CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Boleh Tengok Wayang!

3-3-2021 03:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2569| Komen: 18

Description: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan panggung wayang akan dibenarkan untuk membuka operasi semula selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perint ...
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan panggung wayang akan dibenarkan untuk membuka operasi semula selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di beberapa negeri semalam.


Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan status Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang ditukar kepada PKPB berkuat kuasa 5 hingga 18 Mac ini, manakala Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Sarawak dan Perak kekal dengan PKPB.

Enam negeri PKPB iaitu Melaka, Pahang, Terengganu, Sabah, Putrajaya dan Labuan ditukar status kepada PKPP), manakala Perlis kekal sebagai negeri berstatus PKPP.

Bagaimanapun, kebenaran pembukaan semula operasi panggung wayang di kawasan PKPB dan PKPP tertakluk kepada pematuhan semua garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kredit foto: Harian Metro



"Ia meliputi protokol pencegahan penyakit dan sekatan, saringan kesihatan, pembersihan dan nyah kuman premis, penjarakan fizikal dan tatacara keselamatan pekerja serta tindak balas kecemasan," katanya dalam satu kenyataan.

Finas juga akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa menerusi medium hebahan media dan laman sesawangnya.

Kemaskini itu juga boleh diikuti menerusi platform media sosial rasmi Finas di Facebook, Instagram dan Twitter.

Terdahulu, Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) mengumumkan sektor panggung wayang yang menjadi nadi hiburan dan menjana ekonomi itu mengambil masa lama untuk pulih.

Ia susulan penutupan operasi disebabkan PKP.

Perniagaan sektor itu mengalami kerugian lebih RM400 juta sepanjang 10 bulan sejak gangguan operasi. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nana_Man 3-3-2021 03:39 PM
Bagus lah dah bukak. Yg suka tgk wayang mesti happy.
Quote rajamoney 3-3-2021 03:42 PM
wayang import

buat apa

dah susah2 camni pun masih nak kayakan hollywood

hollywood penah tolong korang ke?
Quote LadyCarefree 3-3-2021 03:43 PM
Geli kot kerusi mesti dah cendawan hehe
Quote manehnya 3-3-2021 03:45 PM
boleh la takat p beli popcorn ..... nk tgk malas ah now citer mngarut2
Quote Redmyvi 3-3-2021 04:04 PM
nak tgk wayang tapi movie semua tak best..
Quote hayrin86 3-3-2021 04:36 PM
OK la tuh.. Tapi harap pengusaha pawagam terima vaksin C19
Quote r_innalif 3-3-2021 07:38 PM
Yes tazabar nn tgok batman
Quote ifanonline 3-3-2021 07:41 PM
baik buat wayang sendiri kat rumah...
Quote airfilterkotor 3-3-2021 07:48 PM
Masih teringat first MCO, berkulat kerusi dan carpet.

Dinding dan siling pawagam taktau laa, harap dorang cuci kasik bersih laa dua item ni walopun kusi dan karpet dah ditukau sekalipung.
Quote ina_na 3-3-2021 08:20 PM
Skrg ni nak p shopping mall pun seram.. Patut dia org jual je citer mcm neflix ke.. Ape ke.. Kita bl je kat situ..
Quote Tinot7 3-3-2021 09:40 PM
Woo yeah.. tapi iols keje wiken ni...
Quote nowhite 3-3-2021 11:16 PM
Tak berani lagi nak tengok wayang..tapi nak beli popcorn gsc ja
Quote kakikuDibibirmu 3-3-2021 11:27 PM
Tazzabar nak tengok Godzilla vs King Kong
Quote Carcosa 4-3-2021 12:00 AM
Mesti kepam mcm muka Hairul Azreen, semua seat2 kat panggung wayang. Tak kuasa ah.
Baik aku layan movie kat rumah. Tunggu lama sikit pun takpe. Janji boleh mengangkang kat rumah tgk Netflix atas sofa yg tak kepam mcm muka Shamira.
Quote TomyamPuteh 4-3-2021 08:06 AM
Nsb baik la aku bkn laki wayang. Dok umah lg best.
Quote ToungeSoup 4-3-2021 08:17 AM
tak bara nak tengo the quiet place 2..
Quote lattehazelnut 5-3-2021 12:23 AM
Dgn kne pakai mask mcm mm xyah la
Quote dudaberhias 5-3-2021 11:49 AM
Apa yang bestnya kat wayang tu sekarang selain ada covid? Setahu iols bukan ke semua movie dah di jual online macam mulan

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.055054 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top