sendiri hehe
Kalau  ...

Iols tak dek plak plan nak beli rumah n nak jual balik...plan nak beli rumah sbb nak duduk sndr...sblm ni pon iols beli rumah subsale jugak...but since iols dah tak kerja area situ then rumah tu iols sewakan kt orang...cuma sekarang hati tu jadi belah bagi nak beli rumah subsale atau rumah baru...mcm iols cakap utk harga below 500k utk rumah baru susah nk dpt sqft 1200 ke atas...if subsale memang bleh dpt...iols cakap pasal kawasan setapak tau..
Quote ani_B 6-4-2021 12:32 PM
Rumah baru landed sekarang ni mahal sangat tapi cantik2. Cuma kita tak taulah siapa yg akan jadi neighbour kita nanti, kalau kita kisah pasal hidup berjiran ni. Kalau mampu, apa salahnya, kan? Cuma yg saya perhatikan, non-Malays prefer beli subsale property. Diorang ada duit kot, beli rumah subsale pastu terus buat renovation. Apa condition rumah tu pun tak kisahlah sebab diorang memang akan renovate. Malays prefer baru, mungkin sebab masuk2 semua serba baru. Nak renovate/tambah itu ini, sikit2 je lah. Kos taklah banyak kalau nak dibandingkan dgn subsale
Quote ally9970 6-4-2021 04:23 PM
Berapa had umur kalau nak amik loan beli rumah yea?
Quote jargon 8-4-2021 01:51 AM
untoldname replied at 1-4-2021 01:12 AM
Iols tak dek plak plan nak beli rumah n nak jual balik...plan nak beli rumah sbb nak duduk sndr... ...

Setapak iols target bennington residence,hrga ok okla..deal gn agent under developer siap dia kasi monthly average dan layout lg..ade mase bru p showroom..since parents pon duk pv8 melati so xjauh sgt..

Tp iols fall in love la gn projek sp setia..trbaru setia safiro cyberjaya,tp pegi sales gallery almost sold out,.ade unit tgh2 je tu pon waiting status loan jgk tu..sbb my sister stay setia eco glades kan so mcm aman sikitla area sana..dkt gn klia senang trus speed p kerja..subsale2 ni ntahla kdg masalah dalaman rumah tu cth paip la itu ini so xkoser nk beli subsale
Quote TulenBang 12-4-2021 11:35 AM
Subsale ni slalu hutang tertunggak bukan sikit2. Tak bayar makan tahun pun ada. Klu rasa ada cash banyak silakan. Tu tk masuk kos nak baiki repair renovate segala. Lawyer pun sama kalu jenis jawab emel pun malas harap kta je call pastu kerani je tolong jawabkan "i will check" memang kna sabar banyak2
Quote apekcool 31-12-2021 08:10 PM
taktau la kan tapi skrg ni susah sikit la nak cari rumah.. aku pun confuse gak dengan banyak bebanan. kalau duduk rumah jauh dri bandar, harga mmg murah tpi jauh plak perjalanan..
Quote Kogoromouri 31-12-2021 09:46 PM
apekcool replied at 31-12-2021 08:10 PM
taktau la kan tapi skrg ni susah sikit la nak cari rumah.. aku pun confuse gak dengan banyak bebanan ...

betul juga nak rumah kat bandar, memang mahal tapi peluang kerja memang banyak.
tengah pening juga nak beli rumah area mana. takkan kena resign bila dah ada keje lain kan semata nak sewa rumah murah.
haihhhh apa lah nasib.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.052953 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top