View: 2836|Reply: 14
|
Wanita Dirogol, 4 Sekeluarga Mati Dibunuh Pembantu Rumah
[Copy link]
|
|
Kejam apabila empat sekeluarga dibunuh oleh lelaki yang diambil bekerja di rumah mereka di sebuah kampung di Kudma, barat Rusia.
Media melaporkan pada kejadian itu, suspek merogol Elena Malakhova, 41, sebelum menikam mati wanita berkenaan.
Lebih menyayat hati, lelaki itu juga mencekik anak Elena, Mikhail, 6.
Perbuatan kejamnya tidak terhenti di situ apabila dia turut mencekik ibu dan bapa mentua Elena, Olga Malakhova, 66, serta Anatoly Korolyov, 63.
Ia menyebabkan ketiga-tiganya meninggal dunia.
Bagaimanapun, dua lagi anak Elena, masing-masing lelaki dan perempuan, bernasib baik apabila sempat melarikan diri.
Ketika kejadian, suami kepada wanita terbabit Sergey, 44, tiada di rumah kerana mengikut rombongan perniagaan bersama empat rakannya.
The Sun melaporkan bahawa suspek turut melakukan rompakan di rumah berkenaan.
Suspek, Sharofiddin Amirov, 26, bagaimanapun berjaya ditahan di wilayah Vladimir, ketika melarikan diri dengan menaiki kereta.
Pihak berkuasa turut menahan dua lagi lelaki, yang disyaki bersubahat dengan suspek. Mereka ditahan ketika bersama dengan suspek di dalam kenderaan sama.
Dalam pada itu, media Rusia turut mendedahkan wajah pembunuh itu sebaik ditahan polis.
Menurut pihak berkuasa, suspek sebelum ini diambil bekerja untuk membina rumah milik keluarga mangsa.
Selepas itu, keluarga berkenaan mengambilnya bekerja sebagai pembantu rumah dan tukang kebun.
Siasatan kini dijalankan Jawatankuasa Siasatan Rusia.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dah tu, pahal media Malaysia pixelkan muka saspek ni macam porno jepun. |
|
|
|
|
|
|
|
Russia tak pernah tak ganas. Tengok je lah influencer sana punya content kat social media pun buat iols tepuk dahi. Kalah orang US |
|
|
|
|
|
|
|
dah kenapaaaa kau p rogol dan bunuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Kejamnya perbuatan tapi kalau kes jenayah di sana tak ada yang tak kejam |
|
|
|
|
|
|
|
kejam gile. dgn bdk pun kau bunuh
dah tu kenape reporter pegi blur kan muke jantan lahanat tu tp tak blur kan muke mendiang? jadah ape nk blur2 kan muke jantan tu? |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 3-3-2021 05:11 PM
perogol tu isle ke...
off course la name sapudin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal mangsa pulak ditunjuk muka yg saspek tutup muka? Muka anak pun ditunjuk. |
|
|
|
|
|
|
|
rajamoney replied at 3-3-2021 03:44 PM
bangsa etis
"... Suspek, Sharofiddin Amirov, 26, bagaimanapun berjaya ditahan di wilayah Vladimir..."
Tak sangka etis pun gigih tiru nama macam melayu
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiba2 ada plot twist, husb yg upah buat kerja ni |
|
|
|
|
|
|
|
dah nama melayu sedap
etis tiru la
tkkn nk tiru nama rajamoney kot?
|
|
|
|
|
|
|
|
syaz_lina replied at 6-3-2021 09:51 AM
Tiba2 ada plot twist, husb yg upah buat kerja ni
Sama ka aku pikir ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|