CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buta Dipukul Rakan Sebab Tak Melawan Ketika Dimarah Mandur

17-2-2021 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2756| Komen: 13

Description: Seorang lelaki buta mata kanan selepas disyaki dipukul menggunakan batang penyapu dalam kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Binunuk, dekat sini.
Seorang lelaki buta mata kanan selepas disyaki dipukul menggunakan batang penyapu dalam kejadian di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Binunuk, dekat sini.



Difahamkan, kejadian berlaku pada 12 Februari lalu tetapi laporan polis hanya dibuat pada Selasa oleh ibu mangsa selepas mengetahui kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata, menurut laporan pengadu berusia 63 tahun itu, mata kanan anaknya yang berusia 39 tahun itu buta akibat dipukul menggunakan sebatang penyapu oleh rakannya.

"Warga emas itu menerima panggilan daripada anaknya kira-kira jam 9 pagi yang memaklumkan baru selesai menjalani pembedahan mata kerana cedera dipukul seorang lelaki dengan menggunakan batang penyapu selain memberitahu mata itu tidak boleh melihat lagi.

"Susulan laporan itu, siasatan lanjut dilakukan terhadap mangsa yang sedang dirawat di Hospital Queen Elizabeth II (QEH), Kota Kinabalu.


"Mangsa memberitahu punca kejadian disebabkan suspek tidak berpuas hati kerana mangsa tidak melawan ketika dimarah oleh mandur tempatnya bekerja," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Azmir berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama suspek minum bersama di rumah suspek sebelum dia dicabar suspek sambil mematahkan sebatang penyapu.

"Mangsa mahu beredar dari rumah suspek tetapi ketika mahu keluar dari rumah itu, suspek tiba-tiba terus memukulnya sekali di bahagian muka dan terkena di bahagian mata sebelah kanannya.

"Mangsa kemudian terus melarikan diri ke rumah jiran berdekatan untuk meminta pertolongan," katanya.

Azmir berkata, hasil keterangan daripada doktor yang menjalankan pembedahan turut mengesahkan mata mangsa yang cedera telah rosak dan akan mengalami kecacatan kekal.

Justeru katanya, bertindak daripada keterangan mangsa, seorang lelaki berusia 39 tahun ditahan pada jam 8.30 malam pada Selasa, namun berdasarkan siasatan suspek menafikan ada memukul mangsa ketika kejadian itu.

"Sehubungan itu, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera parah," katanya.


Sumber: Sinar Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 17-2-2021 01:58 PM
Duhai..buduh jgk ni urg. Gara2 minum la ni..terlebih pintar
Quote Artemesiaa 17-2-2021 02:02 PM
Bahaya gaduh dengan orang tengah mabuk
Quote minguk 17-2-2021 02:07 PM
eeee kesiannya.. buta selama lamanyaaa
Quote cyber_mania 17-2-2021 02:08 PM
Tajuk : Buta mata kanan selepas dipukul dengan batang penyapu oleh penyelia di tempat kerja
- dipukul oleh penyelia


Isi kandungan : Mata kanan lelaki berusia 39 tahun disahkan buta selepas dipukul rakan dengan batang penyapu hanya kerana tidak melawan ketika dimarahi penyelia di tempat kerja, Jumaat lalu.
- dipukul rakan

Engkorang yg tulis berita ni reti ke tidak?
Quote stinger.baik 17-2-2021 02:21 PM
munggu ko tk apa2 ke?

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?
Quote AceHand-98 17-2-2021 03:46 PM
Quote AceHand-98 17-2-2021 03:53 PM
Quote angelofish 17-2-2021 03:55 PM
yang kena tangkap india ke? cerah je kulit
Quote EJALTI 17-2-2021 04:40 PM
cyber_mania replied at 17-2-2021 06:08 AM
Tajuk : Buta mata kanan selepas dipukul dengan batang penyapu oleh penyelia di tempat kerja
- dipu ...

Yor la....iols betulkan tajuk thread....
Quote TravellingBear 17-2-2021 04:52 PM
Gaduh benda lama plak tu
Quote cyber_mania 17-2-2021 04:56 PM
EJALTI replied at 17-2-2021 04:40 PM
Yor la....iols betulkan tajuk thread....

Thumbs up cemni ha. Satgi org kata pitenah penyelia tu pulak. Hahaha

Padahal yg jahat kawan dia. Dah la marah sbb xmelawan penyelia masa kena marah 2 bulan lepas. Kesian. Xpasal hilang penglihatan secara kekal.
Quote mieymiey 17-2-2021 04:59 PM
Ko butakan mata kawan yang butakan mata ko tu. 1 - 1.
Quote Jorja 17-3-2021 06:17 PM
Sendiri pun tak berani nak pukul mandur suruh orang pula.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:12 PM GMT+8 , Processed in 0.053051 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top