CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Kepada Ibu Bapa, Tolong Ajar Anak Tentang Kesalahan Cabul Kanak-kanak" - TMJ

17-2-2021 03:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3260| Komen: 15

Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegur perbuatan seorang pemuda yang tular di media sosial kerana mencium bibir adik angkatnya.

Menegaskan perbuatan itu salah, Tunku Ismail menasihati ibu bapa agar mengajar anak-anak, terutamanya lelaki tentang kesalahan mencabul.




“Kepada setiap ibu bapa di luar sana, tolong ajar anak-anak anda tentang kesalahan cabul kanak-kanak.

“Ajar anak-anak perempuan anda, dan terutamanya anak-anak lelaki kerana mereka sering terlepas pandang dalam isu ini.

“Ajar mereka hal yang baik dan buruk. Jangan biarkan orang luar atau saudara mara ambil kesempatan terhadap mereka,” catatnya di ruangan Insta Story.

Baginda memuat naik paparan skrin laporan berita isu seorang lelaki, dikatakan seorang pengasas produk tenaga batin menayangkan aksi mencium bibir seorang remaja lelaki.



Kredit foto: IG TMJ

Lelaki berkenaan memuat naik beberapa video di TikTok dan mendakwa remaja itu anak angkat yang dijaga keluarganya sejak kecil.

Menganggap perbuatannya normal, perkara itu mencetuskan kemarahan orang ramai sehingga menyebabkan TikTok menyekat akaun @papa_idola_semalaya kerana melanggar garis panduan.


Sumber: ProjekMM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 17-2-2021 03:43 PM
Helang dan pipit terbang tak sama tinggi
Quote stinger.baik 17-2-2021 03:47 PM
hensem skang ye

baru la ada tokoh pemilik kelab bola

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote stinger.baik 17-2-2021 03:48 PM
tu la

dlm forum ni je ada tokoh2 forum yg membela puak2 homo2 ponen2 pedo ni

siap ajk betekak berdebat berhujah bersoal jawab

lps tu play victim

si punat bottom tu

tah mende tah

bknnya nak taubat nasuha

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote dudaberhias 17-2-2021 03:48 PM
memang betul pun apa beliau kata tu...
awareness kita kurang tinggi tentang sexual harrassment...
nak2 kepada lelaki...
Quote cyber_mania 17-2-2021 03:54 PM
Hat ni Aku sokong TeeEmJay.

Hanya sbb Kita xde sex education secara khusus kat sekolah, ramai ibubapa & org dewasa rasa tiada keperluan utk ajar anak2 perkara mcm ni.

Ni kementerian rina Harun punya isu ni. Hang duk wat apa? Tak abis la photoshoot?
Quote buapakperut 17-2-2021 04:54 PM
wow kendu pulak heol
Quote KIM.K 17-2-2021 04:58 PM
Boleh sokong

Tapi letak bug kat telepon pompuan utk stalk lawa tak lawa tak sokong
Quote bluebutter 17-2-2021 06:07 PM
stinger.baik: hensem skang yebaru la ada tokoh pemilik kelab bolahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



Tagline dia.

"kena kurus"

Rupa paras tk penting.
Yg penting kena kurus.
Contoh senang shaza bae dewi remaja. Muka beshe beshe je tpi disebabkan beliau kurus dan tinggi, jadi beliau menang.
Yg mn kata gemoks is awsome, sila pergi ke dunia twilight zone.

Haaaaaaaaaaaaaaaaa.
Quote Artemesiaa 17-2-2021 06:11 PM
Ramai mak pak terlalu sibuk dengan urusan sendiri jadi ramai yang abaikan bab tu dan harap sekolah ada mengajarkannya
Quote Carcosa 17-2-2021 11:51 PM
Wangi pulak bila dah kurus ni   {:childlike
Quote tumpanglalu74 18-2-2021 12:37 AM
Gives volume to the isu.  Tengkiyu tonku..

Bende salah memang patot kene hencap pon.  
Quote borrow 18-2-2021 08:44 PM
Dilema sesetengah parent bila nak ajar part ni. Tatau acaner nk ckp. Segan pun ada. Ujung2 diam. Lg teruk klo parent sendiri anggap kissu camtu cute , sweet.

Skul patut adakan seisi awareness ,  n beritahu tindakan yg patut dibuat bila ada dlm situasi tu. Jerit ka etc. Coz cara respond tu pun penting juga.
Quote Tinot7 18-2-2021 08:47 PM
Mmg kuyus ka pakai filter ni?
Quote Namasayaomel 15-3-2021 10:47 AM
Makin hensem dia ni sejak kurus ape rahsia? Maksud aku ape rahsia leh kurus cmni?
Quote budakLuiTimur 19-3-2021 01:24 AM
Tahu takpe....

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:18 PM GMT+8 , Processed in 0.123349 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top