CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiga Beranak Terkunci 8 Jam Dalam Tandas, Kulit Anak Sejuk Sampai Kebiruan

23-3-2021 09:21 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12364| Komen: 89

Description: Suri rumah, Safra Hussain berdepan detik mencemaskan, Selasa minggu lalu selepas terperangkap lebih lapan jam di dalam tandas rumahnya di sebuah kondominium dekat Damansara Damai, Petaling Jaya.
Suri rumah, Safra Hussain berdepan detik mencemaskan, Selasa minggu lalu selepas terperangkap lebih lapan jam di dalam tandas rumahnya di sebuah kondominium dekat Damansara Damai, Petaling Jaya.


Kisah Safra, 31, mendapat perhatian selepas wanita berkenaan memuat naik hantaran di Facebook (FB), baru-baru ini.

Menceritakan pengalamannya, Safra berkata, kejadian berlaku pada 9.50 pagi selepas dia baru selesai memandikan dua anak perempuannya, Raja Mikayla Aina, 6, dan Raja Maleeqa Aina, 3.


Foto: Harian Metro

"Ketika itu, hanya saya dan dua anak saja yang ada di rumah manakala suami tiada kerana sudah ke tempat kerja.

"Pada hari itu, saya sekadar menutup pintu tandas, tetapi tidak menguncinya dari dalam.


"Selesai memandikan anak, saya mahu keluar dari tandas tetapi gagal kerana tombol pintu tiba-tiba rosak," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Safra, keadaan bertambah rumit apabila telefon bimbitnya berada di luar dan bunyi bising persekitaran yang menyebabkan dia tidak dapat menjerit.

Bagaimanapun, Safra berusaha mencari jalan keluar antaranya cuba memecahkan pintu menggunakan penyangkut tuala.

"Puas saya mencuba namun usaha itu tidak berhasil hingga saya dan anak bongsu tertidur seketika selepas tiga jam berada di dalam tandas.

"Anak sulung saja yang terjaga dan Alhamdulillah kerana dia serta adiknya tidak menangis sepanjang terperangkap di dalam tandas.

"Cuma, saya kasihan melihat anak sulung lebih-lebih lagi selepas dia mengadu kesejukan hingga tangannya jadi kebiruan. Saya pula sudah lemah dan tidak berdaya berbuat apa-apa melainkan membalut badan kedua-anak dengan tuala selain memberi minum air daripada alat pemanas serta susu badan untuk bertahan," katanya.

Safra berkata, dia dan dua anaknya hanya dapat keluar dari tandas pada 5.15 petang selepas suaminya, Raja Mohammad Fadzlan Raja Zulkiply, 34, pulang ke rumah.

Menurutnya, pada mulanya, suaminya tidak tahu apa yang berlaku, tetapi pelik kerana melihat mereka tiada di ruang tamu serta bilik.

"Suami hanya sedar selepas terdengar jeritan saya dari dalam tandas.

"Tanpa berlengah, suami terus menendang pintu dari luar hingga terbuka dan saya tidak mampu berfikir apa-apa sebaik keluar, sebaliknya terus memberi kedua-dua anak makan roti kerana kasihan melihat mereka kelaparan," katanya yang juga mencari pendapatan sampingan sebagai ejen mesin penapis air.

Safra berkata, niatnya berkongsi kisah itu di FB sekadar untuk memberi peringatan kepada orang ramai terutama rakan terdekat dan golongan suri rumah yang mempunyai anak kecil supaya berhati-hati.

Menurutnya, ramai yang prihatin kerana faham situasi dialaminya, namun ada yang mempersoalkan tindakannya memberi anak bermain air sepanjang terperangkap di dalam tanda dan memberi minum air daripada alat pemanas.

"Sedangkan, saya terpaksa kerana hanya itu caranya untuk mengalihkan perhatian mereka dan bertahan dalam tempoh lama.

"Mujur kedua-duanya ada bersama-sama kerana jika salah seorang di luar, saya tidak tahu apa yang akan berlaku.

"Buat masa ini, saya dan suami sudah mencabut semua tombol di dalam rumah kecuali pintu hadapan serta memasang kamera litar tertutup (CCTV) sebagai langkah keselamatan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KIM.K 22-3-2021 11:16 PM
Sedihnya..mesti barging sambil berjurai air mata
Quote Belibis 22-3-2021 11:23 PM
Tu penting bawa hp dalam jamban,tapi orang pompuan pikir laki ada skendel pulak.
Quote rajamoney 22-3-2021 11:29 PM
Belibis replied at 22-3-2021 11:23 PM
Tu penting bawa hp dalam jamban,tapi orang pompuan pikir laki ada skendel pulak.

nape iblis?

bini ko tk pecaya ngn ko ke iblis?

jantan gatal cam ko bini mana nk pecaya iblis


Quote Carcosa 22-3-2021 11:33 PM
Meols mandi tak tutup pintu rapat2
Sekadar tutup sikit jadi air tak terpercik. Yelah, sapo je kat rumah. Laki dgn anak. Tu jelah.
Boleh kan?
Quote rajamoney 22-3-2021 11:35 PM
Carcosa replied at 22-3-2021 11:33 PM
Meols mandi tak tutup pintu rapat2
Sekadar tutup sikit jadi air tak terpercik. Yelah, sapo je ka ...

tengkiu 4 the disturbing imagery


Quote delia3003 22-3-2021 11:48 PM
Edited by delia3003 at 22-3-2021 11:49 PM

Iols pernah je kena, tombol pintu tandas rosak, tak boleh bukak langsung. Nasib baik time tu iols kat luar, nak masuk tandas. Lepas kena macam tu sekali, iols masuk tandas, tak tutup pintu rapat. Nasib baik duduk master bedroom, tandas dalam bilik. Cukup utk kunci bilik je ler.

