CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bawa Skandal Pulang, Suami Menyesal Tengok Bini Pasang Badan Masa Proses Cerai

24-3-2021 02:36 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 14360| Komen: 56

Pepatah habis madu sepah dibuang sesuai dengan kisah menimpa wanita ini apabila suaminya bertindak mencari kekasih lain kerana dirinya dilihat sudah tidak menarik seperti dahulu.

Menulis coretan di laman Facebook Kisah Rumah Tangga, wanita ini berkata dia sama sekali tidak menyangka suaminya mengambil kesempatan ketika dia sibuk mencari rezaki bagi membantu keluarga.


Malah, lebih tidak disangka, suaminya tergamak membawa wanita berkenaan pulang ke rumah di kala dirinya sibuk di tempat kerja.


Gambar hiasan

"Saya ni bekerja sebagai jururawat. Biasalah kerja shift ni tak menentu. Kejap pagi, kejap petang, kejap malam. Masa saya shift malam, dia buat onar dengan perempuan lain. Saya ada anak kecil dua orang.

"Sanggup dia bawa perempuan lain depan anak-anak saya. Mula-mula saya macam syak je. Tapi masih nak bersangka baik dengan dia. Hati memang tak sedap... hati isteri kan. Jadi saya berdoa pada Allah minta petunjuk.


"Jadi suatu hari, dia bawa perempuan lagi ke rumah time saya tak ada. Mujur ada jiran saya call. Cakap ada nampak husband saya bawa perempuan lain masuk rumah. Saya dah menggigil. Bukan sekali dua, banyak kali dah!" tulisnya.

Menurutnya, dia juga dapat merasakan perubahan sikap suaminya sejak kebelakangan ini yang sudah mulai dingin malah pernah membuatkan hatinya terguris apabila mengaitkan soal fizikal badannya yang tidak seperti dahulu.

Sungguhpun menyayangi rumah tangga serta kasihan dengan anak-anak, namun wanita tersebut nekad mahu berpisah kerana terlalu terluka.

"Saya buat keputusan minta cerai dengan dia. Hati saya dah tawar habis. Proses mahkamah biasalah ambil masa kan. Masa proses nak bercerai tu saya mulalah perbaiki diri saya.

"Mungkin betul juga suami pandang lain. Saya tak jaga diri, tak terurus. Mana tidaknya, sibuk kerja je sampai nak manjakan diri pun tak sempat. Bila dah single ni ada masa sikit. Jadi sempatlah saya mencantikkan diri, pergi salun, pergi gimnasium, ambil jamu," kongsinya.

Tanpa disangka-sangka, menurut wanita berkenaan, bekas suaminya kembali menagih kasih ketika mana proses penceraian mereka belum selesai di mahkamah.


Gambar hiasan

"Belum selesai kes penceraian, suami saya dah gila talak merayu nak kembali semula. Dia menyesal dengan apa dia buat. Masalahnya dia dah buat banyak kali, bukan sekali. Saya nekad jalan terus.

"Masa mula-mula kahwin terima seadanya, bila dah beranak pinak, dah bosan, mulalah keluar perkataan 'tak menariklah'.

"Dari yang dia kata tak nampak menarik tu, terus transform jadi wanita yang cantik jelita. Saya dah hilang 19 kilogram tak sampai dua bulan. Sampai dia gila bayang balik.

"Sibuk terhegeh-hegeh nak saya balik. Memang tak la saya patah balik. Rasakan! Biar dia rasa apa yang saya rasa," tulisnya lagi.


