CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dirogol, 4 Sekeluarga Mati Dibunuh Pembantu Rumah

3-3-2021 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4219| Komen: 14

Kejam apabila empat sekeluarga dibunuh oleh lelaki yang diambil bekerja di rumah mereka di sebuah kampung di Kudma, barat Rusia.

Media melaporkan pada kejadian itu, suspek merogol Elena Malakhova, 41, sebelum menikam mati wanita berkenaan.


Lebih menyayat hati, lelaki itu juga mencekik anak Elena, Mikhail, 6.



Perbuatan kejamnya tidak terhenti di situ apabila dia turut mencekik ibu dan bapa mentua Elena, Olga Malakhova, 66, serta Anatoly Korolyov, 63.

Ia menyebabkan ketiga-tiganya meninggal dunia.

Bagaimanapun, dua lagi anak Elena, masing-masing lelaki dan perempuan, bernasib baik apabila sempat melarikan diri.

Ketika kejadian, suami kepada wanita terbabit Sergey, 44, tiada di rumah kerana mengikut rombongan perniagaan bersama empat rakannya.

The Sun melaporkan bahawa suspek turut melakukan rompakan di rumah berkenaan.

Suspek, Sharofiddin Amirov, 26, bagaimanapun berjaya ditahan di wilayah Vladimir, ketika melarikan diri dengan menaiki kereta.

Pihak berkuasa turut menahan dua lagi lelaki, yang disyaki bersubahat dengan suspek. Mereka ditahan ketika bersama dengan suspek di dalam kenderaan sama.

Dalam pada itu, media Rusia turut mendedahkan wajah pembunuh itu sebaik ditahan polis.

Menurut pihak berkuasa, suspek sebelum ini diambil bekerja untuk membina rumah milik keluarga mangsa.

Selepas itu, keluarga berkenaan mengambilnya bekerja sebagai pembantu rumah dan tukang kebun.

Siasatan kini dijalankan Jawatankuasa Siasatan Rusia.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 3-3-2021 03:37 PM
Dah tu, pahal media Malaysia pixelkan muka saspek ni macam porno jepun.
Quote dudaberhias 3-3-2021 03:39 PM
Russia tak pernah tak ganas. Tengok je lah influencer sana punya content kat social media pun buat iols tepuk dahi. Kalah orang US
Quote rajamoney 3-3-2021 03:44 PM
bangsa etis
Quote merrissa 3-3-2021 04:13 PM
dah kenapaaaa kau p rogol dan bunuh...
Quote Artemesiaa 3-3-2021 04:19 PM
Kejamnya perbuatan tapi kalau kes jenayah di sana tak ada yang tak kejam
Quote namieamuro 3-3-2021 04:26 PM
kejam gile. dgn bdk pun kau bunuh

dah tu kenape reporter pegi blur kan muke jantan lahanat tu tp tak blur kan muke mendiang? jadah ape nk blur2 kan muke jantan tu?
Quote white_musk 3-3-2021 05:09 PM
ini amat menyedihkan....
Quote sekngucing 3-3-2021 05:11 PM
perogol tu isle ke...
Quote kelapaparut 3-3-2021 06:56 PM
sekngucing replied at 3-3-2021 05:11 PM
perogol tu isle ke...

off course la name sapudin..
Quote MinyakAngin 3-3-2021 08:54 PM
Apsal mangsa pulak ditunjuk muka yg saspek tutup muka? Muka anak pun ditunjuk.
Quote Decaffeinated 6-3-2021 09:31 AM
rajamoney replied at 3-3-2021 03:44 PM
bangsa etis

"... Suspek, Sharofiddin Amirov, 26, bagaimanapun berjaya ditahan di wilayah Vladimir..."

Tak sangka etis pun gigih tiru nama macam melayu
Quote syaz_lina 6-3-2021 09:51 AM
Tiba2 ada plot twist, husb yg upah buat kerja ni
Quote rajamoney 6-3-2021 09:52 AM
Decaffeinated replied at 6-3-2021 09:31 AM
"... Suspek, Sharofiddin Amirov, 26, bagaimanapun berjaya ditahan di wilayah Vladimir..."

Tak s ...

dah nama melayu sedap
etis tiru la

tkkn nk tiru nama rajamoney kot?
Quote wikedsaikel 6-3-2021 09:54 AM
syaz_lina replied at 6-3-2021 09:51 AM
Tiba2 ada plot twist, husb yg upah buat kerja ni

Sama ka aku pikir ni

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.055449 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top