CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak-beranak Kedekut Makan Bangkai Tepi Jalan Untuk Berjimat

23-3-2021 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4333| Komen: 13

Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka dilaporkan memasak dan memakan bangkai haiwan yang ditemui di tepi jalan sebagai kaedah berjimat, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Vickie dan suaminya, John yang muncul dalam salah satu episod program televisyen Extreme Cheapskate terbitan stesen televisyen TLC mendedahkan sifat kedekut itu membantu mereka untuk berjimat selama bertahun-tahun.



Kredit foto: TLC

Menerusi rancangan yang memaparkan tahap kedekut seseorang yang ada kalanya tidak masuk akal, keluarga tersebut akan keluar bersama-sama untuk ‘memburu’ bangkai haiwan yang mati di tepi jalan untuk dijadikan  makanan.

Menurut John, jika bangkai yang ditemui masih baharu dan segar, dia tidak kisah untuk memakannya.

“Ia menjimatkan duit saya,” katanya.


Kredit foto: TLC


Selain untuk dimakan, pasangan itu menggunakan bulu haiwan jalanan yang ditemui untuk membuat hadiah kepada rakan-rakan mereka.

Jelas John, mereka mampu berjimat ketika sambutan Hari Krismas dan juga hari jadi rakan-rakan memandangkan isterinya, Vickie akan mengambil kulit haiwan jalanan yang ditemui untuk dijadikan hadiah seperti topi dan sarung tangan.

“Bulu haiwan sangat mahal namun kalau ia boleh dijumpai di tepi jalan sudah tentu kosnya lebih rendah,” kata John.


Sumber: Kosmo!
1

Bagus
1

Marah
4

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AyaqMeloSuam 23-3-2021 09:19 AM
Ada aku pnh tgk documentry. Ada pakcik ni stiap hari akn kutip bangkai2 tepi hway. Simpan pozen. Buat masak lps tu. Mcm2 bangkai la.. mcm rubah la apa la..
Quote haryatie 23-3-2021 09:20 AM
giler betulllllllllllll
Quote airmineral 23-3-2021 09:21 AM
sihat ke tubuh badan drg ni makan bangkai?
Quote EvieWanKenobi 23-3-2021 09:24 AM
kalau bangkai mesti ada ulat lalat tu kan..
Quote yylkasy 23-3-2021 10:58 AM
Nak keluar duit utk beli makanan pun kedekut. Simpan duit byk2 nak bwk masuk kubur ke
Quote INTAN.JEJAI 23-3-2021 11:59 AM
kesian anak anak kau dpt mak bapak mcm gitu perangainye
Quote sharlenetexas 23-3-2021 12:05 PM
Bila kena penyakit takde jimat2 dah.
Quote chinta89 23-3-2021 12:09 PM
dari segi ksihatan ok ke....
Quote Dwdrum 23-3-2021 12:10 PM
Haiwan tepi jalan selalu nya haiwan yang di langgar... Cuma tudak ikut ritual sembelih yahudi dan islam...
Quote akusukaq 23-3-2021 12:15 PM
haryatie replied at 23-3-2021 09:20 AM
giler betulllllllllllll

Semua binatang yg mati tidak disembelih itu pun dikira bangkai jgk. Sama je jika maseh baru , belum lg busuk memang jd makanan orang kafer
Quote mrsbale 23-3-2021 12:17 PM
Erk. Baca tajuk pun dah nak
Quote FanTasyCreaTioN 23-3-2021 02:19 PM
Bukan isu semasa.

FC pindahkan ke Kongsi Tular

Quote Belibis 23-3-2021 03:31 PM
Daging kat market pun masih bangkai kalau tak sembelih ikut syarak.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.047348 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top