View: 3736|Reply: 31
|
[Tempatan]
Pokok usia 127 tahun di ‘bangunan merah’ di Melaka akhirnya tumbang
[Copy link]
|
|
Pokok usia 127 tahun di ‘bangunan merah’ tumbang
https://www.kosmo.com.my/2021/03 ... unan-merah-tumbang/
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
17 Mac 2021, 11:56 am
Keadaan pokok yang tumbang awal pagi tadi.
MELAKA – Pokok ikonik yang menjadi lokasi tumpuan pelancong merakamkan gambar kenangan saat berada di kawasan Bangunan Stadthuys atau ‘bangunan merah’ di sini akhirnya ‘rebah’ awal pagi tadi.
Pokok jenis Batai Laut berusia 127 tahun yang ditanam sejak penjajahan British itu tumbang kira-kira pukul 6.30 pagi tadi dipercayai berpunca daripada akarnya yang reput.
Pengarah Jabatan Landskap Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Moahzam Shaari berkata, pihaknya menerima berita sedih itu dan tiba di lokasi pukul 7 pagi untuk memeriksa keadaan pokok tersebut.
“Kita percaya pokok ini telah tumbang disebabkan akarnya telah reput setelah ‘berdiri’ dalam tempoh agak lama iaitu sejak di zaman pemerintahan British pada tahun 1894.
“Kami tidak menolak kemungkinan faktor persekitaran seperti laluan trafik yang sibuk turut menyumbang kepada kejadian itu. ketika ini, kerja-kerja pembersihan sedang dijalankan dan dijangka selesai pukul 2 petang,” katanya ketika ditemui di lokasi, pagi tadi.
Moahzam memberitahu, pihaknya akan melakukan penanaman semula pokok baharu di kawasan terbabit bagi menjaga imej lokasi Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
“Kita akan menanam semula pokok baharu dalam masa terdekat, namun untuk mendapatkan pokok yang mampu bertahan lama seperti ini memang sangat susah.
“Apapun, kita akan cuba memikirkan spesies pokok lain yang sesuai ditanam di kawasan ini bagi menggantikan pokok yang sudah berusia lebih 120 tahun ini,” katanya. – K! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mana pencinta pokok?
tk nk bedemo ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik x tumbang time ramai pelancong..sibbaik masih xleh rentas negeri.. |
|
|
|
|
|
|
|
setiap makhluk pasti akan mati |
|
|
|
|
|
|
|
X de kuil ke bawah pokok tu?..biasa kalo pokok ratusan tahun diorg claim |
|
|
|
|
|
|
|
Bila akar dah reput mana mampu nak tampung pokok sebesar itu lagi pasti tumbang juga akhirnya. Baguslah mereka akan tanam pokok lain pula disitu sebagai ganti. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga pokok tersebut dapat diselamatkan kembali |
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni ambil gambar dah tak de pokok
dah togel... mcm kepala |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon tanam le pokok melaka weh dan letak patung pelandok kat bawah tu.. Baru laaa org kenal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillah..x sempat jumpa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu kapal Mendam Berahi sebagai tarikan baharu yang lebih bermakna
takat pokok gitu apa la sangat
bersepah kat tempat lain |
|
|
|
|
|
|
|
setiap yg hidup pasti kan mati |
|
|
|
|
|
|
|
Hanya tinggal kenangan {:childlike |
|
|
|
|
|
|
|
jalfa replied at 17-3-2021 12:30 PM
X de kuil ke bawah pokok tu?..biasa kalo pokok ratusan tahun diorg claim
Aku baru paham.kenapa diorang ckp kuil usia ratusan tahun..walau baru dibina tahun 1990
Kuil tu maksudnya tuhan deme...tuhan dah ada lama situ..kuil cuma binaan saja utkmenempatkan tuhan |
|
|
|
|
|
|
|
aku pun tunggu mendam berahi...aku harap ia ikut saiz dan spesifikasi asli mendam berahi...
malah patutnya mendam berahi ni dibina dulu, bukannya flor de la mar..
apa kejadahnya dijulang kapal penjajah
ketaksuban dengan penjajah dan kolonialisme sampai kehebatan sejarah bangsa/negara sendiri diketepikan..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|