Pasti ramai pernah melihat situasi dimana kanak-kanak meraung meminta telefon pintar atau gajet daripada ibu bapa mereka. Hal ini kerana segelintir ibu bapa sering memberikan gajet kepada anak untuk mengelakkan daripada mereka merengek. Malah, ada juga daripada mereka yang memiliki telefon pintar sendiri.
Fenomena ini sebenarnya sangat membimbangkan. Memang betul gajet boleh ‘mendiamkan’ dan melekakan kanak-kanak, namun ia kelihatan menyedihkan kerana menyebabkan mereka tidak mengendahkan keadaan sekeliling. Situasi ini juga berlaku kepada seorang kanak-kanak perempuan yang dilihat sedang leka bersama telefonnya ketika makan menerusi sebuah video dimuat naik di laman Instagram iaitu @gilatube. Jika diperhatikan, bapa kanak-kanak itu telah memberikan makanan kepada adik dan dirinya. Namun, lain pula yang jadi apabila dia terlalu leka sehingga tidak perasan bapanya telah menyuapkan sebuah kepala pengecas ke dalam mulut.
Ekoran itu, kanak-kanak perempuan tersebut telah bertindak memukul bapanya dan menangis gara-gara terkejut dengan situasi disuap pengecas terbabit. "Siapa suruh main fon, kan dah kena. "Bahaya tau bagi makan charger, takut anak dia bertukar jadi phone," antara komen warganet. Walaupun ramai terhibur dengan perkongsian itu, ada juga mempersoalkan tindakan kanak-kanak berkenaan tidak menghormati bapanya.
|
mawar_mustika replied at 9-12-2020 03:30 PM
anak2 saudara i yg kecik2 tu klu dh ngadap phone serius mmg xhirau kiri kanan...kiteorg skrg mmg had ...
kroit92 replied at 9-12-2020 06:49 PM
aku pun pantang budak jenis macam ni.
kita panggil elok2, buat bodo je main phone. panggil seka ...
anony-mous replied at 10-12-2020 01:05 AM
Kalau mak bapak xajar, x ada nya jd mcm tu. Ni mesti parent malas nk layan ank masa mkn, paling muda ...
mawar_mustika replied at 10-12-2020 10:46 AM
sometime bukan mak ayah yg ajar...mcm anak saudara i..si kakak ms kecik mmg ketagih tu sbb adik2 i ...
ADVERTISEMENT