CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Dicabul Ahli Keluarga Suami Pada Majlis Perkahwinan, Suami Tengok Je

7-12-2020 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7429| Komen: 21

Description: Tashkent: Malang bagi seorang pengantin wanita di Uzbekistan apabila kehormatannya dicabul selepas keluarga suaminya membuat pemeriksaan demi memastikan sama ada dia masih anak dara.



Tashkent: Malang bagi seorang pengantin wanita di Uzbekistan apabila kehormatannya dicabul selepas keluarga suaminya membuat pemeriksaan demi memastikan sama ada dia masih anak dara.

Menurut portal Eva.vn, insiden berlaku di Urgench, wilayah Khorezm, barat Uzbekistan selepas pasangan itu diraikan dalam majlis penuh meriah mengikut adat perkahwinan masyarakat setempat.

Sebaik majlis selesai, keluarga pengantin lelaki tiba-tiba mempertikaikan kesucian wanita itu sebelum memaksanya masuk ke bilik dan menanggalkan pakaian dalamnya.

Perlakuan tidak bermoral itu dilakukan saudara-mara wanita lelaki itu sambil dirakam dengan kamera telefon bimbit.

Pengantin wanita itu berusaha melindungi dirinya namun kudratnya terbatas dan dia hanya mampu menangis teresak-esak.


Lebih menyakitkan hati, dia dikecam kerana tidak mempertahankan kesuciannya sebelum bernikah namun tiada siapa mahu membelanya termasuk suami yang baru dinikah.

Malah, keluarga pengantin lelaki itu mengugut wanita terbabit supaya membayar kos perbelanjaan majlis perkahwinan mereka bernilai 50 juta Som (RM19,466) jika tidak mahu video pemeriksaan kesuciannya itu disebarkan ke media sosial.

Susulan kejadian, polis menahan mereka yang terbabit.

Siasatan lanjut dilakukan selepas keluarga pengantin wanita membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan ancaman dan tuduhan palsu dilemparkan.

Sementara itu, bapa tiri wanita itu mendedahkan, pengantin lelaki pernah ditahan kerana kes rogol dan rahsia itu baru diketahui selepas pernikahan pasangan itu.

Dalam pada itu, ramai warganet mengecam kejadian itu, malah kebanyakannya membuat andaian insiden itu cuma helah keluarga pengantin lelaki untuk memeras ugut wanita terbabit.



Sumber : hmetro.com.my
1

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (5 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-HBZ 7-12-2020 11:03 AM





Tashkent: Malang bagi seorang pengantin wanita di Uzbekistan apabila kehormatannya dicabul selepas keluarga suaminya membuat pemeriksaan demi memastikan sama ada dia masih anak dara.


Menurut portal Eva.vn, insiden berlaku di Urgench, wilayah Khorezm, barat Uzbekistan selepas pasangan itu diraikan dalam majlis penuh meriah mengikut adat perkahwinan masyarakat setempat.


Sebaik majlis selesai, keluarga pengantin lelaki tiba-tiba mempertikaikan kesucian wanita itu sebelum memaksanya masuk ke bilik dan menanggalkan pakaian dalamnya.


Perlakuan tidak bermoral itu dilakukan saudara-mara wanita lelaki itu sambil dirakam dengan kamera telefon bimbit.


Pengantin wanita itu berusaha melindungi dirinya namun kudratnya terbatas dan dia hanya mampu menangis teresak-esak.


Lebih menyakitkan hati, dia dikecam kerana tidak mempertahankan kesuciannya sebelum bernikah namun tiada siapa mahu membelanya termasuk suami yang baru dinikah.


Malah, keluarga pengantin lelaki itu mengugut wanita terbabit supaya membayar kos perbelanjaan majlis perkahwinan mereka bernilai 50 juta Som (RM19,466) jika tidak mahu video pemeriksaan kesuciannya itu disebarkan ke media sosial.


Susulan kejadian, polis menahan mereka yang terbabit.


Siasatan lanjut dilakukan selepas keluarga pengantin wanita membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan ancaman dan tuduhan palsu dilemparkan.


Sementara itu, bapa tiri wanita itu mendedahkan, pengantin lelaki pernah ditahan kerana kes rogol dan rahsia itu baru diketahui selepas pernikahan pasangan itu.


Dalam pada itu, ramai warganet mengecam kejadian itu, malah kebanyakannya membuat andaian insiden itu cuma helah keluarga pengantin lelaki untuk memeras ugut wanita terbabit.