Sumber: mStar
6

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • rosasen

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 24-3-2021 03:06 PM
biasa xlama lepas tu kembali balik kat suami kan
Quote krustykrab 24-3-2021 03:35 PM
Apa la punya tajuk, mcm bengong bendul, mcm tak pernah pi sekolah..tt elok masuk balik sekolah, belajar BM betul2 sebelum nk jd wartawan
Quote bluebellvine 24-3-2021 03:39 PM
bagusler tak termakan pujuk rayu bekas suami. move on je lah. cari kebahagiaan sendiri. mana nak tau boleh dpt jodoh yang lebih baik dari sebelum ni.
Quote nanies 24-3-2021 04:13 PM
gambar takde gambar???
Quote rosasen 24-3-2021 04:32 PM
mmg kalo tgk single mother byk masa utk diri sendiri... pastu jadi makin cantik plak. adakah suami ni jd beban? LOL
Quote pxlbb 24-3-2021 04:44 PM
rosasen: mmg kalo tgk single mother byk masa utk diri sendiri... pastu jadi makin cantik plak. adakah suami ni jd beban? LOL


Nampaknya begitu la chuols {:spec
Quote rikuren 24-3-2021 05:23 PM
Wanita lepas jadi janda banyak masa untuk diri sendiri dan anak-anak...
Quote seri_mawr 24-3-2021 05:27 PM
rosasen replied at 24-3-2021 04:32 PM
mmg kalo tgk single mother byk masa utk diri sendiri... pastu jadi makin cantik plak. adakah suami n ...

i think so...

kebnykkan suami mcm penting diri sendiri...



Quote bettyboops 24-3-2021 05:40 PM
ni lah yang PT i dok bebel kalau kitaorang malas nak buat workout shedule yang dia suruh..

nak kurus, cantik tapi tak nak workout, tak nak jaga makan bolehhhhh.. kena tinggal laki, tinggal boyfriend.. time tu, kurus lah korang sebab frust menonggeng..
Quote Amandaminaj96 24-3-2021 07:47 PM
Lelaki mmg kebanyakkan pilih rupa.. jrg la nak pilih yang asalnya buruk hupgrade jadi cantik..kebanyakkan mmg pilih yg sedia cantik je.. perempuan2 yg so so jugak yg beruntung..sbb yg pilih diorang confirm x pndg rupa {:shy
Quote Mulotkoyak 24-3-2021 07:53 PM
Last skali rupenye promote produkkk sampahhh... Nyesal bace...
Quote GigaMom 24-3-2021 09:17 PM
Frust memang satu terapi kurus paling berkesan
X payah paksa diri tahan selera makan
Semua automatik
Fuuhh
Tapi tu lah
Sakitnya tuh di sini yg teramat
Quote downiey 24-3-2021 10:10 PM
aku kalo frust ke, happy ke, sedih ttp makan.
Quote diamond_intan 24-3-2021 10:13 PM
Harap x termakan la pujuk rayu mcm drama syuk
Quote LadyCarefree 24-3-2021 10:45 PM
Nabela ke ni?
Quote Vellfire 24-3-2021 11:11 PM
tinggalkan aje.. biar dia rasa
Quote Artemesiaa 25-3-2021 01:31 PM
Ada orang dia tak suka bininya nampak cantik bila dah kawin sebab tu dibiarnya lama2 jadi kepam.  Bila dah nampak kepam dia pulak naik menyampah dan mula cari lain.  Tu yang akhirnya bila dah tak ada yang melarang bini pun dah pasang badan nampak cantik semula baru nak nyesal.
Quote ally9970 25-3-2021 04:36 PM
Bila dh jadi single, patutnya jadi lebih sibuk kan, sbb kena jadi mak dan ayah pada 2 org anak tu.. so mana dtg masa nak ke gym, makan jamu, spa bagai?...
Quote hasniey 25-3-2021 11:14 PM
ally9970 replied at 25-3-2021 04:36 PM
Bila dh jadi single, patutnya jadi lebih sibuk kan, sbb kena jadi mak dan ayah pada 2 org anak tu..  ...

Anak kecik kan..xyah masak nasi.diet mkn jamu.kalau ada laki hari2 kene msk
Agaknya hujung mgu laki jaga anak kot.dpt la dia g spa gym segala.agak je lahh

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.046425 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top