CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ain Sufia Bengang Penunggang Selamba Kayuh Tengah Jalan, "Dahlah Tengah Bukit"

7-12-2020 05:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12433| Komen: 84

Pelakon dan pelawak Ain Sufia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap segelintir penunggang basikal yang mementingkan diri sendiri dengan menggunakan laluan tengah jalan raya.


Kredit foto: IG Ain


Lebih kesal, kata Ain tindakan sedemikian dianggap tidak menghiraukan keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

"Kita kan kongsi jalan yang sama. Aku tak marah yang kat tepi tu, aku marah yang kat tengah tu. Dah lah kat tengah bukit.

"Nak hobi bawa basikal ker motorbot waima bawa kapal selam sekalipun jangan sampai membahayakan keselamatan diri dan orang lain," tulisnya di Instagram.

Dalam sepotong video pada entri sama, Ain turut mengeluh dengan tindakan sekumpulan penunggang basikal yang tidak mengendahkan keselamatan diri ketika melakukan aktiviti tersebut.

Keluhan Ain itu mendapat reaksi dan sokongan dari pengguna Instagram dan bersetuju dengan pandangannya.




Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata penunggang basikal termasuk untuk tujuan riadah perlu menggunakan laluan yang lebih sesuai dengan keperluan mereka.

Malah, kumpulan itu perlu mengelakkan lebuh raya dan jalan yang sibuk untuk beriadah.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman Facebook rasminya, menjelaskan bahawa individu yang menunggang basikal di laluan yang tidak dibenarkan boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara tiga bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.


Sumber: Gempak

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LautBiru52 7-12-2020 05:27 PM
Betul sangat. Sudahnya kita kena la beratur beramai-ramai belakang depa ni semua. Bila kita hon tau pulak menjeling. Hek eh dia ni {:dot
Quote epalgebuu 7-12-2020 05:28 PM
mangkok2 ni mmg menyusahkan org.. igt ni jalan mcm bapak dia punya.. kalo aku pon hangin
Quote LostStar 7-12-2020 05:30 PM
dekat bukit jalil ni ada sorg.. kayuh line paling kanan dan slow.. mule igt mabuk.. lepastu bnyk kali nampak gitu jekkk.. sah! sah tak boleh bawak bincang punya orang.. ingat dia betul!
Quote LadyCarefree 7-12-2020 05:37 PM
iols jarang maki tp jenis menyusahkan orang macam ni memang ter s i a l a n
Quote sharlenetexas 7-12-2020 05:40 PM
Who is she? Who r yusss?

Bila habis trend basikal, trend apa pulak pas ni? Asalkan tak menyusahkan orang.
Quote prizadane 7-12-2020 05:45 PM
walaupun aku tak kenal Ain Sufia ni langsung, tapi aku setuju la apa dia cakap dia.
Acah acah cyclist ni memang selfish n ketegaq.
Semalam aku baru je hon one group of cyclist ni kat Eco Ardence area Setia Alam ni. Jalan tu 3 lane, tapi geng diorang je sampai blok 2 lane. dah kita lak naik kereta kena beralah. bila aku hon, masing masing buat tak tahu je n sorang cyclist tu acah-acah nak masuk ke lane aku.
Eco Ardence ni ada je laluan basikal, tapi jalan raya gak diorang nak guna.
Quote beatgirlX 7-12-2020 05:49 PM
Aku memahami perasaan diaa...
Quote Sweethtooth 7-12-2020 06:00 PM
i memang menyampah dgn geng2 cycling yg acah2 woke, 'look at me' ni. sekian. masa kecik2 i pon main beskal gak. takde la riak cenggini. heheh
Quote delia3003 7-12-2020 06:08 PM
Sah2 jalan 1 lorong, memang menyusahkan pengguna lain. 1 hal  pulak nak follow diorang sebelum tunggu opposite direction, clear baru boleh potong
Quote sehirkedi 7-12-2020 06:16 PM
Di tengah kota KL bersepah yg buat perangai macamni. Dahla kayuh basikal pun tergigil-gigil, tergegot-gegot kanan kiri kat tengah jalan antara bas yg tengah lalu. Kita pulak terpaksa perlahan kereta dan jaga dia supaya tak terjadi malapetaka. Ada tu yg siap tahan kereta supaya geng dia  monopoli jalan. Seriuz benci. Nak kayuh pi lah kat taman rekreasi.


Quote tobobon 7-12-2020 06:16 PM
sharlenetexas replied at 7-12-2020 05:40 PM
Who is she? Who r yusss?

Bila habis trend basikal, trend apa pulak pas ni? Asalkan tak menyusahka ...

hahaha...dulu gigih trend running/marathon bagai

sekarang nek beskal la pulak


kejap lagi.. naik motor pulak
Quote Kurex 7-12-2020 06:41 PM
Iols tak kisah dengan syarat yg kayuh tu hensem...
Quote shernazz 7-12-2020 06:43 PM
Kat ldp yang sangat bz pung ada.juga...
Siap kena.hon dengan lori
Kalau mati takajut dengan hon lori..naseb la
Quote bedahmenjuyah 7-12-2020 06:47 PM
Kurex replied at 7-12-2020 06:41 PM
Iols tak kisah dengan syarat yg kayuh tu hensem...

tak ada basikal yg mampu menampong kesadoan zulripin setakat ni.
jadinya mana ada yg main basikal yg hensem.


Quote budaktua 7-12-2020 06:50 PM
basikal mahal hokey..!?
Quote nazzse 7-12-2020 06:56 PM
Bagus post mcm ni, biar sedar diri sikiy yg cah cyclist ni. Menyushkan org betul, dok line tengah bawak slow nk mampos berat punggung punya pasal
Quote Kurex 7-12-2020 07:19 PM
bedahmenjuyah replied at 7-12-2020 06:47 PM
tak ada basikal yg mampu menampong kesadoan zulripin setakat ni.
jadinya mana ada yg main basikal ...

Kayuhan lain yg iols maksudkan
Quote siasia 7-12-2020 07:42 PM
Betul tu. Kita plak yg kena fikir keselamatan dia. Jalan aku nk g keje ni jalan dalam, 2 lorong je. Lori byk. Seriauu aku kalau lori potong diorg ni. Silap cilok lori ni sauk basikal tu ha..
Quote Suchi 7-12-2020 08:35 PM
Walaupun tak kenal dia tp nak gelak dengar dia bebel tu boleh bygkan betapa geram dia.
Yelaa napa la kayuh tgh jalan atas bukit lak tu.

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.114658 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top