CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bomoh Rogol Pelajar Hamil Semasa Upacara Pemindahan Janin Ke Rahim Wanita Lain

23-3-2021 09:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3579| Komen: 9

Description: Semarang: Malang berganda buat seorang remaja di Jawa Tengah, Indonesia yang kononnya mahu menggugurkan kandungan, sebaliknya dia menjadi mangsa serakah bomoh yang menawarkan khidmat berkenaan.
Semarang: Malang berganda buat seorang remaja di Jawa Tengah, Indonesia yang kononnya mahu menggugurkan kandungan, sebaliknya dia menjadi mangsa serakah bomoh yang menawarkan khidmat berkenaan.


Penuntut sekolah menengah berusia 16 tahun itu dirogol bomoh berkenaan sebanyak tiga kali dalam satu upacara digelar 'memindahkan janin' kepada wanita lain, 18 Mac lalu.

Timbalan Ketua Polis Kebumen, Arwansa berkata, mangsa dihantar keluarganya mendapatkan khidmat bomoh itu bagi menutup aib keluarga berikutan hamil anak luar nikah lima bulan.

Suspek, Kredit foto: Agensi

"Mereka mendengar upacara pemindahan janin ke rahim wanita lain, sebelum bersetuju menghantarnya ke rumah bomoh itu.

"Upacara itu berlangsung selama seminggu dan mangsa diwajibkan tinggal di rumah suspek dalam tempoh itu manakala keluarganya diarahkan pulang ke rumah mereka di Magelang," katanya dalam portal Kompas.com.

Katanya, suspek mula memainkan peranannya menjalankan upacara itu dengan pelbagai jampi sambil mula merogol mangsa pada Sabtu lalu.

"Suspek licik menipu mangsa dengan mendakwa tindakannya itu antara sebahagian daripada upacara itu.

"Keesokannya, mangsa dirogol lagi dua kali hingga trauma," katanya.

Menurutnya, rahsia bomoh berkenaan terbongkar selepas penduduk setempat curiga melihat mangsa murung di depan rumah suspek.

"Orang kampung melaporkan kes berkenaan kepada polis serta ibu bapa remaja itu selepas mangsa menceritakan apa yang berlaku," katanya.

Suspek yang berusia 44 tahun itu berdepan tuduhan di bawah Akta Perlindungan Anak Menjadi Undang-Undang dengan maksimum penjara 15 tahun penjara serta denda maksimum 5 juta rupiah (RM1,425). -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Suchi 23-3-2021 09:11 AM
Orang tua jijik, yg keluarganya pun dah 2021 pun percaya bomoh leh pindahkan janin ke perut wanita lain.

Lagi bodo biarkan anak tinggal ngan orang tua kutuk tu.
Quote EvieWanKenobi 23-3-2021 09:26 AM
otak tak berfungsi ke?
Quote watymuchaz 23-3-2021 09:34 AM
Yang pelik2 gini.. Baca tajuk je dah dapat agak negara mana..
Quote rajamoney 23-3-2021 10:12 AM
bangsa etis
Quote hareeeesah 23-3-2021 10:17 AM
Yang mangsa tu pun kan ke dah pregnant. Takkan la tak tau lagi apa kebomoh tu buat.. sampai 3 kali..
Quote yylkasy 23-3-2021 10:56 AM
Yg aneh2 aja org yindon ni
Quote AshkieLa 23-3-2021 06:16 PM
kat negara dia boleh kawen lain2 agama tanpa perlu convert..
konsert dangdut seksi bagai nak rak..
tiba2 mengandung tanpa suami malu bagai pula sampai jumpa bomoh...
bukan ke sama je konsep tu kalau hamil pun dua2 tetap luar nikah...
aneh2 je diorg ni..
Quote me12345 24-3-2021 07:49 AM
Macam macam indon ni ..pelik pelik
Quote swateng1 30-3-2021 11:33 AM
murahnyaaa denda pun.. tak setimpal lansung

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.254028 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top