CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pokok 127 Tahun Di Bangunan Merah Melaka Akhirnya Tumbang

17-3-2021 03:31 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4558| Komen: 31

MELAKA – Pokok ikonik yang menjadi lokasi tumpuan pelancong merakamkan gambar kenangan saat berada di kawasan Bangunan Stadthuys atau ‘bangunan merah’ di sini akhirnya ‘rebah’ awal pagi tadi.


Pokok jenis Batai Laut berusia 127 tahun yang ditanam sejak penjajahan British itu tumbang kira-kira pukul 6.30 pagi tadi dipercayai berpunca daripada akarnya yang reput.

Pengarah Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Moahzam Shaari berkata, pihaknya menerima berita sedih itu dan tiba di lokasi pukul 7 pagi untuk memeriksa keadaan pokok tersebut.


Foto: Kosmo
“Kita percaya pokok ini telah tumbang disebabkan akarnya telah reput setelah ‘berdiri’ dalam tempoh agak lama iaitu sejak di zaman pemerintahan British pada tahun 1894.


“Kami tidak menolak kemungkinan faktor persekitaran seperti laluan trafik yang sibuk turut menyumbang kepada kejadian itu. ketika ini, kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan dan dijangka selesai pukul 2 petang,” katanya ketika ditemui di lokasi, pagi tadi.

Moahzam memberitahu, pihaknya akan melakukan penanaman semula pokok baharu di kawasan terbabit bagi menjaga imej lokasi Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

“Kita akan menanam semula pokok baharu dalam masa terdekat, namun untuk mendapatkan pokok yang mampu bertahan lama seperti ini memang sangat susah.

“Apapun, kita akan cuba memikirkan spesies pokok lain yang sesuai ditanam di kawasan ini bagi menggantikan pokok yang sudah berusia lebih 120 tahun ini,” katanya. –CARI

Sumber: Kosmo 

Bagus

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 17-3-2021 12:26 PM
mana pencinta pokok?

tk nk bedemo ke?

Quote exclusive_vvip 17-3-2021 12:27 PM
nasib baik x tumbang time ramai pelancong..sibbaik masih xleh rentas negeri..
Quote ifanonline 17-3-2021 12:28 PM
setiap makhluk pasti akan mati
Quote jalfa 17-3-2021 12:30 PM
X de kuil ke bawah pokok tu?..biasa kalo pokok ratusan tahun diorg claim
Quote Artemesiaa 17-3-2021 12:34 PM
Bila akar dah reput mana mampu nak tampung pokok sebesar itu lagi pasti tumbang juga akhirnya.  Baguslah mereka akan tanam pokok lain pula disitu sebagai ganti.
Quote Supersirap 17-3-2021 12:57 PM
semoga pokok tersebut dapat diselamatkan kembali
Quote qicki 17-3-2021 01:44 PM
jalfa replied at 17-3-2021 12:30 PM
X de kuil ke bawah pokok tu?..biasa kalo pokok ratusan tahun diorg claim

hahahha....siot la
Quote AbukRokok 17-3-2021 02:48 PM
lepas ni ambil gambar dah tak de pokok
dah togel... mcm kepala
Quote albedah 17-3-2021 02:50 PM
Mohon tanam le pokok melaka weh dan letak patung pelandok kat bawah tu.. Baru laaa org kenal..
Quote Boomibulat 17-3-2021 02:55 PM
Innalillah..x sempat jumpa..
Quote EvieWanKenobi 17-3-2021 03:45 PM
takziah orang Melaka..
Quote dizekni 17-3-2021 03:47 PM
Tunggu kapal Mendam Berahi sebagai tarikan baharu yang lebih bermakna

takat pokok gitu apa la sangat

bersepah kat tempat lain
Quote cap_ayam 17-3-2021 04:00 PM
nasib tak hempap orang.
Quote saviour_09 17-3-2021 04:00 PM
setiap yg hidup pasti kan mati
Quote Aylaalaa 17-3-2021 04:52 PM
Hanya tinggal kenangan {:childlike
Quote sekngucing 17-3-2021 04:57 PM
jalfa replied at 17-3-2021 12:30 PM
X de kuil ke bawah pokok tu?..biasa kalo pokok ratusan tahun diorg claim

Aku baru paham.kenapa diorang ckp kuil usia ratusan tahun..walau baru dibina tahun 1990
Kuil tu maksudnya tuhan deme...tuhan dah ada lama situ..kuil cuma binaan saja utkmenempatkan tuhan
Quote ~boolean 17-3-2021 06:06 PM
dizekni replied at 17-3-2021 03:47 PM
Tunggu kapal Mendam Berahi sebagai tarikan baharu yang lebih bermakna

takat pokok gitu apa la san ...

aku pun tunggu mendam berahi...aku harap ia ikut saiz dan spesifikasi asli mendam berahi...

malah patutnya mendam berahi ni dibina dulu, bukannya flor de la mar..
apa kejadahnya dijulang kapal penjajah
ketaksuban dengan penjajah dan kolonialisme sampai kehebatan sejarah bangsa/negara sendiri diketepikan..
Quote airmineral 17-3-2021 06:38 PM
makin panas la melaka tu  
Quote ultra78 17-3-2021 07:05 PM
[youtube]oTNDdXR4Hhs[/youtube]

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.048426 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top