CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Istana Buckingham Khuatir Harry, Meghan Dedah Individu Buat Kenyataan Rasis Warna Kulit Archie

11-3-2021 09:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7839| Komen: 54

Description: Istana Buckingham dilaporkan khuatir kemungkinan nama ahli keluarga diraja Britain yang membuat komen rasis mengenai warna kulit Archie, akan didedahkan oleh Putera Harry dan Meghan Markle.Dalam satu ...
Istana Buckingham dilaporkan khuatir kemungkinan nama ahli keluarga diraja Britain yang membuat komen rasis mengenai warna kulit Archie, akan didedahkan oleh Putera Harry dan Meghan Markle.


Dalam satu temubual Duke dan Duchess of Sussex itu bersama Oprah Winfrey beberapa hari lalu, pasangan tersebut membuat beberapa pendedahan mengejutkan termasuk kenyataan rasis mengenai warna kulit anak mereka.

Bagaimanapun, Harry dan Meghan ketika itu enggan mendedahkan nama ahli keluarga diraja terbabit sekaligus mencetuskan spekulasi ramai mengenai identiti individu yang berkenaan.


Kredit foto: Getty Images

Editor Diraja, Chris Ship sebelum ini dilaporkan berkata, beliau secara kategorinya mengatakan bahawa kenyataan luar biasa itu bukan daripada Ratu Elizabeth atau Putera Phillip.


"Satu penafian mungkin mendorong pasangan Sussex itu melanggar ikrar mereka dan mendedahkan nama ahli keluarga diraja yang membuat kenyataan mengenai warna kulit anak mereka. Terdapat hilangnya kepercayaan di situ," kata sumber.

Terdahulu, Ratu Elizabeth mengeluarkan kenyataan rasmi sebagai maklum balas selepas wawancara Harry dan Meghan bersama Oprah.

"Seluruh keluarga bersedih apabila mengetahui kesukaran dialami dalam beberapa tahun lalu oleh Harry dan Meghan.

"Isu dibangkitkan, terutamanya mengenai perkauman, perlu diberi perhatian. Biarpun ada perkara yang diberitahu mungkin berbeza, tetapi ia akan diambil secara serius dan ditangani oleh keluarga secara peribadi.

"Harry, Meghan dan Archie akan sentiasa disayangi oleh ahli keluarga," demikian kenyataan tersebut. - CARI

Sumber: mStar Online/ Metro.co.uk

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SayaSayangMama 11-3-2021 10:43 AM
Play racist card...
Quote Gianna111 11-3-2021 10:44 AM
boring la kau megan
Quote ReginaGeorge 11-3-2021 10:51 AM
Hint2 nak masuk balik yestana?
Quote ReginaGeorge 11-3-2021 10:53 AM
Adakah melesia bakal ikit jejak langkah yindon
Quote notM 11-3-2021 10:54 AM
Edited by notM at 11-3-2021 10:55 AM

Best nya duduk istana Buckingham tukang buang debu je dah puluh2 orang
Quote sharlenetexas 11-3-2021 10:55 AM
Edited by sharlenetexas at 11-3-2021 10:57 AM

Archie tu kulit putih.
Mcm tak nampak gen kulit hitamnya.
Rambut pun tak menurun belah maknya.
Don't worry lah smeg.
Ada je brf yang kahwin dengan black tapi takde pun kecoh macam ko smeg.

Quote sharlenetexas 11-3-2021 10:59 AM
Ko pun all the time mengaku caucasian tapi tiba2 bila kawin mengaku black sibuk duk spray tan.
Quote kucingitam 11-3-2021 11:04 AM
ngadanya...sebelum ni SR je kes dia ni..kot la org jeles dgn dia kan..tapi skrg dok bercakap je si Meg ni..terus nyampah... eh, dah tau nak kawin dgn royal kan...british plak tu...pastu nak bising pasal protokol la hapa, nak freedom la..so sick la u nih..
Quote darkness 11-3-2021 11:10 AM
Banyak bercakap, banyaklah silap ko nanti
Quote annehuda 11-3-2021 11:14 AM
Aku pulak menyampah tengok org malaysia emo nau ngan kes brf. Korang ni memang suka nak kena jajah ngan britain lg ke? Acah-acah bleh ngaku im british hokkay
Quote delia3003 11-3-2021 11:17 AM
Sambung je ler kat thread asal. Bukan isu baru pun. Takkan nak bukak thread utk setiap claim minah ni
Quote BicaraHatiku 11-3-2021 11:18 AM
Edited by BicaraHatiku at 11-3-2021 11:21 AM
sharlenetexas replied at 11-3-2021 10:55 AM
Archie tu kulit putih.
Mcm tak nampak gen kulit hitamnya.
Rambut pun tak menurun belah maknya.

