CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

28 Tahun Tunggu, Aprilia Manganang Akhirnya Disahkan Sebagai Lelaki

11-3-2021 09:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10862| Komen: 66

Description: Bekas pemain bola tampar wanita skuad kebangsaan Indonesia, Aprilia Manganang akhirnya disahkan lelaki.
Bekas pemain bola tampar wanita skuad kebangsaan Indonesia, Aprilia Manganang akhirnya disahkan lelaki.

Ia hasil pemeriksaan perubatan dijalankan pada 3 Februari lalu.


Portal Kompas melaporkan Aprilia mendedahkan perkara itu menerusi sidang media secara maya yang diadakan dari Hospital Tentera Gatot Subrato di sini.

Menerusi sidang media itu, Aprilia kelihatan sihat dan sesekali tersenyum di hadapan kamera.


Kredit foto: Agensi

Turut sama dalam sidang media itu adalah Ketua Turus Angkatan Tentera Darat (KSAD) Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Andika Perkasa.

Aprilia mengakui bersyukur kerana dibantu menjalani proses perubahan alat kelamin.


"Ini saat yang saya tunggu dan sudah 28 tahun menanti detik itu tiba.

"Saya bersyukur kerana tahun ini impian itu tercapai dan berterima kasih kepada semua doktor yang sudah membantu saya," katanya.

Sementara itu, Andika berkata, Aprilia mengalami hipospadia atau kelainan organ reproduksi.

Berikutan peralatan perubatan yang terhad ketika itu, Aprilia dikenal pasti memiliki alat kelamin perempuan dengan bersandarkan kepada ciri fizikal.

Aprilia juga tidak menjalani pemeriksaan lanjut kerana masalah kewangan keluarga hingga akhirnya tercatat jantina perempuan pada sijil kelahirannya serta kad pengenalannya.


Kredit foto: Agensi

Selepas bersara daripada sukan bola tampar, Aprilia menyertai TNI.

Namun, Andika dan kakitangan TNI mendapati ada yang tidak kena pada fizikal Aprilia sebelum memintanya menjalani pemeriksaan.

Ia seterusnya membolehkan individu itu menjalani pembedahan pembetulan jantina.

TNI turut membantu menyediakan dokumen bagi perubahan identiti termasuk nama dan jenis kelamin serta berharap Pengadilan Negeri Tondano meluluskan permohonan itu.

Sepanjang bergelar atlet, Aprilia pernah menyumbang banyak pingat emas buat kelab dan pasukan kebangsaan. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote djzara81 11-3-2021 09:56 AM
Kalo kes camni, terbukti mmg khunsa & disokong dgn laporan perubatan yg sah, then takde masalah la nak tukar jantina ikut mana yg dominan. Yg melampau tu puak2 trans yg bukan khunsa ngade2 nk tukar jantina.
Quote MissyMolly 11-3-2021 10:03 AM
Oooo cmtu padan la team aprila ni menang.. mati nak angkat spike jejanz.. tp mmg macho ah kamoooo.. iols rela dispike berkali2 gitooo hakhak
Quote dua_chzy 11-3-2021 10:07 AM
Kacak heols semasa muda. Akak taste muka Borneo sebegini.

dulu-ramai-dikira-pria-ini-potret-terbaru-aprilia-manganang-usai-pensiun-dari-voli.jpg

Quote sukacactus 11-3-2021 10:16 AM
Pernah skodang ig dia dl, masa tu nama dia ada disebut dlm forum ni jg
Mmg aku tgk rupa & fizikal dia as laki sejati
Mmg xkan terlintas nak kata pompuan pun
Quote epuepy 11-3-2021 10:34 AM
Yg ni xpe la. Siap ada doktor sahkan.
Kalo bam jat, beriya bgytau 1 dunia dia pempuan, gigih tunjuk peyed, tp ble org mntk sahkan, mencicit berlari.

Yih sgggt jat
Quote Imkhai 11-3-2021 10:36 AM
khunsa ni alat kelamin lelaki diaorg ni mcm bdk kecik kn gaes?,walaupon diaorg dh jd dewasa kiranya alat kelamin wanita yg dominin klau salah tolong btlkn dan 1 lg diaorg bila dh dewasa time tu yg blh tahu kelamin diaorg kearah mn
Quote Redmyvi 11-3-2021 11:03 AM
so dia sebelum ni masuk toilet pmpuan la ek.. skrg kena msuk toilet laki..
Quote darkness 11-3-2021 11:14 AM
Ini barulah khunsaa. Bukan sorang tu yg gigih tunjuk darah period ntah tu..
Quote salimrock 11-3-2021 11:17 AM
huntung la dia masuk tempat  persalinan wanita....
Quote salimrock 11-3-2021 11:19 AM
tgk gambar masa skuad wanita pn agak maskulin...

aku yakin ramai wanita squad indonesia akan bergetar ovari pada nya...
Quote me12345 11-3-2021 11:30 AM
Mcm ni ok lah mmg confirm khunsa dah buat thorough check up..
Quote fahima80 11-3-2021 11:31 AM
Edited by fahima80 at 11-3-2021 02:23 PM

Teringat dulu skuad negara mana entah buat bantahan tentang penyertaan Aprilia ni sebab betul2 berfizikal lelaki, sekali dia spike memang melayang team lawan. Adeh, rupanya dia ada masalah hipospadia. Suara dia pun memang jantan habis. Tak silap dia ada sorang kakak dalam team volleyball yang sama dan kakaknya pun macam rupa dan fizikal dia.
Quote Decaffeinated 11-3-2021 11:51 AM
Kenapa acik forum double standard, sebab bergetar ovari ka?
Quote ashilalat 11-3-2021 12:18 PM
Decaffeinated replied at 11-3-2021 11:51 AM
Kenapa acik forum double standard, sebab bergetar ovari ka?

Double standard berbanding kes apa? Sajat ke?

Jauh punggung dari punai kalo compare kes ni dgn kes sajat.
Quote TomyamPuteh 11-3-2021 12:21 PM
Dulu Malaysia ada pelari pecut Petra Nabila. Sebijik sejibon mcm llaki. Skrg ni cantik, sopan je berhijab. Bljr pon bijak.
Quote yusryimran 11-3-2021 12:24 PM
epuepy replied at 11-3-2021 10:34 AM
Yg ni xpe la. Siap ada doktor sahkan.
Kalo bam jat, beriya bgytau 1 dunia dia pempuan, gigih tunjuk ...

sajat tu vapok yang mental uols
Quote cikanggun 11-3-2021 12:26 PM
Bergegar ovari tgk pic yg baju merah tu {:freak
Quote dudaberhias 11-3-2021 12:26 PM
dua_chzy replied at 11-3-2021 10:07 AM
Kacak heols semasa muda. Akak taste muka Borneo sebegini.

Tu la tasty juga yach, btw heols ni khunsa kah kaka sebab iols masih blur baca berita ni... Harap2 nalla itu jah, k byeeee
Quote eyansss 11-3-2021 12:34 PM
ashilalat replied at 11-3-2021 12:18 PM
Double standard berbanding kes apa? Sajat ke?

Jauh punggung dari punai kalo compare kes ni dgn  ...

hahahahahahahahaa...  aaduhai...  mengah aku gelak...  tu la, aku pelik double standard tang mana ntah...  ekekeke...

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.071916 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top