CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Warisi Bakat Iwan Dangdut, Oktovia Manrose Jadi Penyanyi

10-3-2021 09:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10369| Komen: 52

Mewarisi bakat bapanya yang juga 'Raja Dangdut', Iwan, kini Oktovia Manrose bergelar penyanyi.

Namun, Oktovia hanya berani mencabar diri membuktikan bakat dalam bidang nyanyian selepas lapan tahun bergelumang sebagai anak seni.


Oktovia berkolaborasi dengan kumpulan Bimasakti menerusi projek single Biar Aku Simpan terbitan syarikat rakaman, Life Records. Single yang dilancar sejak 5 Mac lalu dianggap sebagai pengenalan buatnya.

Bagaimanapun, sebelum ini, kakak Aprena Manrose itu sudah beberapa kali merakamkan lagu runut bunyi untuk drama tempatan.


Foto: IG

"Ikutkan, saya memendam minat menyanyi sejak sekian lama. Saya sedar ada bakat, tetapi perlu diasah. Sebelum ini, saya pernah diberikan peluang menyanyi, cuma saya tidak mahu terburu-buru.


"Saya rasa belum cukup bersedia. Saya tak mahu menyanyi seperti melepaskan batuk di tangga. Biarlah ada ilmu atau pengalaman, baru saya berani keluar daripada zon selesa.

"Saya banyak timba pengalaman dan belajar teknik lontaran suara menerusi projek kolaborasi dengan Bimasakti ini," katanya kepada BH Online.



Oktovia atau nama sebenarnya, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman itu berkata, anggota Bimasakti, Jim membuka peluang untuk berkolaborasi menerusi single Biar Aku Simpan yang dirakamkan kira-kira enam bulan lalu.

"Saya tak sangka diberikan peluang ini. Jim bukan asing kerana sudah menerbitkan lagu untuk beberapa penyanyi seperti Khai Bahar, Sheryl Shazwanie dan Azzam Sham.

"Saya sering merakamkan lagu demo kepadanya. Lamaran membuat penampilan khas menerusi single ini disahut dengan optimis. Saya menyukai bahagian korus yang sangat melankolik," katanya.



Tidak sekadar membuat penampilan khas menerusi single Biar Aku Simpan, ibu kepada Muhammad Rayyan Zafariel itu turut menjadi model video muzik single berkenaan.

"Secara kebetulan, saya faham keseluruhan isi cerita karya ini. Jadi, saya cakap kenapa tidak saat ditawarkan untuk menjadi model video muzik ini," katanya.

Artis di bawah pengurusan Absolut Talent & Management itu juga tidak menolak andai ada rezeki menjadi penyanyi solo selepas mengetengahkan bakatnya.



"Saya anggap kolaborasi dengan Bimasakti ini sebagai langkah permulaan. Saya mungkin akan mendapat lebih keyakinan untuk bergerak secara solo.

"Secara peribadi, saya suka lagu bergenre hip hop, R&B, pop dan balada. Saya amat meminati Ariana Grande, selain Sarah Raissuddin, Jaclyn Victor, Melly Goeslow, Kris Dayanti dan Aina Abdul," katanya yang pernah menjadi penari kebudayaan di Istana Budaya.

Kini, Oktovia berada di Pulau Langkawi kembali melunaskan baki penggambaran drama Hari Kita Jatuh Cinta terbitan Zeel Production bagi siaran Awesome TV. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanasno 10-3-2021 10:58 AM
nak komen gambar  nadiyah shahab tu je. filler gone wrong nya dagu sheols.
Quote bruberry88 10-3-2021 11:49 AM
kenapa muka nadiyah sahap tu macam mangkuk eh? kat mana yang cantiksnya?
Quote rajamoney 10-3-2021 12:44 PM
octopus manrose

