CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

CEO Cradle Fund, Nazrin Hassan Mati Sebelum Kebakaran

23-3-2021 09:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15344| Komen: 97

Description: SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu oleh pakar perunding forensik bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan, meninggal dunia sebelum kebakaran berlaku di bilik tidur rumahny ...
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu oleh pakar perunding forensik bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund, Nazrin Hassan, meninggal dunia sebelum kebakaran berlaku di bilik tidur rumahnya.


Pakar Perunding Perubatan Forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng, berkata tiada kecederaan jelaga dan keadaan seperti itu menunjukkan mangsa tidak menyedut udara panas.

"Nampaknya dia (si mati) sudah meninggal dunia sebelum kebakaran," katanya yang juga saksi pendakwaan ke-46 ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanifah.


Kredit foto: Harian Metro

Ketika membaca keterangan saksinya, Dr Sheue Feng yang menjalankan bedah siasat terhadap Nazrin pada 5 petang, 14 Jun 2018 di Jabatan Perubatan Forensik HKL, berkata tiada bukti kecederaan hidu larinks atau jelaga di trakea serta laluan udara yang lebih dalam.


Beliau memberi keterangan dalam perbicaraan kes pembunuhan Nazrin yang dihadapi balunya, Samirah Muzaffar, 46, dan dua remaja yang kini berumur 19 dan 16, serta wanita warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari, yang masih bebas.

Mereka didakwa melakukan pembunuhan itu di sebuah rumah dekat Mutiara Damansara, di antara jam 11.30 malam pada 13 Jun 2018 hingga jam 4 pagi hari berikutnya.


Dr Sheue Feng, yang berpengalaman melakukan lebih 2,000 bedah siasat, menyenaraikan 16 tanda kecederaan yang ada pada badan Nazrin, merangkumi luka menembus berukuran 5x4 sentimeter (sm) di bahagian parietal kiri, luka menembus berukuran 2x1 sm di sebelah kanan dahi dan luka menembus berukuran 2x1.5 cm di bahagian atas bahagian depan leher.

Saksi juga menunjuk dan menjelaskan beberapa keping gambar yang diambil ketika bedah siasat yang dipaparkan pada skrin di mahkamah.

Lebih 100 keping gambar ditunjukkan kepada mahkamah.

Ketika gambar-gambar itu mula dipaparkan, kakak Nazrin yang berada di ruang mahkamah didengar menangis.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman bersambung Selasa. -CARI

Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Noraniza_Iblis 23-3-2021 09:17 AM
liat jgk samirahh ni nk ke tali gantung..
Quote supernaturalee 23-3-2021 09:27 AM
klu di ci astro ada 1 rncngn ni tajuk the deadly wives
antara kes2 nya mcm ni lah

ada yg smpi dh kahwin dkt 40 thn pun
alih2 bunuh lakinya sbb duit

ada 1 kes tu pun mo lbh kurang sm
bunuh dulu pastu br staged fire
what make it worst jiran atas pun jd mangsa
smpi 4 org sekaligus termasuk baby

Quote Pinokiok 23-3-2021 10:42 AM
Edited by Pinokiok at 23-3-2021 10:45 AM
supernaturalee replied at 23-3-2021 09:27 AM
klu di ci astro ada 1 rncngn ni tajuk the deadly wives
antara kes2 nya mcm ni lah



Sebab tu la org selalu ckp perkahwinan ni ibarat satu perjudian..

Sayangnya aku xde astro nak tengok
Quote me12345 23-3-2021 11:08 AM
Harap org yg bunuh dan bersubahat ke tali gantung...
Quote supernaturalee 23-3-2021 11:34 AM
Pinokiok replied at 23-3-2021 10:42 AM
Sebab tu la org selalu ckp perkahwinan ni ibarat satu perjudian..

