CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Mereka Yang Jatuh Langgar Sesama Mereka, Buat Apa Kami Susahkan Diri?" - Polis

10-12-2020 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 13181| Komen: 128

Pelbagai tanggapan dibuat apabila tular gambar motosikal terbaring di tepi jalan.

Malahan senario itu membuatkan netizen meninggalkan komen berbaur kecewa terhadap pihak polis, semuanya gara-gara kejadian ketika Op Samseng Jalanan yang dijalankan polis trafik baru-baru ini.


Bagi mendapatkan kepastian, mStar menghubungi salah seorang remaja berusia 18 tahun yang terbabit dalam kejadian itu.

Seorang remaja berusia 18 tahun yang terbabit dalam kejadian itu, Ahmad Razali mendakwa motosikal yang dilihat terbaring di tepi jalan itu ditendang polis pada hari kejadian.


Kredit Foto: mStar

"Kalau boleh lihat dalam gambar itu, motosikal yang terbaring di tepi jalan itu adalah disebabkan ditendang pihak polis, manakala kami diarahkan untuk duduk dan tidak boleh mengeluarkan telefon.

"Saya tak sangka pihak polis boleh buat macam tu," dakwanya lagi.


"Saya ditahan kerana tidak mempunyai lesen. Sebenarnya dah banyak kali saya kena tahan, tapi kali ini lain macam sikit caranya," ujarnya sambil menambah mereka yang ditahan diarah menolak motosikal mereka ke balai polis berhampiran sejam selepas ditahan kira-kira pukul 5 petang pada 6 Disember lalu.


Kredit Foto: mStar

Menurut laporan di akaun Facebook Polis Daerah Nilai, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di Negeri Sembilan telah menjalankan Op Samseng Jalanan di Tasik Senangin, Lenggeng di negeri berkenaan, Ahad lalu.

Hasil operasi tersebut, polis mengeluarkan saman kepada mereka yang melanggar undang-undang, selain menahan beberapa motosikal dan individu di atas pelbagai kesalahan yang dilakukan.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Nilai, Asisten Superitendan Mohd Hafidzal Zainal Abidin menafikan kejadian.

"Tidak berlaku sebarang kejadian tendang-menendang motosikal pun pada hari operasi tersebut.

"Itu hanya provokasi sahaja, dan sudah menjadi kebiasaan menerima komen-komen negatif seperti itu," jelasnya.

Tambahnya lagi, motosikal yang dilihat terbaring di bahu jalanan itu adalah disebabkan mereka ingin melarikan diri dan melanggar sesama mereka kerana semua jalan tikus ditutup pihak polis.

"Mereka yang langgar sesama mereka, bila dah jatuh, kami biarkan sahaja motosikal itu.

"Buat apa kami nak susahkan diri nak tendang motosikal itu semua," katanya.


Sumber: mStar
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 10-12-2020 04:13 PM
Dah banyak kali kena tahan pun masih tak serik, dapatkanlah lesen menunggang motorsikal bukannya susah kalau dah biasa bawa.
Quote shernazz 10-12-2020 04:16 PM
Selayaknya lah kalau polis nak tendang pung
Hahaha..
Banyak kali buat salah dah...degil bebenor ni
Quote lattehazelnut 10-12-2020 04:16 PM
Percaya lah ckp mat rempit ni.. kalau motor tegak boleh gak la cilok lari rempit masuk semak kan..
Quote shernazz 10-12-2020 04:17 PM
Polis malas nak layan bebudak ni..
Quote sharlenetexas 10-12-2020 04:20 PM
Ingat lagi takbir malam raya kat kota tinggi hari tu
Quote Nnasda53 10-12-2020 04:21 PM
Dah degil sangat itulah makan nya pun.
Quote sukacactus 10-12-2020 04:22 PM
Yg viralkan pic motor terbaring tu dah kenapa
Kalau budak2 motor tu ada salah kita nak bela juga ke
Mcm polis tu cakap la, buang masa je
Quote Normabaru 10-12-2020 04:23 PM
Time2 covid ni la korang nk merempit.. Hmm.. Xphm btol perangai masing2..
Quote saviour_09 10-12-2020 04:23 PM
alasan mat rempit tak pernah tak bodo

terang2 ko buat salah, taichi pulak ke org lain
Quote sarah82 10-12-2020 04:23 PM

"Saya ditahan kerana tidak mempunyai lesen. Sebenarnya dah banyak kali saya kena tahan, tapi kali ini lain macam sikit caranya,"

Selayaknya ang kena penerajang dik oii.
Quote nazzse 10-12-2020 04:23 PM
Padan muka
Sendiri cari masalah, mendapatlah
Quote aechae 10-12-2020 04:24 PM
Umur dh 18 xreti2 nk amek lesen sndri ke? Tegar dia btau sblum2 dh kna tahan tp x serik2..
Quote prettyuglybabe 10-12-2020 04:28 PM
kalau betul polis tendang, selayaknya la..
Quote baghal_bortuqal 10-12-2020 04:30 PM
rempit sial hati tisu muto kene tendang?


gi mampos la kauuuuu.... prrfthhhhhhhh
Quote kucingitam 10-12-2020 04:43 PM
elok polis tendang mat rempit ni, bukan tendang motor je..terang2 ngaku takde lesen...ingat nak bagi layanan kayangan?
Quote husie91 10-12-2020 04:48 PM
Aku tahu sgt bdk3 kwsan lenggeng ni.. bak kata org noghori.. begar dogil bdknyaaa
Quote Skuau 10-12-2020 04:58 PM
ok la tu...polis tak pakai sniper lg.
Quote tikusmontok 10-12-2020 05:02 PM
selayaknya la kena penerajang, elok terajang muka kau sekali
Quote aderaderker 10-12-2020 05:07 PM
Tendang ngan tuan motor sekali,  dah dua tiga kali kena tahan pun ko buat derk jah pun kan...

Lihat semua komen(128)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.094506 second(s), 53 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top