CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Pilot Kacak Merasa La Viral Sampai Menteri Pun Datang, Cuba Kalau...

10-12-2020 01:35 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8522| Komen: 48|Original author: Oleh: Cari-Azza



Beribu-ribu individu kehilangan kerja akibat pandemik Covid-19 dari pelbagai sektor seperti penerbangan, pelancongan, perhotelan dan sebagainya.

Namun, mereka bangkit meredah keperitan, walaupun terpaksa membuat kerja di luar bidang mereka misalnya pemandu pelancong menjadi penghantar makanan dan sebagainya.

Paling tular pastinya seorang juruterbang muda yang membukai gerai burger dan menjadi tumpuan media cetak dan media sosial. Dasyatnya kuasa tular apabila tidak menang tangan menerima tempahan. Malahan menteri dan artis turut mencuba burger tersebut.

Persoalannya, mengapakah tumpuan hanya diberikan kepada golongan profesional semata-mata? Tidak layak kah golongan lain yang turut terkesan dengan pandemik ini?


Atau, adakah sikap kita yang membuatkan persepsi sebegini semakin menjadi-jadi?


Foto :Twitter

Bagi Asyesha, dia hanya mahu memperjuangkan golongan yang lebih terkesan seperti mereka yang bekerja di panggung wayang, kilang dan sebagainya. Memandangkan juruterbang itu sendiri pernah menyatakan yang dia boleh menampung kehidupannya selama tiga tahun tanpa pekerjaan. Jadi, mengapa media tetap memberi tumpuan luar biasa terhadap mereka?

Jawapan mudah warganet ialah media mengejar cerita yang sensasi, ditambah dengan pakej paras rupa dan kerjaya itu sendiri.

Foto : Twitter

Dek kerana tularnya cerita itu, menteri dan artis turut turun padang mencuba burger yang dikatakan tiada di Malaysia.


Foto : IG

Foto : IG

Bagaimanapun, ada yang menyatakan itu adalah rezeki mereka. Jika bukan kerana kacak atau kerjaya yang dimilikinya pun, itu kerana strategi yang telah digunakan sejak dahulu lagi.


Foto : Twitter

Jadi, adakah kita harus berterusan memberikan perhatian kepada individu tertentu sahaja tentang kisah bangkit kembali ini atau memberi peluang kepada mereka yang marhein juga?

Pastinya kasut kita dan mereka tidak sama, kan? - CARI
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 10-12-2020 02:00 PM
Mamat tu wife dia mcm bawah piawai je.. Ops
Quote Buritan 10-12-2020 02:01 PM
Emmm... golongan marhaen cam keje kilang kena buang koje nangislaa sensorang.. nobody cares
Quote bluebutter 10-12-2020 02:14 PM
Normabaru replied at 10-12-2020 02:00 PM
Mamat tu wife dia mcm bawah piawai je.. Ops

Tak baiiikkkkk tau...


Haha.
Quote Kahla 10-12-2020 02:21 PM
Normabaru replied at 10-12-2020 02:00 PM
Mamat tu wife dia mcm bawah piawai je.. Ops

Jahattt!!


Tapi.... Mcm betul jugak. Ops
Quote little_sis 10-12-2020 02:22 PM
Lumrah hidup...
Quote helicornia 10-12-2020 02:26 PM
pakai tshirt vs uniform berubah terus muka dia
Quote RatuDunia94 10-12-2020 02:35 PM
Normabaru: Mamat tu wife dia mcm bawah piawai je.. Ops


Selari lah dgn drama tempatan yach.. pilot x memilih rupa dan x kisah walau bini anak penjual nasi lemak..
Quote mamajawie 10-12-2020 02:40 PM
bese la..geng kayangan slalu dpat limelight..yg cam haku ni keje kilang je xde la muntri nk dtg kilang tgok dak2 kene buang keje nih
Quote TomyamPuteh 10-12-2020 02:45 PM
Kt umah aku ni dh naik dh gerai sate paramugari. Aku dok intai2 bayang paramugarinya pon x nampak tang mana.
Quote Belibis 10-12-2020 02:56 PM
TomyamPuteh: Kt umah aku ni dh naik dh gerai sate paramugari. Aku dok intai2 bayang paramugarinya pon x nampak tang mana.

Entah2 pramugari pencen.dag kertu.ha ha
Quote Kurex 10-12-2020 03:10 PM
Biasalah, sedangkan pkp digunapakai utk marhaen je... Btw muka pilot ni iras2 dak aihhhhh syed
Quote Normabaru 10-12-2020 03:14 PM
bluebutter replied at 10-12-2020 02:14 PM
Tak baiiikkkkk tau...



Hamboii haha org. Tak baik la

Haha blk
Quote Normabaru 10-12-2020 03:16 PM
RatuDunia94 replied at 10-12-2020 02:35 PM
Selari lah dgn drama tempatan yach.. pilot x memilih rupa dan x kisah walau bini anak penjual na ...

Ni drama sinetron mana satu dik? Kini dah setarap laaa penjual beger dgn nasi lemak

level drama.bkn biashe2
Quote Normabaru 10-12-2020 03:17 PM
Kahla replied at 10-12-2020 02:21 PM
Jahattt!!



Eh jahat jugakkk!


Ops
Quote chandrahusin 10-12-2020 03:51 PM
Mcm kwn pempuan aku niaga char kuey tiow
Sekali dlm grup sekolah kwn sibuk promote kedai makan ex stewardess
Kecik ati kwn tu.. takde sapa promote kedai dia
Quote LadyCarefree 10-12-2020 03:57 PM
Haritu lg iols dh ckap stop bg limelight kat diorang ni semua.

Quote Artemesiaa 10-12-2020 04:07 PM
Sebab pekerjaan macam tu ramai yang masih banggakan jadi ramailah wartawan suka buat liputan sekadar pekerja biasa siapalah nak pandang.  Melainkan kabel kuat ada wartawan jadi kawan boleh ler kena highlight macam tu.
Quote hady_vit 10-12-2020 04:45 PM
what u expect set set crew n pilot ni,

BILA BEKERJA BERLAGAK POST TRAVEL KE SANA SINI DGN BRANDED STUFF. HADAP PUJIAN

BILA DI BERHENTI, STILL LAGI HADAP PUJIAN, WALAPUN BUKAK KEDAI BURGER TEPI JALAN PUN
Quote Cicisweets 10-12-2020 04:46 PM
Bg aku dah rezeki org tu dpt limelight,tah payah la dok berdengki.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.041390 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top