CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jangan Tahan-tahan Kalau Nak Berak!

24-3-2021 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8552| Komen: 49

Menahan sakit perut barangkali adalah situasi yang paling sukar bagi sesiapa pun apatah lagi ketika berada dalam situasi mencemaskan seperti terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Sampaikan ada yang berpeluh-peluh dan meremang bulu roma ketika berada dalam situasi itu namun tiada pilihan selain menahannya!



Gambar hiasan/Medical News Today

Kita mungkin mampu menahan rasa sakit perut namun adakah kebiasaan seperti itu boleh memberi kesan kepada kesihatan?

Pakar gastroenterologi, Dr Sameer Islam menjelaskan terdapat beberapa masalah boleh berlaku apabila seseorang kerap menahan sakit perut untuk membuang air besar.

Jelas Dr Sameer, tindakan itu boleh menyebabkan masalah sembelit apabila tubuh seseorang sudah terbiasa dengan signal menahan membuang air besar. Itu juga menyebabkan seseorang akan sukar membuang air besar.


Gambar hiasan

"Apabila kita mengalami sakit perut yang teruk tetapi menahannya, ia akan memberi singal yang salah kepada tubuh dan kesannya akan berpanjangan.

"Otot-otot di bahagian rektum tidak bekerja dengan betul dan kerana dapat signal untuk tidak bekerja, inilah yang membuatkan kita mengalami sembelit dan sukar membuang air besar," katanya.

Sementara itu, Dr Sameer turut menjelaskan beberapa mitos mengenai tabiat itu termasuk kotoran yang berkumpul dapat menjadi racun serta membahayakan tubuh.

Namun katanya, kotoran yang berkumpul pada usus tidak akan menghasilkan racun dalam tubuh dan tiada penyakit khusus akan berlaku.


Gambar hiasan

Sebaliknya, Dr Sameer menekankan menahan diri daripada membuang air besar boleh menyebabkan sakit perut yang parah.

"Sebaik-baiknya, jaga jadual untuk membuang air besar dan jadikan ia kebiasaan agar terhindar daripada kesan buruk pada kesihatan anda," ujarnya.



Sumber: mStar
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 24-3-2021 12:06 PM
Aku paling takot kalau ada traffic jam, perut rasa nk berak.....
Quote Skuau 24-3-2021 12:45 PM
Nana_Man replied at 24-3-2021 12:06 PM
Aku paling takot kalau ada traffic jam, perut rasa nk berak.....

okla bawa keta sendiri...itu kalo naik public transport???
Quote Adrif 24-3-2021 01:29 PM
aku tak reti nak berak ikut jadual ni. kalau tiba2 rasa nak terberak, memang aku terus tinggalkan segala perkara duniawi, dan terus ke arah jalan yang benar. tiada persinggahan, fokus kepada misi dan visi.

tapi family aku, macam mak.
bangun pagi, lepas solat subuh, mesti berak dulu. jangan la dikacaunya, tak lut. dulu bawak majalah, sekarang dah takde majalah, skroll facebook kat phone.

abang aku pun camtu. ikut bontot mak. berak berjadual. tertib sungguh.
adakah aku anak angkat? lol
Quote Nana_Man 24-3-2021 02:01 PM
Skuau replied at 24-3-2021 12:45 PM
okla bawa keta sendiri...itu kalo naik public transport???

Kalau traffic jam, tak kira public ke private, “azab” jgk nk tahan.
Takkn nk berak dlm sluar kalau kete sendiri.
Cuma kentut je yg bole. Haha
Quote Nana_Man 24-3-2021 02:03 PM
Adrif replied at 24-3-2021 01:29 PM
aku tak reti nak berak ikut jadual ni. kalau tiba2 rasa nak terberak, memang aku terus tinggalkan se ...

Family aku lak... kalau sorang berak, yg lain2 mesti berak jgk. Padahal bkn mkn makanan yg sama.
Quote puteribaya 24-3-2021 04:11 PM
Adrif replied at 24-3-2021 01:29 PM
aku tak reti nak berak ikut jadual ni. kalau tiba2 rasa nak terberak, memang aku terus tinggalkan se ...

so far..i pun berak berjadual..kecuali bulan pose sbb minum dan makan sangat kurang
Quote SecretLuv 24-3-2021 04:38 PM
Adrif replied at 24-3-2021 01:29 PM
aku tak reti nak berak ikut jadual ni. kalau tiba2 rasa nak terberak, memang aku terus tinggalkan se ...



