CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ira Ghani Bersyukur Masih Dikenang, Terharu Dapat Sokongan Rakan Industri Seni

17-2-2021 05:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6067| Komen: 24

Description: Selebriti dan pengasas produk, Datin Ira Ghani terharu atas sokongan rakan artis terhadap dirinya meskipun sudah lama tidak kerap muncul dalam bidang seni mahupun perniagaan yang diusahakan.
Selebriti dan pengasas produk, Datin Ira Ghani terharu atas sokongan rakan artis terhadap dirinya meskipun sudah lama tidak kerap muncul dalam bidang seni mahupun perniagaan yang diusahakan.



Malah, Ira juga tidak menyangka apabila mendapat maklum balas positif selepas membuat pemgumuman mengenai penjamaan semula perniagaan kosmetiknya Aura Seri yang kini dikenali sebagai Aura Seri by DIG sempena ulang tahun ke-20 syarikatnya.

“Saya memang tak sangka bila ramai yang sudi rakam video dan berikan ucapan tahniah kepada kami. Alhmadulillah lebih daripada 20 artis yang berikan ucapan kepada kami sempena kemunculan semula 20 tahun Aura Seri by DIG.

“Lebih manis, mereka juga izinkan kami siarkan ucapan itu di media sosial kami sempena kemunculan semula kami secara rasminya pada 15 Februari ini,” katanya.

Tambahnya lagi, Aura Seri by DIG antara syarikat yang menjadi pelopor dalam menjalinkan kerjasama dengan artis dan program hiburan sejak dua dekad lalu.


Lantaran, ia ialah satu penghargaan buatnya apabila masih mendapat sokongan daripada rakan industri seni.

“Saya bersyukur masih ada yang kenang kami. Ramai yang bersama kami dahulu dan banyak aktiviti yang kami lakukan. Pada yang masih sudi menyokong, saya ucapakan setinggi penghargaan.

“Insya-Allah kami tidak lokek untuk berkongsi rezeki dan menjalankan usaha sama dengan mereka,” katanya.

Antara artis berkenaan termasuklah Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Awie, Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Rosyam Nor, Zizan Razak, Shiha Zikir, Ezad Lazim, Liza Abdullah dan David Teo.





Ira yang pernah berlakon dalam siri Gerak Khas berkata, Aura Seri by DIG mengukuhkan jenama dengan siri produk yang lebih berkualiti dengan slogan ‘Titisan Dari Kayangan’.

Beliau berkata, selain produk baharu keputusan untuk merancakkan lagi Aura Seri by DIG ialah membuka peluang perniagaan kepada semua pihak untuk menjana pendapatan dalam suasana pandemik Covid-19 ini.

“Pendekatan perniagaan kami sesuai untuk semua peringkat umur dan meneruskan revolusi perniagaan dalam talian sesuai dengan situasi semasa yang berlaku. Produk kami juga sudah ada pengikut sendiri dan menyediakan bimbingan pada mereka yang mahu menyertainya.

“Saya sendiri kini aktif sebagai pembimbing dan perniagaan termasuk bersama MARA dan sering menjalankan kelas. Saya akan gunakan kemahiran saya untuk pastikan usawahan Aura Seri by DIG berjaya dalam bidang ini,” katanya.



Beliau menambah satu program khas pencarian CEO Muda juga akan dilakukan sempena dengan penjenamaan semula 20 tahun Aura Seri by DIG dan terbuka kepada mereka yang layak mengikut kriteria yang ditetapkan.

Ira berkata, semua perinciaan mengenai perkara dan produk Aura Seri by DIG akan dimaklumkan kemudian dengan lebih terperinci.


Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote stinger.baik 17-2-2021 05:37 PM
nape suma dato2 tua tu wish anniversary dia?

kena paksa ke?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote matchstick 17-2-2021 06:00 PM
tak kenal..sumpah. bukan buat2 tak kenal. zaman bila jadi retis
Quote bluebutter 17-2-2021 06:04 PM
Lawa dia.

Look elegant.
Quote giyomi 17-2-2021 06:05 PM
siapakah dia ni...and frankly speaking, pose menunggeng kat sofa tu buruk
Quote September14 17-2-2021 06:21 PM
Lawa yg basic
Quote shernazz 17-2-2021 06:26 PM
Ni kan founder aura seri
Huhu
Quote putericahaya999 17-2-2021 06:46 PM
Dia berlakon dgn zarazya aritu
Quote umbut 17-2-2021 06:52 PM
matchstick replied at 17-2-2021 06:00 PM
tak kenal..sumpah. bukan buat2 tak kenal. zaman bila jadi retis

Bukan retis... dia bini founder produk aura seri dolu2... zaman tu bersepah iklan kat majalah mingguan wanita saing ngan sendayu tinggi bagai.. early 2000 rasanya... x pupus2 lagi
Quote makneng 17-2-2021 07:38 PM
Laaaa dia cuba buat kambek ke? Antara pengasas produk timbang kati dolu2.
Quote Perawankota 17-2-2021 08:55 PM
Bagus ke aura seri ni?
Quote Asdira 17-2-2021 09:12 PM
Dia ni ada jg berlakon..tapiiii lamaaaaa dah tak muncul dlm dunia seni..tetiba kambek..keheranan gitu {:laugh
Quote md_nana 17-2-2021 09:16 PM
aku x tau pulak dia berlakon. tp dulu dia selalu kot keluar wanita hari ini promosi aura seri dia tu.
Quote wirazam 17-2-2021 09:25 PM
stinger.baik replied at 17-2-2021 05:37 PM
nape suma dato2 tua tu wish anniversary dia?

kena paksa ke?

ke dibyr mcm product review...masyukkk
Quote wirazam 17-2-2021 09:26 PM

brp umur dia? nampak mcm early 30an je
Quote stinger.baik 17-2-2021 09:26 PM
wirazam replied at 17-2-2021 09:25 PM
ke dibyr mcm product review...masyukkk

tu la aku komen tnya mcm kena paksa tu zam

mcm review produk je

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote wirazam 17-2-2021 09:28 PM
stinger.baik replied at 17-2-2021 09:26 PM
tu la aku komen tnya mcm kena paksa tu zam

mcm review produk je

senang retis buat duit...
Quote stinger.baik 17-2-2021 09:29 PM
wirazam replied at 17-2-2021 09:28 PM
senang retis buat duit...

maklumla zam

kilang banyak tutup

ekonomi menguncup

salam cekup rm50 pun duit gak

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote wirazam 17-2-2021 09:39 PM
stinger.baik replied at 17-2-2021 09:29 PM
maklumla zam

kilang banyak tutup

kannnn...marhain jugak susah nak cari duit
Quote Rara77 17-2-2021 11:14 PM
bluebutter replied at 17-2-2021 06:04 PM
Lawa dia.

Look elegant.

ye ke
haaaaaaaaaaaa

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.049306 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top