CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Mengejutkan! Plot Twist Episod Akhir Drama Takdir Yang Tertulis Dapat Pujian

17-2-2021 03:35 PM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 5690| Komen: 16|Original author: Oleh: Rikuren

Description: Drama tontonan ramai, Takdir Yang Tertulis arahan Shahrulezad Mohameddin sudahpun sampai ke penghujungnya semalam (16 Februari).


Drama tontonan ramai, Takdir Yang Tertulis arahan Shahrulezad Mohameddin sudahpun sampai ke penghujungnya semalam (16 Februari).

Sebelum ini, rata-rata netizen netizen mengharapkan ada kesudahan yang baik buat semua watak dalam cerita ini.


Kredit foto: Google

Kesudahan episod akhir drama Takdir Yang Tertulis cukup mengejutkan!

Jalan cerita yang ditunggu-tunggu ramai ditamatkan dengan babak Juweta (Nad Zainal) dan Ruhila (Elvina Mohamad) berbahagia di samping anak tersayang Mika (Iman Isaac) disiarkan.

Episod akhir juga turut membongkarkan identiti sebenar bapa Mika membuatkan sosial media riuh rendah hingga menjadi trending di Twitter.



Kredit foto: Twitter

Bayangkan selama berbelas episod, kita rasa kita sudah tahu sangat siapakah ayah Mika, sekali orang yang tak disangka-sangka adalah dalangnya. Rupanya Mika bukan anak Ean, tapi anak Hakim. Mika kalau diterbalikkan, jadi Akim, kan?


Kredit foto: gulapop.com

Tidak dijangkakan - sebelum credit akhir drama tersebut dipaparkan pada penghujungnya, kelihatan terdapat babak Akim (Muaz Fitri Maslan) memasukkan bahan terlarang ke dalam minuman Ean (Alvin Chong) dan Ruhila selain tertawa di sebalik tirai besi.

Malah, babak tersebut juga tidak diketahui oleh pelakon-pelakon utama termasuk Nazim Othman, Nad Zainal dan Elvina Mohamad. Perkara itu didedahkan Nazim sendiri menerusi satu komen yang ditinggalkan menerusi posting milik pelakon Muaz Fiti Maslan.

Kredit foto:  Instagram Muaz Fitri Mazlan

Apa-apa pun, drama Takdir Yang Tertulis banyak memberi pengajaran buat kita. Yang pasti, satu Malaysia 'kena tipu' kerana jalan cerita drama ini di luar tekaan peminat setianya. 

Mungkin ada sambungan Takdir Yang Tertulis 2.0 kan? - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nazzse 17-2-2021 03:56 PM
Nasib baik aku tak follow drama ni..awal2 je lepas tu malas
Quote awanysss 17-2-2021 04:16 PM
okay la ending cerita ni.. better dr adelia sofea..
yg samanye, suka tak cerita motif dendam..
si cik salmah tu tak habis2 cakap harta juweta tu patut dpt kat dia..
tp takde pulak tunjuk sbb apa.. igtkan mak juweta caras bapak dia ke atau nenek juweta tak restu bapak dia ngan cik salmah..
Quote spy^patrick 17-2-2021 05:21 PM
hakim belom tentu bapak dia..kalau ada lg episod mungkin masa tu ean bgn ke tekejut ke..hahhaha
Quote giyomi 17-2-2021 06:15 PM
akak tak pernah tengk and tak rasa nak tengok. so next pls
Quote Boomibulat 17-2-2021 06:36 PM
Best sgt ke drama pkl 7 ni..?
Quote epuepy 17-2-2021 06:37 PM
Ntah2 mika tu anak pak majid. Pak majid kn playboy..
Quote ashilalat 17-2-2021 07:11 PM
Ilham daripada stadium ffira mikah kat kuala nerang nun ke?
Quote himun_hino 18-2-2021 06:53 PM
ada 1 persoalan

juwita perempuan yg careless n sign everything even tukar nama her shares.
selepas curi2 rampas shares juwita di awal cerita, azlan halau juwita rampas kereta dan rumah.

