CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'90 Ahli Parlimen Negara ASEAN Jangan Campuri Urusan Dalaman Malaysia' - Zahid

17-2-2021 03:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1670| Komen: 3

Description: Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menempelak 90 ahli Parlimen ASEAN dari tujuh negara ASEAN yang menggesa Yang di-Pertuan Agong dan perdana menteri untuk membenarkan Parlimen bersidang t ...
Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menempelak 90 ahli Parlimen ASEAN dari tujuh negara ASEAN yang menggesa Yang di-Pertuan Agong dan perdana menteri untuk membenarkan Parlimen bersidang tanpa sekatan secepat mungkin.


Ahmad Zahid yang merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat dan tidak wajar untuk mana-mana pihak luar mencampuri urusan dalaman Malaysia.


Kredit foto: IG Zahid

Secara sinis, beliau berkata ahli Parlimen terbabit sepatutnya bukan hanya memberi fokus terhadap Malaysia tetapi juga negara lain dalam ASEAN yang turut bergelut isu demokrasi.

“Cumanya saya berharap jika boleh seramai 90 Ahli Parlimen negara ASEAN terbabit jangan hanya tertumpu kepada persoalan demokrasi di Malaysia.

“Sedangkan ada negara ASEAN lain turut bergelut dengan isu demokrasi selepas berlaku rampasan kuasa oleh junta tentera. Sila ambil maklum juga,” katanya.


Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata, sejak dahulu BN secara konsisten menolak campur tangan kuasa asing dalam urusan pentadbiran dan politik negara.

Pihak luar yang dimaksudkan tidak terhad kepada kerajaan atau pimpinan negara lain, malah badan bukan kerajaan dan media-media asing.

Ahmad Zahid bagaimanapun berkata, kerajaan Malaysia tidak boleh ambil mudah berhubung desakan agar Parlimen Malaysia kembali bersidang.

Menurutnya, antara tujuan dan prinsip yang diabadikan dalam Piagam ASEAN yang turut dipersetujui Malaysia ialah kepatuhan negara anggota terhadap demokrasi.

“Kita bimbang isu ini bukan sahaja boleh memberi kesan kepada hubungan bilateral Malaysia dalam kalangan negara anggota ASEAN, malah memberi tempias kepada ekonomi Malaysia di rantau ini.

“Walhal Malaysia yang mencadangkan sebuah pelan pemulihan ekonomi ASEAN pada Persidangan Khas ASEAN Mengenai Covid-19, April tahun lalu,” katanya.



Dalam satu kenyataan bersama 90 ahli Parlimen dari negara ASEAN menegaskan persidangan Parlimen penting untuk memastikan kebertanggungjawaban kerajaan, menilai langkah darurat, melindungi hak asasi, dan menyumbang ke arah proses membuat keputusan berkenaan dasar utama.

Kenyataan itu ditandatangani ahli Parlimen daripada Thailand, Indonesia, Timor-Leste, Kemboja, Filipina dan Singapura.

“Kuasa darurat Malaysia jelas tidak menepati piawaian antarabangsa yang sedia ada dan mewujudkan keadaan di mana kebertanggungjawaban kerajaan amat terhad, dengan salah guna kuasa mungkin berlaku.

“Sebagai badan yang menyuarakan kehendak rakyat, Parlimen mempunyai kedudukan utama dalam demokrasi yang berfungsi, dan penggantungannya pada masa ini telah menidakkan penglibatan awam dalam proses membuat keputusan.

“Ini membimbangkan terutamanya di saat sebarang keputusan kerajaan akan meninggalkan kesan berkekalan terhadap hidup rakyat,” menurut kenyataan itu.


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 17-2-2021 03:52 PM
Sepatutnya campur tangan junta tentera Myanmar Phra San Suchi
Quote sidewinder 17-2-2021 03:56 PM
malaysia ni pun kadang2 acah2 suci gak....acah2 malaikat.....komen2 pasal isu negara org lain....buat masa skrang usah peduli masalah negara lain....lantak la nak tunggang terbalik.....tgk masalah rakyat negara sendiri dulu....masalah dlm negara byk lagi blom settle
Quote cyber_mania 17-2-2021 04:01 PM
Ntah la zahid. Esok2 kau jadi menteri kau pun sibuk bangkang itu ini kat Negara orang. Ke dah buat masa jadi menteri dulu2.

Eh, harap dah xde peluang langsung la ye Naik jadi menteri. Hang tu hampeh.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.047464 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top