CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Seharian Cikgu Meratib Ajar Penjarakan Sosial, Sekali Ibu Bapa Pula Buat Hal

3-3-2021 03:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2594| Komen: 9

Description: Detik 1 Mac pada Isnin menyaksikan murid pra-sekolah, tahun 1 dan 2 kembali menjalani pembelajaran seperti sedia kala apabila sesi pembelajaran kembali dibuka.
Detik 1 Mac pada Isnin menyaksikan murid pra-sekolah, tahun 1 dan 2 kembali menjalani pembelajaran seperti sedia kala apabila sesi pembelajaran kembali dibuka.

Pada 8 Mac ini pula, ia akan disusuli dengan pembukaan sesi persekolahan bagi murid sekolah rendah tahun 3 hingga 6.


Bagaimanapun hari pertama sesi persekolahan yang dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) turut menimbulkan rasa bimbang netizen.

Tular di laman sosial memaparkan kumpulan ibu bapa yang berhimpit beramai-ramai di hadapan pagar sebuah sekolah yang tidak dinyatakan lokasinya selepas tamat sesi pembelajaran pada Isnin.



"Seharian cikgu-cikgu meratib ajar pasal penjarakan sosial apa semua lepas tu depan pintu pagar balik jadi kelam kabut dengan parents nak cari anak, dengan anak nak cari mak.

"Janganlah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 3.0," tulis seorang pelayar Twitter yang berkongsi foto itu.


Rata-rata netizen yang meninggalkan komen dan memberi respon menzahirkan rasa kurang senang mereka dengan apa yang berlaku.

Malah, ada yang turut berkongsi kejadian sama yang berlaku di sekolah-sekolah lain.

"Ni baru Tahun 1 dan 2 belum sepenuhnya sampai Tahun 6 lagi.

"Pagi petang sama je. Penat dah cikgu atur balik ikut kelas siap suruh ibu bapa datang pukul berapa. Tapi setengah jam sebelum loceng balik sekolah dah penuh depan pagar.

"Keliru, siapa yang sekolah sebenarnya? Ramai ibu bapa lagi dari anak-anak.

"Ini bawa sekampung hantar anak sekolah," tulis seorang lagi nerizen berseloroh.



Dalam pada itu, guru itu turut memberi penjelasan mengenai sistem yang dilaksanakan di sekolah itu, namun katanya ada kelemahan sehingga berlaku insiden sedemikian.

"Ya, kami cikgu-cikgu memang keluarkan murid-murid berperingkat selang tiga hingga lima minit.

"Tapi sebab ramai sangat dan ada ibu bapa yang tak datang awal, jadi budak yang keluar awal pun jadi tersangkut sekali dengan yang kemudian," tulisnya di ruangan balas.

Untuk rekod, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 19 Februari lalu turut mengumumkan murid sekolah menengah kumpulan A (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) akan memulakan sesi persekolahan pada 4 April manakala sekolah di negeri-negeri lain akan bermula pada 5 April ini.

Murid Kolej Vokasional untuk Sijil Vokasional Malaysia Tahun 1 (semester dua) dan Diploma Vokasional Malaysia Tahun 1 (semester dua) akan memulakan pengajian pada 1 Mac ini.

Sekolah swasta pula akan mengikuti jadual pembukaan sekolah kerajaan, mengikut kumpulan A atau kumpulan B.

Bagi sekolah antarabangsa dan IPS kategori pusat termasuk pusat tuisyen boleh dibuka bermula 8 Mac 2021.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 3-3-2021 03:35 PM
Asalkan ibu bapa yg tunggu tu pakai mask dgn betul, not so bad lah. Jgn masa tunggu tu, makcik pakcik nk membawang dan tarik mask smpi dagu, then it is a concern. Ada org kalau pakai mask susah nk bual.
Quote dua_chzy 3-3-2021 04:39 PM
Sekolah gomen susah nak kontrol.
Quote Artemesiaa 3-3-2021 04:49 PM
Tempat2 lain mereka dah lali part ramai2 macam ni selalunya mereka akan call polis baru semua ada akal jaga sop seperti sepatutnya.
Quote alieyrina 3-3-2021 04:49 PM
Sama ja sekolah pprt mana pun. Aku suruh anak aku  duduk kt bus stop tu. Org len dah habis kalut berambus baru aku amik anak aku. Nanti balik dgn van x tau laa. Yg pasti mask tah ke mana budak2 ni. Baru d1 n d2 nii. Belum full volume
Quote djzara81 3-3-2021 05:56 PM
Smlm almost 15 min tunggu anak aku dibebaskan. Pkl 6 cikgu soh dtg. Kami parents tunggu kat dlm compound sekolah. Kebetulan hujan lebat yakmat so phm2 jelah semua terpaksa berteduh bawah pondok. Pastu murid2 thn 1 start beratur ikut kelas. Awalnya cikgu jerit nama kelas & parents dtg amik anak2. Pastu baru cikgu guna hailer bila jeritan ditenggelami suara bdk2. Hujung2 parents peduli apa semua pi dpn tmpt murid2 beratur. Mmg ade kelemahan kat situ.
Quote VespaSilbe 3-3-2021 06:07 PM
Dinasihatkan sebelum hantar anak sekolah salam siap2
Anak jangan dok depan
Semua dok belakang
Kalau kena keluaq ikut pintu kiri kanan senang
Takyah nak lambai2 atau tunggu anak sampai masuk pagaq
Ramai lagi kereta beratuq kat belakang

Quote najib888 3-3-2021 06:43 PM
Tudia... Sampai tera tu.. nasib baik skolah anak aku, cikgu dah tetapkan mak ayah tak boleh iring anak ke kelas, or berhimpit2.. cuma drop je anak.. dan mak ayah lain2 pun boleh follow SOP..
Quote Supersirap 3-3-2021 10:08 PM
Beyond our control
Quote nowhite 4-3-2021 06:34 PM
Dekat luar sekolah pun tak reti jaga jarak

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.049908 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top