CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tenung 'GF' Orang, Lelaki Ditikam Di Leher Dengan Pisau Stik

10-1-2021 08:41 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3393| Komen: 5

Berang teman wanitanya ditenung dan dimaki pelanggannya, cef di sebuah restoran di United Kingdom menikam lelaki itu.

Akibat perbuatannya itu, Fabio Montoya, 27, dipenjara tiga tahun sembilan bulan selepas menusuk leher pelanggan restoran La Barra di Walworth, di selatan London.



Kredit foto: The Sun

Mahkamah Inner London Crown diberitahu, Montoya yang menetap di Britain sejak lapan tahun lalu menikam leher, Diego Olave menggunakan pisau stik pada 27 September lalu kerana mangsa merenung wajah teman wanitanya selain memanggil wanita itu sebagai pelacur.

Difahamkan, tusukan pisau itu tidak mencederakan saluran arteri darah utama mangsa, namun alat itu turut digunakan dalam cubaannya mencacatkan wajah lelaki itu.

Pendakwa raya Gareth Munday berkata, pada kejadian jam 12 tengah hari itu, mangsa memasuki restoran itu dengan rakannya dan duduk di tepi tingkap sambil minum arak dan merenung wanita itu.


Mahkamah diberitahu, Montoya mendekati Olave dan meminta lelaki itu berhenti merenung teman wanitanya, tetapi mangsa memberikan reaksi kasar dan menghina mereka.

Olave diminta meninggalkan restoran berkenaan, namun lelaki terbabit sempat memanggil teman wanita Montoya sebagai pelacur atau jalang dalam bahasa Sepanyol membuatkan Montoya berang dan bertindak menikam Olave.

Montoya kemudian kembali ke restoran itu untuk meminta maaf dan mengembalikan pisau dan membayar bil.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 10-1-2021 10:42 AM
Kerana pompuan
Quote MsKathryn 10-1-2021 03:17 PM
Bagus la dia pertahankn gf tp kesian kena penjara.... yg kurang ajar tu lelaki celaka yg suka hati panggil gf org pelacur.
Quote dudaberhias 10-1-2021 03:21 PM
pelanggan maki2?
iols dah nampak yang mana satu salah...
adan ukeee yang kena tikam...

manusia ni ada kesabarannya...
takkan la ko nak maki orang padahal ko mengcekik benda rm200 ke bawah je pun...
hati perasaan orang tu takkan nilai banyak tu je...
Quote namemysoul 11-1-2021 12:29 AM
Lps nie pokok dah insop x brani tenung aweks..
Quote ArnabAtasBulan 11-1-2021 09:18 PM
kuangajaq, padan muka kena tikam. tapi kesian kat si boipren pulak.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 12:02 PM GMT+8 , Processed in 0.216466 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top