CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kunci Kaabah Tidak Dipegang oleh Kerajaan Saudi

10-3-2021 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5637| Komen: 9|Original author: piao

Description: Kunci Kaabah Tidak Dipegang oleh Kerajaan Saudi 9St6GjHlaR8 Golongan yang menjadi penjaga atau memegang kunci Kaabah amat disegani dan dihormati. Oleh itu, sejarah telah mencatatkan pernah berla ...
 



Golongan yang menjadi penjaga atau memegang kunci Kaabah amat disegani dan dihormati. Oleh itu, sejarah telah mencatatkan pernah berlaku perselisihan dan rebutan bagi memegang kunci Kaabah.

Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim as dengan dibantu anaknya Nabi Ismail as. Penjaga pertama adalah Nabi Ismail kerana Nabi Ibrahim tidak tinggal di Makkah. Ia kemudian dijaga oleh anak Nabi Ismail, Thabit, diikuti Mudad bin Amrul Jurhumi dan datuk Thabit sebelah ibunya.

Kaabah kemudian dijaga oleh puak Jurhum, puak Khuzanah, Qusai bin Kilab dan seterusnya dipegang oleh keturunan Bani Syaibah turun temurun hingga hari ini.

PUAK KHUZAAH DAN QURAISY BERTELAGAH
Mengikut catatan sejarah, Qusai bin Kilab iaitu moyang Rasulullah SAW yang hidup ketika zaman Khuzaah. Beliau menguasai Makkah dan hak sebagai penjaga Makkah adalah di tangan mereka.

Qusai amat dihormati pengikutnya daripada orang Quraisy iaitu keturunan Nabi Ismail. Qusai berkahwin dengan seorang gadis daripada puak Khuzaah, iaitu anak kepada pemegang kunci Kaabah ketika itu.

Sebelum meninggal dunia, beliau mewasiatkan supaya kunci itu diserahkan kepada anaknya, iaitu isteri Qusai. Namun permintaan itu ditolak kerana beliau seorang perempuan.

Kunci itu sebaliknya diserahkan kepada seorang lelaki daripada puak Khuzaah bernama Abu Ghubshan, seorang kaki arak.

Ketika dalam keadaan mabuk, Abu Ghubshan menjual anak kunci itu kepada kaum Quraisy sebagai pertukaran bagi mendapatkan arak.

Apabila menyedari anak kunci Kaabah terlepas daripada tangan mereka, puak Khuzaah memerangi Qusai dari puak Quraisy. Namun puak Khuzaah ditewaskan dan dihalau keluar dari Makkah oleh Qusai dibantu dan disokong oleh orang Quraisy.

Sejak itulah, penghormatan sebagai pemegang anak kunci dan penjaga Kaabah berada di tangan Qusai dan diwarisi turun temurun.

CUBAAN MEMBUKA PINTU KAABAH GAGAL
Ketika Makkah ditawan tentera Islam pada tahun ke-8 Hijrah atau dikenali tahun Pembukaan Makkah, pemegang kunci Kaabah ketika itu ialah Usman Abi Talhah yang ketika itu belum memeluk Islam.

Bagi membolehkan Rasulullah SAW memasuki Kaabah, Ali bin Abi Talib mengambil kunci itu secara paksa daripada tangan Usman. Tindakan itu dibantah oleh Usman dengan katanya,
“Kalau aku mengakui kerasulan Muhammad, sudah tentu aku sendiri yang akan menyerahkannya ke tangan beliau.”

Namun bantahan itu tidak diendahkan. Kunci itu diambil secara paksa. Apabila dicuba membuka pintu Kaabah menggunakan kunci itu, dia tidak berjaya, sedangkan itulah kunci yang biasa digunakan ketika itu untuk membukanya.

Ketika para sahabat terus berusaha untuk membukanya, lalu Jibril turun menemui Rasulullah SAW dan menyampaikan wahyu yang bermaksud,

‘Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.” (Surah an-Nisa, ayat 58)
Lalu Rasulullah SAW segera mengembalikan kunci itu ke tangan Usman yang menyambutnya dengan penuh kehairanan lantas bertanya,

“Kenapa pulangkan kunci ini, walhal engkau telah berkuasa dan kota ini sepenuhnya berada di bawah kekuasaan engkau.”

Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW dengan membaca firman Allah SWT yang baru diterima dari Jibril itu.

Tertarik dengan keadilan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dan mengakui bahawa apa yang didengar itu benar dari Allah SWT, Usman segera memeluk Islam dan menerima kembali kunci itu daripada tangan Rasulullah SAW. Rasulullah SAW kemudian bersabda,

“Peganglah kunci itu untuk selama-lamanya.”

Turut menyertai Usman memeluk Islam ialah seluruh ahli keluarganya. Maka itu, kunci pintu Kaabah terus dipegang oleh keturunan Bani Syaibah sehingga sekarang.

