Siapa tidak sakit hati dan sedih apabila anak sendiri sewenang-wenangnya dihina orang lain. Begitulah dialami penyanyi Indonesia, Tegar apabila menerima komen berbaur penghinaan terhadap anak sulungnya menerusi Direct Message (DM) di Instagram.
Menerusi saluran YouTube isterinya, dia dan Sarah Sheilka turut berkongsi pesanan audio individu terbabit yang memanggil anaknya dengan kata-kata kesat termasuk anj*ng, b*b* dan bangs#t. Sarah tidak menyangka seorang ibu dan mempunyai anak tergamak berbicara sedemikian. Katanya, mereka memuat naik tangkap layar perbualan mereka di Instastory sebagai pengajaran supaya individu terbabit tidak berbicara seperti itu lagi terhadap orang lain.
"Dua hari kemudian, mungkin dia diserang netizen dan mengirim DM kepada saya, memohon maaf. Saya maafkan dia kerana semua orang melakukan kesalahan dan tiada manusia yang sempurna," kata Sarah. Apa masalah wanita itu menyamakan anak orang lain mirip b*b*? - CARI |
Kurex replied at 9-12-2020 11:03 AM
Muka tegah ni macam muka budak2 motor yg sukan melepak bawah flat
ADVERTISEMENT