CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Jual Kekasih Bawah Umur Untuk Beli Makanan

7-9-2020 10:51 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4397| Komen: 15

Remaja berusia 17 tahun tergamak menjual teman wanita sendiri menerusi aplikasi MiChat.

TribunNews melaporkan, suspek dan mangsa, 15, baru tiga bulan menjalin hubungan cinta tetapi sudah tinggal sebumbung di sebuah bilik sewa.



Gambar hiasan

Difahamkan, remaja terbabit ditahan ketika terbabit dalam satu pergaduhan di Pematang Siantar, Sumatera Utara pada Sabtu lalu.

Selepas disoal, mangsa mendakwa sudah sembilan kali dijual kekasihnya menerusi aplikasi MiChat dengan bayaran sekitar 300,000 Rupiah (RM85).

Hasil jualan digunakan untuk menanggung kos kehidupan seharian seperti membeli makanan dan membayar sewa bilik.

Difahamkan, mangsa berkenalan dengan suspek menerusi Facebook sebelum mereka menjalin hubungan asmara.

Bagaimanapun, polis masih menyiasat kes berkenaan kerana telefon bimbit digunakan untuk urusan jual beli itu hilang.


Selepas membuat pemeriksaan, polis percaya kedua-dua remaja terbabit datang dari keluarga bermasalah. Pun begitu, polis sudah menghubungi keluarga mereka, manakala kedua-dua remaja itu kini dilaporkan sedang menjalani pemeriksaan dan sesi kaunseling.

Polis kini memburu seorang lagi suspek yang terbabit dalam pergaduhan berhubung kes penjualan mangsa.

Ketika pergaduhan itu, telefon bimbit remaja terbabit dirampas suspek lain. - CARI

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 7-9-2020 11:01 PM
Ape nk jadi dunia skang.yg jual satu hal
Yg beli pn satu hal
Quote ip_lepat 8-9-2020 02:11 AM
baru tumbuh bulu dah jadi bapak ayam
Quote kuzaime 8-9-2020 06:56 AM
Budak llaki ni ada potensi besar utk jadik bapak ayam
Quote rosasen 8-9-2020 08:20 AM
tak insaf2 lagi dgn tsunami yg melanda
Quote TomyamPuteh 8-9-2020 08:34 AM
Bapak ayam junior.
Quote DayangKirana 8-9-2020 08:39 AM
both still bawah umur tapi dah pandai berniaga jual beli..
Quote buapakperut 8-9-2020 08:50 AM
ish2 baru budak2 lagi...
Quote Kurex 8-9-2020 09:05 AM
Leluhur......
Quote CatMiow 8-9-2020 09:34 AM
Zaman sekarang untung lagi jual manusia.
Quote husna_amal 8-9-2020 10:21 AM
Awal remaja lagi dah buat macam ni. Advance betul.
Quote squeeze 8-9-2020 11:40 AM
muda-muda dah pandai berbisness...cerah mase depan ni jadi bapak ayam yang berjaya
Quote Artemesiaa 8-9-2020 11:44 AM
Mudanya dah jadi bapak ayam selayaknya didakwa
Quote minguk 8-9-2020 11:44 AM
dari keluarga bermasaaalah. emmmm
Quote ell768 8-9-2020 11:50 AM
alahai...apa laa nak jd...kecik2 dh jd bapak ayam
Quote lattehazelnut 8-9-2020 12:24 PM
Dah gatal nak tinggal dgn bf.. kau ingat dia nak bela kau pakai petik duit kat pokok ke..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 07:35 PM GMT+8 , Processed in 0.074227 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top