Sayangnya aku xde astro nak ...

try search kt youtube ada kot
x pon kt website CI



Quote Normabaru 23-3-2021 11:37 AM
Kawan kaka rajin borak dgn polis.. Cite dia kes ni evidence dah habis bomba kemas sbb ingt betul kes tbakar.. Rupenye kes nak padamkan bukti. Tu yang skrg bersilat nk sabit pendakwaan samirah ni... Hahahaha
Quote chandrahusin 23-3-2021 11:43 AM
Normabaru replied at 23-3-2021 11:37 AM
Kawan kaka rajin borak dgn polis.. Cite dia kes ni evidence dah habis bomba kemas sbb ingt betul kes ...

mmg pembunuhan terancang la ni ya
kalau gagal bukti pendakwaan
mmg lps lah
Quote Normabaru 23-3-2021 11:52 AM
chandrahusin replied at 23-3-2021 11:43 AM
mmg pembunuhan terancang la ni ya
kalau gagal bukti pendakwaan
mmg lps lah

Kawan kaka siap kata Allah nk tunjuk tu...

Alangkan kes minah c4 dulu.. Punya la dah bkecai tulang belulang...sampai bunuh kat tgh utan..  Siapa sangka org still blh korek

Hehehe
Quote tupaiterbang 23-3-2021 01:42 PM
power jgk si samirah kelly ng gan anak2 pareeya dia
kemungkinan terlepas 70%
Quote Nenolen 23-3-2021 02:07 PM
Moga ada keadilan utk arwah...kesian mati kena bunuh...
Quote awekjepun 23-3-2021 02:11 PM
tupaiterbang replied at 23-3-2021 01:42 PM
power jgk si samirah kelly ng gan anak2 pareeya dia
kemungkinan terlepas 70%

Ada yg komen di fb, katanya yg bunuh anak2 samirah guna panah
sbb nak samirah kawin semula dgn bapak diorg. Samirah cuma nk tolg selamatkan anak2 dia, sbb tu buat mcm tbakar
Quote NazRysha 23-3-2021 02:34 PM
awekjepun replied at 23-3-2021 02:11 PM
Ada yg komen di fb, katanya yg bunuh anak2 samirah guna panah
sbb nak samirah kawin semula dgn b ...

my bos pun cerita benda ni

Quote yusryimran 23-3-2021 02:44 PM
ada beliau akan nama kan kes ini sebagai nama masakkan beliau
Quote tupaiterbang 23-3-2021 03:14 PM
awekjepun replied at 23-3-2021 02:11 PM
Ada yg komen di fb, katanya yg bunuh anak2 samirah guna panah
sbb nak samirah kawin semula dgn b ...

ya betul, set2 pariya jangan pecoh katanya..
sian arwah jd mangsa kerakusan puak kelly ng ngaku melayu
Quote slavehunter 23-3-2021 03:15 PM
supernaturalee replied at 23-3-2021 09:27 AM
klu di ci astro ada 1 rncngn ni tajuk the deadly wives
antara kes2 nya mcm ni lah


Deadly wives, Fatal Vows, Who the bleeb did i marry, itu semua tentang jenayah suami isteri macam2 kes, ada yang kata tak sengaja tertembak bini masa tengah bersihkan pump gun. Semua kes biasanya motive duit,jelousy,curang.
Quote royaldanish 23-3-2021 03:16 PM
awekjepun replied at 23-3-2021 06:11 AM
Ada yg komen di fb, katanya yg bunuh anak2 samirah guna panah
sbb nak samirah kawin semula dgn b ...

kejam sungguh ye kalau betul.
umur muda2 mcm tu dh boleh membunuh
Quote Nenasketum 23-3-2021 03:17 PM
Kawen ibarat macam tukar baju orang sekarang ni, ter kahwen manusia sewel terima lah padah.
Quote monreyes 23-3-2021 03:28 PM
Normabaru replied at 23-3-2021 11:37 AM
Kawan kaka rajin borak dgn polis.. Cite dia kes ni evidence dah habis bomba kemas sbb ingt betul kes ...

statement kata punca kematian sbb hp melayang kena kepala tu pun dah x masuk akal...
knp mudah sangat bomba nak percaya...
Quote silampumeja 23-3-2021 03:29 PM
slavehunter replied at 23-3-2021 07:15 AM
Deadly wives, Fatal Vows, Who the bleeb did i marry, itu semua tentang jenayah suami isteri macam2 ...

Channel CI tu apa

Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.069085 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top