Dulu aku pun macam tu jugak. Pagi2 mesti wajib berak dulu Sekarang bila nak pergi jalan je pastikan berak dulu sebab takut tandas tak bersih kat luar tu. Lagi2 kalau nak pergi jalan jauh. Tapi kalau nak pergi kerja tak kisah kalau tak berak pagi2 tu sebab kat tempat kerja tak risau sangat.
Quote Orix 24-3-2021 05:16 PM
Skuau replied at 24-3-2021 12:45 PM
okla bawa keta sendiri...itu kalo naik public transport???

iols pernah hurkeh... berpeluh2 rs mcm nk fitammm menahan sakit perut dlm LRT
ms tu duk goyang kaki ja mcm onggila utk distract rasa nk terberak tu
Quote Boomibulat 24-3-2021 05:18 PM
Boleh ke tahan kalau dh nak terberak..
Quote Adrif 24-3-2021 07:01 PM
Nana_Man replied at 24-3-2021 02:03 PM
Family aku lak... kalau sorang berak, yg lain2 mesti berak jgk. Padahal bkn mkn makanan yg sama.

yang ni stail bapak aku.
asal aku masuk jamban, satgi dia ketuk pintu macam nak roboh, cepaaattt nak terkeluaarrrrrr, CEPAAAAATTTT  

dah tu aku tengah 50% berak, takkan dah tergantung nak sedut masuk balik macam hingus
Quote Adrif 24-3-2021 07:04 PM
puteribaya replied at 24-3-2021 04:11 PM
so far..i pun berak berjadual..kecuali bulan pose sbb minum dan makan sangat kurang

macam mana setting jadual ni. aman betul hidup kalau boleh control waktu dia nak keluar tu.bulan puasa siang takleh predict. kadang2 takde apa.
sampai malam je haaa siap. lepas berbuka. nak terawih. moreh. tengah malam pun boleh datang rasa tu, tak lena tidur. dah la nak bangun sahur lagi nanti
Quote Adrif 24-3-2021 07:06 PM
SecretLuv replied at 24-3-2021 04:38 PM
Dulu aku pun macam tu jugak. Pagi2 mesti wajib berak dulu Sekarang bila nak pergi jalan j ...

tempat kerja tandas selesa alhamdulillah, bersyukur sangat.
R&R kalau nak singgah, sekarang pun dah ok, bersih. selesa. tak berbau. ada kipas kuat. TAAAAAPIII

tapinya aku takut camera. dinding berlubang-lubang suspicious maksimum.
dah la aku kalau berak kat luar, spender buh kat kepala.
kalau viral camane
Quote Nana_Man 24-3-2021 07:15 PM
Adrif replied at 24-3-2021 07:01 PM
yang ni stail bapak aku.
asal aku masuk jamban, satgi dia ketuk pintu macam nak roboh, cepaaattt  ...

Hahahahaha!!!!! Lawak lah ni!!!!
Happy family
Quote hasniey 24-3-2021 07:38 PM
Adrif replied at 24-3-2021 01:29 PM
aku tak reti nak berak ikut jadual ni. kalau tiba2 rasa nak terberak, memang aku terus tinggalkan se ...

Anak angkat
Nnt kalau biasakan jd brjadual la dia.pg2 pegi je tandas.nk buang air beso ke kecik ke..kalau mencangkung kan lama2 rasa nk mmbuang.hari2 buat kan jd tabiat
Quote zuri154 24-3-2021 08:09 PM
Mak & arwah bapak aku mesti rasa nk berak lps pakai baju cantik2 nk gi jln wpun sblum tu dah berak. Mcm perut tu tau2 je dah pakai cantik terus mulas2 nk berak.

Dulu masa aku kt universiti, penah sebulan x berak. Perut xde sakit nk berak & aku teran2 pun x kuar. Cuma perut aku buncit sket pasal x berak sebulan. Aku pun pelik nape gitu.
Quote SayaSayangMama 24-3-2021 08:15 PM
Iya inilah iolss dr kecik suka tahan berak. Bangga dua minggu x berak. Berak berdarah pun mak iolss xheran sgt. So sampai skrg la sempelit minum la berapa litter air tetap sembelit. Mcm xde perasaan nk berak mcm org normal yg lain . Iolss xde jadual khas utk berak ye. Lg satu iolss xleh berak tempat lain rela tahan. Iolss suka berak kt rumah sndiri dgn rumah mak iolss je sbb toilet dlm bilik. Klu balik rumah in law sepanjang tu la xberak.
Quote SayaSayangMama 24-3-2021 08:17 PM
So aku mcm xpernah sakit perut nk berak. Mcm sgt la boleh tahan.
Quote watymuchaz 24-3-2021 08:38 PM
SayaSayangMama replied at 24-3-2021 08:15 PM
Iya inilah iolss dr kecik suka tahan berak. Bangga dua minggu x berak. Berak berdarah pun mak iolss  ...

aku pon x suka guna public toilet. Plg2 pon pee je lah, tp kalo nak berak paksa mcm mana pon Mmg x nak keluar kalo public toilet. Setiap hari kalo kerja aku x Sabar2 nak balik rumah sbb nak berak wlpn toilet opis aku bersih cleaner bersihkan 3x sehari..he he
Quote SayaSayangMama 24-3-2021 09:13 PM
watymuchaz replied at 24-3-2021 08:38 PM
aku pon x suka guna public toilet. Plg2 pon pee je lah, tp kalo nak berak paksa mcm mana pon Mmg x ...

Lagi satu klu public toilet yg bersih plak x syok la lg lg klu pakai palazo. mcm kt rumah boleh tanggal seluar bagai pastu sabun sampai ke kaki haha. Klu kt public ala limited betul la. Klu rumah mil pulak malas betul la nk kena tukar kain batik bawak towel dgn tudung pun xleh tanggal. Ahh rumah sndiri gak best. Pastu siap ada bangku squat. Nyaman...

Lihat semua komen(49)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.058462 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top