CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

COVID-19: Malaysia Kesan Mutasi Baharu Virus A701V

24-12-2020 02:46 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5831| Komen: 31


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan mengesan mutasi baharu virus COVID-19 di Malaysia, yang dikenali sebagai A701V, hasil kajian terhadap sampel dari Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata mutasi itu dikesan hasil ujian terhadap 60 sampel daripada kluster Benteng Lahad Datu.

Katanya, Kementerian Kesihatan belum dapat menyimpulkan sama ada mutasi baharu itu memiliki tahap kebolehjangkitan yang tinggi atau bersifat 'ganas'.

"Ogos lalu, kita mengesan mutasi virus D614G di Kedah melalui kluster Sivagangga, selain ia turut dikesan di Johor di dan Sabah.

"Hasil ujian daripada 60 sampel daripada kluster Benteng Lahad Datu pula, kita mendapati terdapat juga mutasi A701V, yang turut pernah dikesan di Afrika Selatan, Australia dan Belanda.


"Bagaimanapun, kita belum dapat pastikan impak kesihatannya, sama ada mutasi A701V ini memiliki kebolehjangkitan yang tinggi atau bersifat 'ganas' seperti D614G," katanya pada sidang media mengenai COVID-19 di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, virus COVID-19 akan sentiasa bermutasi, namun apa yang perlu diberi tumpuan ialah sama ada mutasi baharu itu memiliki impak kesihatan yang lebih besar, berbanding varian sedia ada.

"Contohnya seperti mutasi D614G didapati memiliki 10 kali lebih jangkitan. Begitu juga varian baharu di United Kingdom (UK) dikenali sebagai VUI-202012/01, yang dikatakan 70 peratus lebih mudah berjangkit.

"Kementerian Kesihatan sedang memantau kesan mutasi baharu A701V ini, dari segi sama ada ia memiliki kesan pada keberkesanan vaksin, kadar kebolehjangkitan meningkat dan keganasan virus ini," katanya.

Kementerian Kesihatan mengesan mutasi baharu virus COVID-19. - Foto hiasan


Ditanya sama ada kerajaan akan menambah kembali tempoh kuarantin individu dari luar negara kepada 14 hari, berbanding 10 hari susulan penemuan mutasi baharu di UK, Dr Noor Hisham berkata, kerajaan masih kekal dengan tempoh 10 hari.

"Kajian menunjukkan tidak banyak beza antara kuarantin selama 10 hari atau 14 hari kerana kebanyakan kes yang dijangkiti virus itu akan bergejala atau boleh dikesan pada minggu pertama.

"Jika lihat varian baharu di UK, Malaysia masih mengekalkan sekatan masih dijalankan membabitkan 23 negara, dan individu dari negara terbabit akan kekal disaring dan dipantau selama 10 hari," katanya



Sumber : HarianMetro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 24-12-2020 05:35 AM
Ermmm.. Seram lak bila pikir.. Dah lah org dah sibuk kuar p bercuti, balik kampung bagai
Quote Aerhys 24-12-2020 07:33 AM
Please kuarantin mereka yg tiba dari negara2 berisiko di pusat2 kuarantin... I don't trust quarantine at home. And please tighten our securities around the borders from PATI.
Quote Belibis 24-12-2020 07:49 AM
Aerhys: Please kuarantin mereka yg tiba dari negara2 berisiko di pusat2 kuarantin... I don't trust quarantine at home. And please tighten our securities aroun ...

Dalam sibuk PKP sana PKP sini...satu perkampungan PATI di tanah tinggi wujud sejak setahun..lawak atau seram?
Quote Mina2215 24-12-2020 07:49 AM
Vaksin yang akan dibagi nanti ni cover strain mutasi2 ni ke tak? Ada penjelasan ke
Quote salmon-suki 24-12-2020 09:00 AM
Ai dunno laa,"ganas" in terms of kebolehan virus ni membunuh atau sekadar cepat jangkit je? Tgk ramai y pulih,dats mean virus ni x ganas sgt laa..and death rate pun bukannya tinggi,which is over 100per day..so,sbb tu mcm org dah tak kisah pun..