Pejabat yistana mana2 pun ada org2 theyols buat kerja.. ada SOP utk famili diraja kan...isu warna kulit tu sekadar contigency plan diaorang iols ada baca.. in case media mempersoalkan pasal isu kulit anak dia tu. Ramai tak paham protokol2 istana esp kat Amerika sane. Asyik mainkan isu kulit jer tu la tak habis2. Diorang ingat Royal Famili sesaja buat list sambil sembang2 kat Starbucks ehh? Semua kenyataan bukan Queen pun yg buat. Queen hanya dinasihati sahaja oleh orang2 dia.

Quote lifeline 11-3-2021 11:51 AM
annehuda replied at 11-3-2021 11:14 AM
Aku pulak menyampah tengok org malaysia emo nau ngan kes brf. Korang ni memang suka nak kena jajah n ...

ala bukan la smpai tahap mcm tu
saje seronok baca pasal skandal2 BRF di dari zaman Lady D lgi
Quote _blackbird 11-3-2021 11:53 AM
bg iols tak perlulah nak main race card. lagipon benda tu bukan dia buat press statement ke official announcement ke pasal warna kulit anak ko. family conversation je pon.. std lah mesti lah dalam keluarga marhean pon ada je sedara mara yg kritik pasal anak2 sedara sendiri. just family gossip
Quote 234126 11-3-2021 12:01 PM
Edited by 234126 at 11-3-2021 12:02 PM

Bukan kat sana je. Kat sini kalau ada spesis meghan & gossip royal family  ni sama juga kena kecam dlm forum. Namanya pun forum tempat people talk pasal apa sahaja yang they fancy.
Quote annehuda 11-3-2021 12:01 PM
lifeline replied at 11-3-2021 11:51 AM
ala bukan la smpai tahap mcm tu
saje seronok baca pasal skandal2 BRF di dari zaman Lady D lgi

as a malaysian aku malu lah malaysians ni dok kutuk meghan harry brf macam2, padahal kt malaysia ni hah berlambak2 skandal, tak kirelah skandal royal ke, skandal rasuah ke, skandal pasal perkauman ke. malu hokkay, kalau rakyat usa nak komen tu aku paham la sbb meghan mmg american. macamlah malaysians ni suci nau ko nak judge orang macam2.  pastu acah2 educated boleh komen pasal gossip mcm ni. kt fb tu lagi memalukan ko hengat orang negara luar tak baca ke komen2 korang tu. negara komanwel lain yg bkn majoriti orang putih pun takde macam ni.  
Quote makneng 11-3-2021 12:39 PM
Meluat la... Nak duit je kan sebenornya.. Nak fame and lavish lifestyle. Kosserlah
Quote dani-rox 11-3-2021 12:55 PM
annehuda replied at 11-3-2021 12:01 PM
as a malaysian aku malu lah malaysians ni dok kutuk meghan harry brf macam2, padahal kt malaysia n ...

Sekarang dah jd gate keeper gosip apa yg patut dibincang di porem terbuka ka sis?
Kalau mcm tu, bod2 yg membincangkan isu korga dan rumahtangga artis dan VVIP lain, yg takda kena mengena dgn kita, dah boleh tutup kot.
Letak ke tepi isu team siapa2, rakyat Malaysia mengaku atau tidak membesar dgn apa saja dgn benda2 British, bahasanya, pop culture nya termasuklah dgn monarkinya sekali. BRF, Meghan dan Harry ni dah kira public figure, org akan bercakap jugak. Tambahan sekarang dia org sendiri share kisah dlm kain dgn mainstream media, newspaper Malaysia pun buat laporan. Anggap je lah hiburan ala2 telenovela beribu2 episod.
Kat porem nak, tak nak kita memang akan TER-judge org, tp ok sikitlah drpd pefeeling holier than thou pabila masuk bab org lain kutuk individu kegemaran sundirik.


Quote Raerdzn 11-3-2021 03:46 PM
Dulu suka couple ni Meghan nampak sweet je. Sekarang nyampah gila. Harry kena nasi kangkang ke apa? Haha macam lembu kena cucuk hidung dah Harry tu

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.190912 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top