Adakah kali ini benar-benar Tunku Ismail Sultan Ibrahim beli kelab Valencia? Itu tanda tanya yang kini berlegar buat peminat bola sepak tanah air apabila pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim seolah memberi bayangan kemungkinan dirinya bakal membeli kelab La Liga di Sepanyol itu.
Menerusi perkongsian di laman Instagramnya pagi semalam, beliau memuat naik pelbagai maklumat mengenai Valencia termasuk ranking semasa kelab itu yang ketika ini menduduki tangga ke-60 terbaik di dunia. Malah, beliau juga berkongsi nilai sebenar skuad The Bats itu pada harga 408 juta euro atau kira-kira RM1.9 bilion.
Menurut Tunku Ismail, beliau memerlukan dua hari untuk berfikir mengenai keputusan untuk mengambil alih kelab terbabit yang ketika ini dimiliki oleh ahli perniagaan terkenal dari Singapura, Peter Lim. "Saya bukan ahli perniagaan, saya seorang Putera Raja. Wang tidak mendorong saya, hanya kegemilangan dan mencipta sejarah adalah motivasi saya. "Bukan rahsia bahawa saya meminati bola sepak, saya sangat bersemangat. Saya bukan baru dalam bola sepak, saya berjaya membina sebuah kelab (JDT FC) dari setiap tahun bertanding di zon penyingkiran tetapi kini mendominasi kejuaraan setiap musim. "Saya sudah memenangi 16 gelaran dalam lapan musim. Kami adalah kelab yang terbesar di Asia Tenggara dan salah satu yang terbesar di Asia," tulisnya. Beliau berkata, Valencia yang sudah menjuarai La Liga sebanyak enam kali serta muncul naib juara Liga Juara-Juara Eropah dua kali pada 2000 dan 2001, perlu melakukan perubahan dengan meletakkan individu yang betul dan arif mengenai bola sepak. "Saya ingin mengembangkan empayar saya, melebarkan sayap saya dan mencari cabaran baharu. Saya bukan orang yang akan menukar logo atau tradisi kelab anda. seperti yang saya katakan tadi, saya seorang kerabat raja dan bukan ahli perniagaan. Saya di sini untuk capai kejayaan dan melakar sejarah. "Apa yang diperlukan oleh Valencia? Mereka memerlukan seseorang yang tahu mengenai bola sepak, dahagakan kejayaan, bersemangat dan memahami betapa besarnya Valencia sebagai sebuah kelab. Langkah pertama, kita memerlukan orang bola sepak di kelab, noktah," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
wirazam replied at 3-3-2021 10:03 AM
alangkah baik dan bagusnya kalau TMJ nih yg lead FAM...barulah team Malaysia meningkat maju
duri_durians replied at 3-3-2021 10:10 AM
dia dah lead kan tahun 2017. ~1 tahun letak jawatan.
wirazam replied at 3-3-2021 10:03 AM
alangkah baik dan bagusnya kalau TMJ nih yg lead FAM...barulah team Malaysia meningkat maju
rajamoney replied at 3-3-2021 10:20 AM
bukan pernah ke zam?
lepas tu dia resign
wirazam replied at 3-3-2021 10:03 AM
alangkah baik dan bagusnya kalau TMJ nih yg lead FAM...barulah team Malaysia meningkat maju
wirazam replied at 3-3-2021 10:19 AM
nape letak jawatan? sayang betul..
wirazam replied at 3-3-2021 10:27 AM
kenapa dia resign itu yg tak paham rajamoney...
wirazam replied at 3-3-2021 10:03 AM
alangkah baik dan bagusnya kalau TMJ nih yg lead FAM...barulah team Malaysia meningkat maju
Belibis replied at 3-3-2021 10:40 AM
Dah dulu..tak mampu jugak bila skop besar sangat.
wirazam replied at 3-3-2021 10:27 AM
kenapa dia resign itu yg tak paham rajamoney...
AmandaRollins replied at 3-3-2021 11:18 AM
Espn ni punnn...letak la gmbr terbaru tmj..tak up to date langsung..penat je tmj pasang badan..
ADVERTISEMENT