CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pembedahan Plastik Dalam Islam

9-3-2021 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4084| Komen: 8|Original author: piao

Description: PEMBEDAHAN kosmetik atau pembedahan plastik terbahagi kepada dua: i. Merawat rupa luaran manusia disebabkan kecacatan semula jadi. ii. Mengubah a ...
 





PEMBEDAHAN kosmetik atau pembedahan plastik terbahagi kepada dua:
i. Merawat rupa luaran manusia disebabkan kecacatan semula jadi.
ii. Mengubah atau menambahkan kecantikan luaran atas kehendak nafsu.
Hukum prosedur pembedahan plastik bergantung kepada niat dan tujuan ia dilakukan.

Diwajibkan
Prosedur untuk menutup luka, memperbaiki bekas luka parah atau menampal kulit kesan terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat.

Diharuskan
Bertujuan menyempurnakan atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota tubuh.

Diharamkan
Mengubah ciptaan ALLAH SWT seperti menukar alat kelamin, warna kulit, bentuk wajah dan sebagainya.

Nas mengharamkan pembedahan plastik bertujuan selain kesihatan adalah berdasarkan firman ALLAH SWT:


"Apa yang mereka sembah selain dari ALLAH itu, hanyalah berhalaberhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan, yang dilaknat ALLAH dan yang telah mengatakan:

“Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku).

“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka dan sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan ALLAH”.

Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari ALLAH, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata." (Surah Al-Nisa, Ayat 117 hingga 119)

Terdapat juga hadis menyebut:
“Rasulullah melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.” (Hadis Riwayat al-Tabrani)



Sumber : http://hukumpembedahanplastikmenurutislam.blogspot.com


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 9-3-2021 08:59 PM
Jehar derus ni apa pon haram. Buat lawak lucah rendahkan martabat wanita tu xharam.
Quote SayaSayangMama 10-3-2021 06:17 AM
LadyCarefree: Jehar derus ni apa pon haram. Buat lawak lucah rendahkan martabat wanita tu xharam.


Dah mmg haram hahahaa. Dia punya audience lelaki surau so kena la tarik cara tu. setiap ustaz lain lain kan penyampaian dia
Quote husie91 10-3-2021 08:25 AM
Ustaz azhar ni org banyak fokus kt ceramah dia yg lawak2 je sbb slalu org upload n share part dia jwb soalan jemaah je. Kalau dgr talk dia betul2.. dr awal smpai habis.. takde pon dia selitkn lawak2 bodo ke apa.. serius je and nampak dia mmg sangat2 berilmu.. tgok la usia dia kan.. amd even dia kuat melawok tp apa dia ckp mmg betul.. dlm diam kita akn tsentap jugak dgr.. cuma kdg tu la soalan2 yg dia dpt slalu mcm buduh2 sikit yg tukang menanya ponnnn
Quote ussopp 16-3-2021 12:20 PM
LadyCarefree replied at 9-3-2021 08:59 PM
Jehar derus ni apa pon haram. Buat lawak lucah rendahkan martabat wanita tu xharam.

tengok lah.....kalau selari dengan agama maksudnya bukan citarasa dia tapi dia menyampaikan ilmu dari Tuhan....
melalui ilmu yg dah established.

bukan pendapat peribadi.

kesalahan dia takkan menafikan KEBENARAN yg dia bawa.

bersikap adil walaupun pd org yg kita tak suka ITU TERMASUK ujian hidup


Quote LadyCarefree 17-3-2021 12:37 AM
ussopp replied at 16-3-2021 11:20 AM
tengok lah.....kalau selari dengan agama maksudnya bukan citarasa dia tapi dia menyampaikan ilmu d ...


Kebanyakan apa dia cakap pendapat dia ie interpretasi dia.
Quote ussopp 22-3-2021 01:11 AM
LadyCarefree replied at 17-3-2021 12:37 AM
Kebanyakan apa dia cakap pendapat dia ie interpretasi dia.

takpa yg penting pendapat Allah bukan pendapat dia
Quote LadyCarefree 22-3-2021 09:39 PM
ussopp replied at 22-3-2021 12:11 AM
takpa yg penting pendapat Allah bukan pendapat dia

Allah tak ada pendapat. Kalau anda Islam, berani nya buat stament allah ada pendapat
Quote ussopp 24-3-2021 01:35 PM
maksud saya,
kata kata Allah yg penting.
boleh faham kot

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:56 PM GMT+8 , Processed in 0.056300 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top