Berikutan memuat naik gambar tayar kereta pecah dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru pada Ahad lalu, ada pengikut mendakwa ia berlaku kerana Sufi Rashid memandu dalam keadaan laju.
Namun, menerusi perkongsian isterinya di Instagram, Nurulain Md Yusof menafikan dakwaan berkenaan. Katanya, kemalangan kecil itu berlaku di PLUS selepas mereka selesai menghantar tempahan pelanggan (COD). "Orang menganggap kami memandu laju sebab tu tayar pecah, tapi bukan sebab laju. "Tayar pecah 15 minit selepas keluar tol Kulai dan Sufi tak bawa laju pun. Lagipun, hujan semalam," katanya di IG Story. Justeru, Nurulain meminta orang ramai berhenti menuduh selain menjelaskan bahawa kereta itu baru dibeli sebulan lalu dan ada kemungkinan tayar berkenaan tamat tempoh. Dalam perkongsian terbaru, Nurulain berkata punca tayar berkenaan pecah disebabkan terkena paku. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|