CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Putus Jari Padah Ganggu Kekasih Rakan

2-9-2020 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2789| Komen: 18

Berang teman wanitanya diganggu, lelaki menetak kenalannya dengan pedang samurai hingga putus ibu jari tangan kiri.

Lapor Harian Metro, kejadian berlaku di hadapan sebuah rumah dekat Permatang Tok Brain, Telok Air Tawar di Butterworth, sekitar jam 6 petang, kelmarin.


Suspek yang tidak berpuas hati mangsa mengganggu kekasihnya menerusi pesanan di aplikasi WhatsApp memanggil rakannya berusia 28 tahun itu ke rumahnya sebelum mengeluarkan sebilah pedang samurai, lalu menetak ibu jari kiri lelaki terbabit.


Gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, mangsa yang bersahabat dengan suspek, 20, sejak kecil turut cedera di lengan akibat dilibas dengan pedang berkenaan ketika cuba mempertahankan diri.

Tambahnya, suspek yang mempunyai tujuh rekod jenayah lampau bersabit jenayah dan dadah melarikan diri sejurus kejadian sebelum mangsa menghubungi polis untuk tindakan lanjut.


"Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) bagi mendapatkan rawatan dan dia kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

"Berdasarkan maklumat diperoleh, polis berjaya menjejaki suspek dan dia ditahan kira-kira 5 pagi semalam untuk siasatan lanjut.

"Mangsa juga mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kudajantan77 2-9-2020 05:07 PM
Bodo punya pasal kena masuk jail... awek bakal dikebas dan diuli jejaka lain...
Quote sarah82 2-9-2020 05:08 PM
Hanya kerana seorg wanita..
Quote Artemesiaa 2-9-2020 05:24 PM
Terlalu ikutkan perasaan sendiri juga yang susah akhirnya
Quote TomyamPuteh 2-9-2020 05:39 PM
Berlaku kt Permatang Tok Brain. Wow! so Western the nameI oso kenot brain
Quote slavehunter 2-9-2020 06:31 PM
Bunga bukan sekuntum mawar merah dik.....
Quote HYSB 2-9-2020 07:56 PM
Awek dia pun sudi berboiprenkan penagih
Quote lavendernovella 2-9-2020 07:58 PM
Kalau ai jadi perempuan tu...
harus lah {:question  + {:stress + {:freak + lariii
Quote Kurex 2-9-2020 08:18 PM
Taik dadah vs taik dadah
Quote nenekglamer 2-9-2020 08:19 PM
Please tinggalkan pakwe tu dek. Dah la ada rekod jenayah.. cara dia handle masalah pun sgtlah barbaric.
Quote NekNgah 2-9-2020 09:13 PM
Nak berboyfriend pun tengok-tengoklah sikit.  Tak sekolah tinggi tak apa asal perangai tu elok.
Quote allshares 2-9-2020 10:25 PM
Geng kongsi gelap ke? Mesti ahli paling rendah pangkat ni.
Quote husna_amal 3-9-2020 09:22 AM
Macam ni lah jadi bila negara simpan mat dadah. Patut awal2 hukum mati kat tali gantung.
Quote jofizo 3-9-2020 09:27 AM
kenot brain la......sesuai la dgn nama kg.....
Quote Cassieopeia 3-9-2020 09:42 AM
tak pasal je msk dlm sbb gf
Quote diss69 3-9-2020 10:20 AM
Mcm gitu perangainya, berpisah laa dik sebelum kawen..
Quote Pink_Purple 3-9-2020 05:10 PM
cara mat mat pet menyelesaikan masalah berkaitan pompuan.
Quote gadget 3-9-2020 05:17 PM
pompuan tu dara lagi ke yg galak berebut sampai jadi kes polis...berbaloi ke idok?
Quote ikanmasin 3-9-2020 05:24 PM
jatuh hancur  lelaki kerna seorang wanita..gituuu

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.061441 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top