Sewaktu belum masuk Islam, Usman bin Talhah pernah menemani Ummu Salamah yang mahu mencari suami, Abu Salamah dan anaknya. Dilaporkan, mereka berdua bermusafir selama 10 hari 10 malam dan mereka berdua terbukti memelihara maruah masing-masing dengan baik.

Ummu Salamah akhirnya dapat bertemu keluarga. Selepas kematian suami, Ummu Salamah tidak menyangka sama sekali dilamar oleh Nabi Muhammad lalu bergelar ibu bagi semua orang beriman.

Selepas kewafatan Usman pada tahun 42 H, beliau tidak mempunyai anak, lalu kunci kaabah telah diberikan kepada sepupunya Syaibah bin Usman bin Abi Thalhah. Kemudian anak-anak Syaibah mewarisnya secara turun temurun sehingga sekarang. Mereka ini dikenali dengan nama Al-Syaibiyyin.

Sebagaimana yang tersebut dalam hadis : “Kekal selama-lamanya di tangan kamu menunjukkan bahawa keturunan Abu Thalhah akan kekal shingga hari kiamat dan penjagaan Kaabah berada dalam tangan mereka. Ini merupakan mukjizat Rasulullah S.A.W”.

Lantaran itu, Nabi Muhammad telah memulangkan kembali kunci Kaabah itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Atas pemberian kunci itu kembali kepada mereka, Bani Syaibah menganggap Muhammad tentu seorang Nabi. Mereka beranggapan jika Muhammad bukan Nabi pasti dia seorang yang gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun.

Namun hanya seorang yang berfikiran rasional dan jujur serta ikhlas sahaja yang akan memulangkan kunci Kaabah itu kepada empunya hak menjaganya. Atas dasar kejujuran dan keikhlasan ini membuatkan ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

FAKTA MENARIK TENTANG KAABAH

– Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat 8 tan (8,000 kg)!

– Di dalam Kaabah, masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Pada zaman Kerajaan Umaiyyah, ditukarkan lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abbasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu ditukar, lampu yang lama disimpan di dalam Kaabah. Jadi, banyak lampu lama disimpan di dalam Kaabah.

– Kaabah di’mandi’kan dua kali setahun, yakni pada 15 Muharam dan permulaan bulan Syaaban. Acara ini biasanya dihadiri oleh raja Arab Saudi dan pembesar lain.

– Lantai Kaabah dari granit berwarna putih dan sebahagian dindingnya juga dilapisi granit. Di dalamnya terdapat sebuah hijab berwarna hijau, emas dan perhiasan.

– Kain penutup Kaabah (Kiswah) awalnya dibuat di Mesir. Namun setelah terbentuknya kerajaan Arab Saudi, Raja Abdul Aziz memerintahkan agar pembuatan Kiswah dibuat di negara itu sendiri.

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lengkong 9-3-2021 10:41 PM
Tq tt


Quote mzsnam 9-3-2021 11:31 PM
Alhamdulillah
Quote rantaikendoq 10-3-2021 12:28 PM
kata2 rosulullah itu mukjizat dan doa sampai akherat...
tiada sesiapa berani melanggar
walau begitu , sudah resam FITRAH YG KUAT PD GENETIK KETURUNAN
ZIONIS MUSUH2 ISLAM PENGIKUT DAJAL
mereka menjalankan kerja mereka baik secara paksa atau rela...
dan begitulah pihak haq an bail berterusan...
Quote SayaSayangMama 10-3-2021 10:12 PM
Betul, masa p umrah mutawif ada citer. Best betul mutawif tu semua benda dia citer. Klu ada peluang nk p lg nk pilih under mutawif tu lg.
Quote farhani87 10-3-2021 11:43 PM
Teringinnya nak pi pegang kaabah.
Quote LadyCarefree 11-3-2021 01:00 AM
Apa pulak dulu kiswah buat kat mesir.
Quote mbhcsf 11-3-2021 02:32 PM
Tolong Sertakan pautan asal sekiranya and acopy paste article asal, sekali lagi tolonglah beri keadilan pada penulis asal, it is a good practice, amalan penulisan yg baik .
Quote piao 12-4-2021 10:52 AM
mbhcsf replied at 11-3-2021 02:32 PM
Tolong Sertakan pautan asal sekiranya and acopy paste article asal, sekali lagi tolonglah beri keadi ...

done

http://trendingsangat.pw/2021/03 ... leh-kerajaan-saudi/
Quote Kilokahn 2-6-2021 12:55 PM
Kiswah dahulu di buat di Mesir, diarak dari Mesir  dengan paluan gendang, dan seruling ney, zaman Uthmaniyah.. Alhamdulillah Arab Saudi sudah membuang terus amalan ini.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.084891 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top