CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Payah Dating, Zizi Kirana Tak Kisah Jumpa Jodoh Melalui Taaruf

11-3-2021 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3229| Komen: 12

Description: Penyanyi Zizi Kirana, 36, mendedahkan dia menerima pelawaan daripada beberapa lelaki untuk melakukan taaruf bagi mencuba nasib untuk bertemu jodoh dengannya.
 Penyanyi Zizi Kirana, 36, mendedahkan dia menerima pelawaan daripada beberapa lelaki untuk melakukan taaruf bagi mencuba nasib untuk bertemu jodoh dengannya.

Zizi berkata, pelawaan sedemikian mula diterimanya sejak tahun lalu dan menyifatkan konsep mencari jodoh sebegitu bukan masalah besar buatnya.

"Sebenarnya saya sendiri memang sudah tahu mengenai taaruf ini, namun tak sangka pula ada yang mempelawa saya melakukannya. Saya mendapat mesej daripada beberapa lelaki yang mahu mengenai saya lebih rapat menerusi taaruf.

"Tidak dinafikan, ada risikonya juga taaruf ini apabila kita langsung tak pernah berjumpa dengan individu itu. Maka, kita tak tahu pun bagaimana keperibadian sebenarnya dan akan memberi kesan kalau berkahwin nanti," katanya.


Kredit foto: IGUL.,MNB V



Menurut Zizi, dia melihat taaruf yang menggunakan orang tengah sebagai medium perkenalan bukanlah tidak membawa kebaikan. Hakikatnya ia masih diamalkan ramai walaupun konsep itu agak asing dalam kalangan sesetengah masyarakat.

Penyanyi lagu Eh! itu juga tidak kisah jika suatu hari nanti bertemu jodoh menerusi kaedah taaruf.

"Saya tidak menolak bahawa ini adalah perkara baik dalam Islam kerana ia tidak membabitkan 'dating'. Saya juga akui saya tidak menolak sekiranya ada yang benar-benar jujur untuk bertaaruf dengan saya, kerana pada usia ini saya bersedia untuk apa saja," katanya.

Dalam pada itu, Zizi menyatakan rasa debarannya untuk bertanding buat julung kali di pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), Ahad ini.

Katanya, dia cuma mahu tunjukkan persembahan terbaiknya memandangkan peluang itu sudah lama diidamkannya.

"Selepas 11 tahun berada di industri muzik, barulah saya dapat merasa untuk beraksi di pentas berprestij itu. Sememangnya, perasaan saya bercampur-baur namun bekerja-keras untuk tampil dengan persembahan penuh impak.

"Saya cuma harapkan dapat memberi aksi yang akan diingat dan diperbualkan ramai. Sebolehnya, saya mahu berseronok secara maksimum nanti kerana ini pengalaman yang sangat jarang saya dapat," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redmyvi 11-3-2021 10:40 AM
ohh 36thn dh yer usia zizi.. ok gk tu..
Quote supermum 11-3-2021 11:07 AM
Bff dia Aisyah dah menikah, mesti terasa jugak sikit-sikit dia sorang je tinggal single. Awet muda dia ni, tak nampak mcm mid 30s.
Quote helicornia 11-3-2021 11:30 AM
supermum replied at 11-3-2021 11:07 AM
Bff dia Aisyah dah menikah, mesti terasa jugak sikit-sikit dia sorang je tinggal single. Awet muda d ...

badan mmg nampak macam budak2
tapi muka kertu la
Quote kakakgarang 11-3-2021 01:30 PM
stand for ebby yus... tahniahhh tiberrrr
Quote mdhelmi 11-3-2021 02:32 PM
PU dan daie masuk line cepat
Quote amyfaha 11-3-2021 03:12 PM
Bukan ke zizi ni couple ngan alif hadi? Da break yeerrrrr
Quote cupu 11-3-2021 03:26 PM
Aku tercompare dgn yg sorang tu plk... Yg ni org kecam seksi tp bckp bab jodoh cerdik je... InsyaAllah zizi.. Adala tu nanti.
Quote gigahertz 29-3-2021 09:26 PM
helicornia: badan mmg nampak macam budak2tapi muka kertu la

i yang jantan ni pun i tak minat perempuan gini.
pening dgn perempuan gini.
Quote sawi_bayam 29-3-2021 09:39 PM
Zaman skrg kena dating gak sikit2. Sebab ramai biawak suka pow duit bini. Sekian
Quote sawi_bayam 29-3-2021 09:40 PM
kakakgarang replied at 11-3-2021 01:30 PM
stand for ebby yus... tahniahhh tiberrrr

Better ebiyus drp piyu daie fake. Atleast ebiyus lawak, jujur, dan disayangu ramai
Quote cheergirlz 29-3-2021 10:38 PM
Wow...semoga dipermudahkn...
Quote kakakgarang 1-4-2021 09:28 AM
sawi_bayam replied at 29-3-2021 09:40 PM
Better ebiyus drp piyu daie fake. Atleast ebiyus lawak, jujur, dan disayangu ramai

Setuju~ baik pun betul baik. kalau berjodohan tak salah pun..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:47 PM GMT+8 , Processed in 0.053879 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top