CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Baju ‘Vintage’ Nike Ini Berjaya Dijual Pada RM37,500, "Demo Tak Kenal Bare"

10-3-2021 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5650| Komen: 7|Original author: piao

Kelihatan Seperti Kain Lusuh, Baju ‘Vintage’ Nike Ini Berjaya Dijual Pada RM37,500




Loading FB Post...


Trend pemakaian pakaian bundle bukanlah perkara yang asing dalam kalangan masyarakat kita. Malah rata-rata anak muda masa kini, lebih memilih untuk membeli pakaian bundle kerana pakaian ini boleh dikatakan sesuatu yang ‘vintage’ dan ‘rare’.

Biarpun ia pakaian terpakai, namun kebanyakan baju yang dijual kebiasaannya masih berkeadaan baik, berjenama dan diimport dari luar negara. Harga jualan pakaian bundle juga selalunya sangat murah bahkan ada kedai yang menawarkan pakej 3 helai untuk RM10.

Namun tidak semua pakaian bundle murah malahan ada yang mencecah puluhan ribu ringgit. Terbaharu, seorang peniaga bundle di Pasir Mas, Kelantan dikenali sebagai Mohd Suhairi Mat Daud, 40, dikatakan berjaya menjual sehelai baju T lusuh Geisha Official keluaran jenama Nike pada tanda harga RM37,500 menerusi jualan lelongan bidaan di Facebook ‘live‘.

Mohd Suhairi atau disapa juga sebagai Mat Yie Tok Ube berkata, baju ‘rare‘ yang berusia hampir 40 tahun tersebut telah dibeli oleh seorang pengumpul pakaian ‘vintage’ dari Kuala Lumpur.

“Syukur Alhamdulillah rezeki itu tak salah alamat, terima kasih kepada Otai Lee (pembida) kerana sanggup membida pada harga yang tertinggi bagi pembelian baju ini dan ini merupakan rekod jualan tertinggi yang pernah saya terima,” jelasnya kepada pemberita Sinar Harian di Kampumg Tok Uban hari ini.

Walaupun bajunya lusuh ibarat sesuai dijadikan sehelai ‘kain buruk’ oleh orang ramai, namun tidak bagi mereka yang peminat pakaian vintage. Bagi mereka, pakaian ini dilihat sebagai sesuatu yang bernilai tinggi biarpun kualitinya tidak secantik pakaian yang baharu.

Mat Yie juga menjelaskan bahawa baju T tersebut merupakan keluaran edisi terhad dan hanya dipasarkan kurang daripada 10 unit di negara ini. Maka tidak hairan, keluaran unitnya yang terhad menyebabkan baju tersebut boleh dijual dengan harga yang mencecah puluhan ribu ringgit.

“Saya sudah sedekad menjalankan perniagaan pakaian bundle vintage ini. Hari ini dapat dilihat bahawa industri ini semakin berkembang dan ramai yang sudah ‘celik’ untuk menghargai ‘nilai’ sentimental pada pakaian vintage.

“Para pelanggan juga tidak seharusnya berasa risau jika berlaku kerosakan atau kecurian barang vintage yang dibeli kerana kesemua barang tersebut akan saya hantar sendiri ke depan pintu rumah mereka,” katanya lagi.

Bagaikan ‘durian runtuh’, siapa sangka baju T yang dikatakan sesuai dijadikan kain buruk mampu membawa habuan lumayan kepada pemiliknya. Jika anda diberikan peluang sekali untuk membida baju T berjenama Nike ini, sangup atau tidak anda meletakkan harga yang lebih tinggi daripada harga jualan ini?


Sumber : Sinar harian

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Amandaminaj96 10-3-2021 04:06 PM
i pun minat vintage jugak tp imported for usa lah, designs rasa nya x nampak lagi kat malaysia, sehelai 300++ include postage. affordable jugak {:spot
Quote Amandaminaj96 10-3-2021 04:06 PM
Amandaminaj96: i pun minat vintage jugak tp imported for usa lah, designs rasa nya x nampak lagi kat malaysia, sehelai 300++ include postage. affordable jugak {:spot
*from typo {:shy
Quote farhani87 10-3-2021 11:53 PM
Rezeki terpijak sungguh ni.
Quote malaygirl 11-3-2021 07:58 AM
Rezeki dia dapat jual baju harga rm37k. Kalau dah minat kan. Sanggup tu beli dengan harga mahal. Kita y xminat ni memang nampak baju tu macam kain buruk
Quote piao 11-3-2021 08:45 AM
org bodoh je beli harga cm ni.. peniaga pun sakai... lepas ni ada TAIK VINTAGE ZAMAN BATU jual la harga 56 juta
Quote LadyCarefree 11-3-2021 12:12 PM
Adalah kisah hasanah?
Quote ErnaAriff 8-4-2021 10:31 PM
Nike ni, kualiti bukan hebat sgt, tetapi marketing & branding mmg handal!

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.039771 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top