prffffffffght
Quote sunshinelady 10-3-2021 02:20 PM
apsal nama diorang pelik-pelik eh? ke nama pentas je?
Quote mieymiey 10-3-2021 02:30 PM
sunshinelady replied at 10-3-2021 02:20 PM
apsal nama diorang pelik-pelik eh? ke nama pentas je?
Oktovia atau nama sebenarnya, Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman
Nama sebenar.
Quote minah_selekeh 10-3-2021 03:22 PM
Yang aku tau, si Aprena tu nyanyi sedap la jugak.. Boleh laaa.. Tak tau pulak Oktovia pun boleh nyanyi.. Nanti la aku dengar dulu pastu aku bagi rating.. Hahahahah!
Quote Parit.Hilton 10-3-2021 03:34 PM
minah_selekeh replied at 10-3-2021 03:22 PM
Yang aku tau, si Aprena tu nyanyi sedap la jugak.. Boleh laaa.. Tak tau pulak Oktovia pun boleh nyan ...

oktovia ni pernah jadi guest dalam sepahtu reunion.
sedap jugak dia nyanyi. suara jenis besar. tak la teruk sangat macam uqasha nyanyi masa jadi
guest cerita tu
Quote rayna_raynes 10-3-2021 03:38 PM
sunshinelady replied at 10-3-2021 02:20 PM
apsal nama diorang pelik-pelik eh? ke nama pentas je?

pernah terbaca kat mana ntah, nama diorang based on bulan lahir. Aprena lahir april, oktovia lahir oktober

Quote copy_paste 10-3-2021 03:41 PM
baru aku tahu anak iwan dangdut rupenye,
Quote asamfish 10-3-2021 03:53 PM
sunshinelady replied at 10-3-2021 02:20 PM
apsal nama diorang pelik-pelik eh? ke nama pentas je?

Bapak dorang kan Indonesian.  Indonesian ni suka letak nama ikut2 bulan or hari anak2 dilahirkan...Aprena lahir bulan April..Oktovia sbb lahir bulan October...mcm tu la lebih kurang.

Quote asamfish 10-3-2021 03:54 PM
rayna_raynes replied at 10-3-2021 03:38 PM
pernah terbaca kat mana ntah, nama diorang based on bulan lahir. Aprena lahir april, oktovia lahir ...

Yes.  Org2 Indonesia mmg suka mcm tu.

Quote sofyayra 10-3-2021 04:01 PM
Anak2 iwan dgn Allahyarhamah rosnah mmg nsem n lawo kan. Abang depa pun nsem. Oktavia muka eksotik, aprena nampak soft
Quote cikkuntum 10-3-2021 04:03 PM
awat la nadiya 2 rupe itu...muka dh elok2 cantik sebelum nie..
Quote wml9664 10-3-2021 08:11 PM
Aku pon tgk okto ni cntik juga. Tp dia janda ade anak sorg kan. Mmg nmpak aura dia tu cantik..
Quote duricinta 10-3-2021 08:24 PM
Nadiya muka plastik betul la..lama2 nant jd mcm zahida rafik tu
Quote n3ar 10-3-2021 10:21 PM
octopus ni memang mata dia jenis mata stim ker....

mimik muka sama jer bila berlakon
Quote Jemahjemah 10-3-2021 10:48 PM
cikkuntum replied at 10-3-2021 04:03 PM
awat la nadiya 2 rupe itu...muka dh elok2 cantik sebelum nie..

Kahkah. Contour make up ke filter agaknya tu hahaha
Quote Asdira 10-3-2021 11:22 PM
sunshinelady replied at 10-3-2021 02:20 PM
apsal nama diorang pelik-pelik eh? ke nama pentas je?

Klu tak silap pernah baca asal nama oktovia dan aprena tu dari nama bulan kat kalender..
oktovia lahir bln oktober..
aprena lahir bln april..
Quote dedek12 11-3-2021 12:41 AM
Mewarisi bakat apaknya...

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.265019 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top