Sumber : hmetro.com.my
Quote Lolalala 7-12-2020 11:14 AM
Satu family laki tu scammer. Gila main ugut2 macam tu. Macam mana diorg boleh kahwin pun?
Quote susukambingbest 7-12-2020 11:18 AM
Bodohnya lahai. Anak ko pun ada kes rogol, ada hati nk marah menantu dah oenah di tebuk? Jahat giler fil mcm ni, pdahal giler duit. Brcerai je la, dah la laki tu perogol, fil plk kaki peras ugut. Klau stay lg dlm kuarga ni, mau kena dera mental n fizikal
Quote Artemesiaa 7-12-2020 11:23 AM
Kalau betul nak check bawak spital check dengan doktor bertauliah ler ni nampak macam saja nak memalukan supaya dapat memeras si perempuan.  Selayaknya di hukum semua yang terlibat.
Quote amyainsamad 7-12-2020 11:25 AM
eee....mcm2
Quote genUmi 7-12-2020 11:26 AM
sebenarnya nak duit je kan
Quote matchstick 7-12-2020 11:31 AM
Ko kawen dgn keluarga gangster ke ape nih
Quote sukacactus 7-12-2020 11:50 AM
Bagusla 1 family sepakat
Quote newme11 7-12-2020 12:06 PM
family dia dtg dr Zoo kot...
Quote Minami2013 7-12-2020 12:44 PM
Isu semasa ni termasuk isu dari luar negara ke?
Quote LadyCarefree 7-12-2020 01:16 PM
Haish. Kesianlah kalau pompan lemah macam ni.
Quote pxlbb 7-12-2020 01:55 PM
In Tajikistan, Women Often Must ‘Prove’ Their Virginity. The test usually starts with a request from the prospective groom and his parents. But the bride-to-be’s family can exert pressure as well. The result, whatever the test’s stated findings, is a “human rights violation” that damages women psychologically and only strengthens gender inequality, according to the United Nations.

Tajikistan is among some 20 countries that still carry out so-called virginity tests – examinations of females’ hymens to determine whether or not vaginal intercourse has occurred.

No scientific basis exists for this test. The World Health Organization has stated that, no matter what the technique used, “there is no known examination that can prove a history of vaginal intercourse.”

Yet, still, Tajikistan’s state-funded Republican Center for Forensic Medical Examinations continues to issue virginity certificates.

In 2014, the latest year for which data is available, about 600 women applied for a virginity certificate from the Center, the only institution that issues such documents.

While the United Nations has called for such tests to end, the Tajik Ministry of Health states that “virginity testing” is performed only upon request and is not mandatory for a legal marriage.

But in a country with one of Central Asia’s bleakest records for women’s rights, those disclaimers do not always make a difference.

Most often, the procedure is carried out before a wedding. But women also sometimes consult with a doctor after their wedding night if a lack of heavy bleeding after intercourse causes their husbands or in-laws to doubt the new brides’ “chastity.”

In Tajikistan’s still prevalent “culture of silence” about mistreatment of women, the virginity tests are an experience and practice not openly discussed. Most of the individuals interviewed for this article agreed to speak about the tests only on condition of anonymity or if their full names were concealed.

Quote ikanmasin 7-12-2020 02:12 PM
jahat giler.mmg dah plan lah tu..saja nak ugut bagai siap rekod video semua nak duit kan.nsb baik keluarga sebelah perempuan berani dan buat report polis..dah lah lelaki tu ada rekod merogol..
Quote MsKathryn 7-12-2020 02:34 PM
Satu family jahat..
Quote diss69 7-12-2020 02:40 PM
genUmi replied at 7-12-2020 11:26 AM
sebenarnya nak duit je kan

Ye laa tu... Nk duit senang.. Xpyh keje, buat perasugut je
Quote liyamariska 7-12-2020 02:41 PM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...  
Quote husna_amal 7-12-2020 02:50 PM
Wow sibuk sangat nak tahu kesucian orang. Sekali pengantin lelaki lagi teruk perangai.
Quote minah_selekeh 7-12-2020 04:05 PM
Jahatnya! Satu family jahat!
Quote dani-rox 7-12-2020 04:11 PM
pxlbb replied at 7-12-2020 01:55 PM
In Tajikistan, Women Often Must ‘Prove’ Their Virginity. The test usually starts with a request fr ...

Obses sgt dgn virginity org pompuan, yg jantan entah2 menyundal dgn berpuluh2 pompuan bole pulak.


Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.059950 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top