share yg dirampas tadi dirampas lagi secara curi2 oleh mama ruhila sbb
azlan careless jugak so,
mama ruhila jd pemegang saham terbesar.

akhir cerita,
"uncle" juwita dari oversea pulangkan 5% shares so, juwita jadi
ceo semula dan balik ke office dgn riang gembira.

persoalannya,
how come 5% jadi the biggest shares ??
Quote jeligoreng 23-2-2021 03:09 PM
Edited by jeligoreng at 23-2-2021 03:13 PM
himun_hino replied at 18-2-2021 06:53 PM
ada 1 persoalan

juwita perempuan yg careless n sign everything even tukar nama her shares.

I think tak silap i 5% tu tambah kepada Juweta's exisiting shares. 5% tu hadiah dari ayah Juweta kepada Pakcik tu.



Quote jeligoreng 23-2-2021 03:12 PM
Edited by jeligoreng at 23-2-2021 03:14 PM
awanysss replied at 17-2-2021 04:16 PM
okay la ending cerita ni.. better dr adelia sofea..
yg samanye, suka tak cerita motif dendam..
si  ...

I rasa ciksalmah ni tuntut dok claim harta tu sebab Azlan tu jadi pak sanggup. And dia bagi ila kawin dengan Azlan sebab azlan "kaya", dia tak tau harta tu semua harta juweta. orang tamak ni memang ingat harta orang tu harta dia. i pernah jugak tengok drama korea yang dia ambik duit orang lepas tu dia claim tu duit dia haha i get the same energy from ciksalmah


but plot twist dia not bad la. i ingat awal-awal ila tu innocent, patut dia resah semacam
Quote awanysss 23-2-2021 03:21 PM
jeligoreng replied at 23-2-2021 03:12 PM
I rasa ciksalmah ni tuntut dok claim harta tu sebab Azlan tu jadi pak sanggup. And dia bagi ila ka ...

tak logic beb, sbb benda ni start sebelum tu lg..
sebelum ila mengandung lg.. (kalau ikut plot dia la, sejak dr si akim rogol ila lg)
pastu mana makcik salmah tahu yg juweta nak bela budak tu, ila pun tak tahu mula2 laki dia yg bela budak tu..
and lg satu, makcik salmah siap marah juweta depan2, ckp harta tu patut dia yg dpt, as in dia ex bapak juweta gitu haha

tp biasalah, cite budak ijat mmg selalu camni.. tunggu la kot ada sambungan kedua, nak cerita apa plan akim ngan makcik salmah sebenarnya..
Quote melnanzz 23-2-2021 08:13 PM
himun_hino replied at 18-2-2021 06:53 PM
ada 1 persoalan

juwita perempuan yg careless n sign everything even tukar nama her shares.


Mungkin share Azlan 40%
Share Juwita 38%
Baki 22% adalah diagihkan kepada minor investor2 lain termasuklah uncle Juwita yang ada 5% miliknya.
Masa ni Azlan adalah majoriti shareholder.

Kemudian uncle Juwita jual share 5% kepada Juwita jadi share Juwita menjadi 43%
Sekarang Juwita adalah majoriti shareholder.
Quote melnanzz 23-2-2021 08:16 PM
Ok... bapak Mika is Akim.
Fine.
Tapi apa motip Akim rogol Ila?
Akim ada tak puas hati dgn Ila dan Ean ke?
Bukan ke Akim dendam dekat Juwita?
Yang pi rogol Ila tak pasal2 tu apa kes?
Quote himun_hino 24-2-2021 01:39 AM
jeligoreng replied at 23-2-2021 03:09 PM
I think tak silap i 5% tu tambah kepada Juweta's exisiting shares. 5% tu hadiah dari ayah Juweta k ...

juwita mana ada shares anymore sejak azlan songlap all her share (tipu sain)
sila review siri azlan halau juwita dari office.
he got everythings by that time.

Quote Namasayaomel 15-3-2021 10:43 AM
{:love Spread love

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:30 AM GMT+8 , Processed in 0.052287 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top