Unless new variant ni lagi agresif n mnyebabkan death rate tinggi,ai rasa baru org akan beringat2..kalau sekadar jangkit jah,n org mati pn sbb diabetis,lelah,sakit jantung etc,org akan anggpa virus beshe2 jah..
Quote zacks 24-12-2020 09:04 AM
Aerhys replied at 24-12-2020 07:33 AM
Please kuarantin mereka yg tiba dari negara2 berisiko di pusat2 kuarantin... I don't trust quarantin ...

ban jugak depa2 dari KL & Selangoq ni.

center of virus spreading
Quote hyunniesSS501 24-12-2020 09:12 AM
mutasi A701V ini memiliki kebolehjangkitan yang tinggi atau bersifat 'ganas' seperti D614G


ermm.. takot lah
sekarang ni kalau tak takut ngan covid rasa macam tak normal plak
boleh kena hencap seeumur hidup
Quote haryatie 24-12-2020 09:41 AM
Komplek D,  Putrajaya da makin pnas
KSM n KDN da ada yg positif, beberapa org la jugak, staff n cleaner
risau niiii..
Quote Aerhys 24-12-2020 09:44 AM
Belibis replied at 24-12-2020 07:49 AM
Dalam sibuk PKP sana PKP sini...satu perkampungan PATI di tanah tinggi wujud sejak setahun..lawak  ...

Mungkin boleh tanya jabatan imigresen dan konco konconya
Quote Boomibulat 24-12-2020 09:44 AM
Belibis replied at 24-12-2020 07:49 AM
Dalam sibuk PKP sana PKP sini...satu perkampungan PATI di tanah tinggi wujud sejak setahun..lawak  ...

marah..senang2 je bina penempatan kat situ..siap ada baby 2,3 bulan lahir kat situ
Quote Belibis 24-12-2020 09:48 AM
Boomibulat replied at 24-12-2020 09:44 AM
marah..senang2 je bina penempatan kat situ..siap ada baby 2,3 bulan lahir kat situ

Kalau kata rasuah sebagai punca..ada yang melenting.hakikatnya apa???
Quote Redmyvi 24-12-2020 09:53 AM
Semoga kita semua terpelihara dari penyakit ni.. seram lak rasanya macam2 mutasi baru jumpa..
Quote husna_amal 24-12-2020 09:55 AM
Versi mutasi ni dah ada kat Malaysia. Mungkin lebih parah la kes covid ni
Quote Aerhys 24-12-2020 09:57 AM
zacks replied at 24-12-2020 09:04 AM
ban jugak depa2 dari KL & Selangoq ni.

center of virus spreading

Dah terlambat. Semua dah terlepas ke seluruh negara bercuti sempena Krismas. Bertabahlah.
Quote gigahertz 24-12-2020 11:32 AM
Aerhys replied at 24-12-2020 01:57 AM
Dah terlambat. Semua dah terlepas ke seluruh negara bercuti sempena Krismas. Bertabahlah.

[youtube]1eGP_5H5hh0[/youtube]
Quote Artemesiaa 24-12-2020 11:43 AM
Katanya varient baru ni lebih mudah menyerang kanak2.  
Quote Mamason 24-12-2020 11:44 AM
haryatie replied at 24-12-2020 09:41 AM
Komplek D,  Putrajaya da makin pnas
KSM n KDN da ada yg positif, beberapa org la jugak, staff n cle ...

Serious kaa weh??
Quote ina_na 24-12-2020 12:12 PM
Artemesiaa replied at 24-12-2020 11:43 AM
Katanya varient baru ni lebih mudah menyerang kanak2.

Ye kanak2 dan golongan muda.. Takut kan.. Kn cr habatulsaudah standby banyak2 ni.. Tuk anak2 kita..
Quote cmf_premierleag 24-12-2020 08:06 PM
skali pandang nama ni mcm Proton X70

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.117411 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top