Tak dapat bayangkan kalau masa tu kat dalam tandas, dah ler dgn pintu bilik pun berkunci. Kalau sorang2 lagi ler, takde sape pun tau. Nak bukak dari dalam mmg susah ler, kalau dari luar boleh tendang je pintu tu
Quote delia3003 22-3-2021 11:52 PM
Belibis replied at 22-3-2021 11:23 PM
Tu penting bawa hp dalam jamban,tapi orang pompuan pikir laki ada skendel pulak.


Kalau bukan sorang kat rumah time tu, tak payah susah2 bawak handphone, jerit je, boleh je orang lain tendang pintu tu dari luar sampai terbukak. Alasan nak berskandal ler tu
Quote cmf_premierleag 22-3-2021 11:54 PM
teringat cite satu minah ni kat twidder thn lps.dia kene kuarantin kt hotel lps blk dr obersi
pastu mlm tu dia trapped dlm toilet sbb kunci pintu tombol tu problem
mcm2 cara dia buat nk keluar,siap jerit mintak tlg lg
sudahnya esok tu,staf KKM htr breakfast depan pintu blk, then ms lunch, tea break, hantar gak lg food.tp food yg tadi pun blom disentuh lg kat luar pintu blk
so diorg ingatkan dh mati sbb covid ke hapa kan,terus suruh hotel bukak pintu blk tu jugak
pastu bdk tu mmg dgr ada org panggil2 dia and dia jerit la dr dlm toilet tu ckp pintu rosak
last2 dpt gak keluar...mmg sesak nafas la di ckp sbb toilet hotel punya air ventilation kan mcm kedap udara
dulu aku ingat nama hotel bdk tu..tp now dah x ingat la lg
Quote untoldname 23-3-2021 12:18 AM
Kesiannye lahai...terkurung dalam bilik air sampai 8jam...
Quote dudaberhias 23-3-2021 12:22 AM
soo scary... mujur pintu tandas rumah iols bukan tombol macamni...
dia yang old style selak tu...

tapi pintu2 bilik lain2 tu semua macam lebih kurang atas tu... harap2 takde pape yang terjadi...

tombol tu bukan murah yach, beli mahal2 pun akan rosak juga satu hari nanti...

ada yang tekan2 code pun ada, mujur masih tahan sampai harini...
Quote sarah82 23-3-2021 01:32 AM
Aku pulak kena 2 kali.. Dalam bilik.. Nak keluar x boleh.. Mujur ada org dengar
Quote Jitu 23-3-2021 01:39 AM
2 kali jd masa kat rumah sewa aku duduk kat kl dulu
yg pertama kena pintu bilik lock rosak tak boleh bukak
member ada kat dalam aku kat luar
sebenarnya klu belah dlm boleh bukak guna screwdriver tp member aku tu tak pandai benda2 diy ni
last2 aku tendang terkopak sikit pintu tu

yg kedua kena pintu bilik air sbb pintu dah reput tombol jd loose
cuma nak bukak dari luar tak boleh
member aku panjat masuk ikut tingkap yg belah atas tu bukak ikut dalam
terus aku buang lock tombol tu ganti dgn selak pintu

lock tombol ni senang je nak bukak cuma kena ada screwdriver flat untuk bukak tombol dgn screwdriver philips nak bukak screw kat bahagian dalam
Quote Jitu 23-3-2021 01:40 AM
sarah82 replied at 23-3-2021 01:32 AM
Aku pulak kena 2 kali.. Dalam bilik.. Nak keluar x boleh.. Mujur ada org dengar

kenapa tak bukak je guna screwdriver
Quote awenda507 23-3-2021 02:25 AM
Klu aku terus fobia nk tutup pintu
Quote myoujin 23-3-2021 03:00 AM
Moral of the story... Bawak phone dlm bilik air.. sediakan skru driver dalam bilik air
Quote ellejo 23-3-2021 03:01 AM
anak aku terkunci belakang rumah terus trauma nak kunci pintu. berak pun bukak pintu
Quote nolya 23-3-2021 03:07 AM
Terjadi kat saya terbalik pulak. Saya ke rumah jiran sebelah ikut pintu dapur dn pintu depan dikunci lah. Waktu keluar, pintu dapur sengaja tak kunci tapi entah mcmane ditiup angin, pintu tertutup dn terkunci dari dlm. Kunci dlm rumah sedangkn saya di luar rumah. Panik sekejap sebab mati akal mcmane nak buat. Gelabah juge, nak minta tolong kat sape? Akhirnya tanpa segan  minta tolong dgn jiran satu lagi, kontraktor rumah. Senang aje Dia buat. Dibalutnya tombol tu dgn kain buruk,  cari tukul dn hentak direct ke arah tengah. Jdi button yg terkunci akan memantul balek membolehkn pintu dibuka. Mungkin teman2 boleh Cuba tips begini. Boleh test untuk membenarkan caranya.
Quote cap_ayam 23-3-2021 05:35 AM
myoujin replied at 23-3-2021 03:00 AM
Moral of the story... Bawak phone dlm bilik air.. sediakan skru driver dalam bilik air

screwdriver memang standby dlm bilik air.. risau jadi macam ni lah..
Quote sukacactus 23-3-2021 06:10 AM
Bilik air aku kena masuk thru wardrobe dl
Dua2 pintu bilik air & wardobe jenis sliding frosted polycarbonate
So xpayah letak kunci pun sebab dr bayang2 dah tau ada org kat dlm

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.074975 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top