CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pengusaha Asam Boi Buat Laporan Polis, Nafi Penjual Air Kelapa Rohingya Pekerja Mereka

18-2-2021 02:00 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 2784| Komen: 2|Original author: Oleh: natrahn

Description: Pengusaha Asam Boi Buat Laporan Polis Nafi Penjual Air Kelapa Rohingya Pekerja Mereka


Akhir-akhir ini menjaja makanan berhampiran lampu-lampu isyarat sekitar jalan raya telah menjadi trend. Terbaru viral di media sosi@l peniaga warga Rohingya menjual air kelapa pada harga RM5 secawan di persimpangan Sierra 16,Puchong. 

Loading FB Post...

Menerusi video itu dapat dilihat bagaimana air kelapa itu disediakan dengan hanya beralaskan plastik dan ianya dilihat kurang bersih. 


Kredit foto: Facebook Anwar Syafiq

Lalu, video itu mengundang kemarahan orang ramai dan ada yang mengatakan warga asing itu sebenarnya bekerja dengan seorang peniaga warga tempatan. 

Kredit foto: Facebook Anwar Syafiq

Walaubagaimanapun, pengusaha berkenaan menafikan sekerasnya bahawa warga Rohingya itu pekerja mereka dan menyatakan tidak terlibat dengan penjualan air kelapa terbabit.

Kredit foto: Facebook Info Semasa Dalam Dan Luar Negara

Pengusaha Asam Boi itu turut menerima pelbagai ugutan dan makian dari orang ramai selepas nombor telefon peniagaannya tersebar. Susulan itu, beliau  terpaksa membuat laporan polis untuk membersihkan namanya.


Kredit foto: Facebook Info Semasa Dalam Dan Luar Negara

Meninjau ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia tidak mahu kerajaan mengizinkan lagi kemasukan warga asing umumnya dan pelarian Rohingya khasnya dan mendesak kerajaan mengusir keluar pelarian Rohingya yang sudah berada di Malaysia.

Kerajaan perlu mencari jalan penyelesaian untuk menangani isu pelarian Rohingya ini. Sudah sampai masanya untuk kerajaan bersikap tegas dan tiada lagi tolak ansur dengan pelarian Rohingya. 

Selain itu, aktiviti jual beli makanan di kawasan itu bukan sahaja menganggu aliran trafik, malah turut membahayakan keselamatan penjaja dan pembeli serta pengguna jalan raya yang lain. -CARI


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 18-2-2021 04:18 PM
Parashit hina
Quote LadyCarefree 18-2-2021 04:48 PM
Siap ada anak bini kt sini. Senangnya pati kt negara ni xkena tangkap xkena deport.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.040736 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top