CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zimi Sofazr Lafaz Talak Menerusi WhatsApp

25-8-2020 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12296| Komen: 36

Pemuzik dan komposer Zimi Sofazr mendedahkan ikatan perkahwinannya dengan Isma Salwana Ismail, 37, sudah terlerai.

Pemilik nama Zarimi Zahari, 36, itu menceraikan isterinya dengan talak satu menerusi rakaman suara melalui aplikasi sembang WhatsApp.



Kredit foto: IG/mStar

“Saya mengaku memang buat masa sekarang ada masalah rumah tangga. Saya sekarang dalam proses perceraian. Saya lafazkan talak ke atas bekas isteri semalam (Ahad) dan sekarang kami masih menunggu proses mahkamah.

“Urusan ke pejabat agama dan hak penjagaan anak semua saya serahkan pada pihak yang lebih mengetahui,” katanya kepada mStar.

Dia bagaimanapun enggan membuka kisah punca perceraian mereka bagi menjaga aibnya sekeluarga.

"Sejahat-jahat suami sekali pun, dia tetap ada rasa sayang kepada isteri dan anak-anak. Kalau tak, seseorang lelaki takkan mendirikan rumah tangga.


“Kami berdua dah tak sehaluan. Kami dah cuba untuk pertahankan perkahwinan ini, tapi tak boleh. Jodoh dah tak ada. Mungkin sampai di sini saja rumah tangga ini," ujarnya yang memaklumkan memberi hak penjagaan anak kepada isteri.

Zimi juga menafikan dakwaan sebelum ini yang mendakwa dia meninggalkan anak-anak mereka bersama isteri selepas tidak tinggal sebumbung.


Kredit foto: mStar

"Saya tak nak berlawan dengan gosip tapi cerita yang saya tinggalkan anak macam tu saja, itu tak betul. Kalau betul, kenapa dia tak buat aduan di tempat yang betul? Pergilah ke pejabat agama dan sebagainya.

"Kalau betul, anak-anak saya takkan membesar macam sekarang. Takkan bulat-bulat seperti sekarang. Terima kasih cakap macam tu pada saya. Kalau saya memang salah, biar pejabat agama yang tentukan," ujarnya.

Zimi dan Isma yang berkahwin pada 8 Februari 2012 dikurniakan dua anak perempuan iaitu Bunga, 4, dan Zerlinada Ikil, 3.  - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lailerthee 25-8-2020 11:52 AM
Salam takziah. Moga jadi bapa yg bertanggungjawab
Quote manehnya 25-8-2020 12:00 PM
Susah sgt ka nak lafaz kt pejabat kadi, meluat sgt dah ka?!! Ada betina lain Kan??!!!
Quote Orix 25-8-2020 12:04 PM
anak bulat2 tu tanda kau apak bertanggungjawab ke ? choyyyyyyy! kau igt hidup ni sekadar asal boleh makan je
Quote sonatalady 25-8-2020 12:08 PM
Cara berckp..mcm bini bermasalah tp apa2 pn..masa nikah elok jumpa kadi..cerai..buat lah cara yg sama.
Marah mcm mana sekali pn..anak org..ibu kepada anak2 kau gak.pang juga ...lelaki buat apa2 x pakai otak ni.
Quote papazola90 25-8-2020 12:10 PM
Benda yang ditakuti dalam perkahwinan walaupun ada khilaf daripada diri kita.
Quote inspektoremos21 25-8-2020 12:21 PM
Geng2 akim majistret ni semuanya memang kena nampak membusuk ke..
Quote akuMNdia 25-8-2020 12:24 PM
  1. "Saya tak nak berlawan dengan gosip tapi cerita yang saya tinggalkan anak macam tu saja, itu tak betul. Kalau betul, kenapa dia tak buat aduan di tempat yang betul? Pergilah ke pejabat agama dan sebagainya.
Copy the Code


yg dia dok lafaz cerai guna whatsapp tu betul sangat la..???
Quote blue^panther 25-8-2020 12:27 PM
Masa nak kawen dulu pandai mintak cara baik, biar la masa nak cerai pon buat cara baik.... shanaz yg gengster pon pandai cerai elok2, hang yg marhaen ni jangan la buat cara gengter tepi jalan weh.....nanti anak2 dah besar, baca balik artikel ni sakit ati dgn perangai pak dia sendiri tau.....
Quote limaupurut20 25-8-2020 12:35 PM
manehnya replied at 25-8-2020 12:00 PM
Susah sgt ka nak lafaz kt pejabat kadi, meluat sgt dah ka?!! Ada betina lain Kan??!!!

lafaz dalam mahkamah syariah je yang sah. luar mahkamah kena denda bayar
Quote limaupurut20 25-8-2020 12:36 PM
dah tau suami lafaz talak macam tu isteri jgn dok lengah lagi, terus isi borang pengesahan lafaz talak luar mahkamah cepat 2 submit. biar hakim yg putuskan. kita ada undang@ nakk cerai rujuk jgn buat kepala sendiri.
Quote cik_ingeniare 25-8-2020 12:37 PM
Salam takziah.. Moga lepas ni tetap jalankan tanggungjawab kpd anak anak..
Quote Adeakukesah11 25-8-2020 01:21 PM
Geli tgok muka dia. Sorry
Quote bukannonones 25-8-2020 02:02 PM
imgatkan gambar azad jazmin. apapun, takziah
Quote tumpanglalu74 25-8-2020 02:07 PM
Edited by tumpanglalu74 at 25-8-2020 02:09 PM
manehnya replied at 25-8-2020 12:00 PM
Susah sgt ka nak lafaz kt pejabat kadi, meluat sgt dah ka?!! Ada betina lain Kan??!!!
PENYANYI popular Akim Ahmad menjelaskan dia tidak ada yang jawapan boleh diberikan mengenai tindakan anggota kumpulan Sofazr juga komposer, Zarimi Zahari atau Zimi mengumumkan keluar daripada Majistrate.

Akim sebelum ini bekerjasama dengan Majistrate iaitu kumpulan yang menghimpunkan pemuzik daripada setiap band popular tempatan itu.


https://www.hmetro.com.my/rap/2019/09/497320/akim-hormati-keputusan-zimi
Quote tumpanglalu74 25-8-2020 02:11 PM

Quote maharani_gebu 25-8-2020 02:16 PM
ahad lafaz cerai guna wasap... senin dah kabor kat press... attention seeker! selayaknyer di who are yus kan aje lah dia ni
Quote manehnya 25-8-2020 02:46 PM
tumpanglalu74 replied at 25-8-2020 02:11 PM

Ooo mmg camgitu ya pangai... Tarak tulur pnya worang
Quote manehnya 25-8-2020 02:47 PM
maharani_gebu replied at 25-8-2020 02:16 PM
ahad lafaz cerai guna wasap... senin dah kabor kat press... attention seeker! selayaknyer di who are ...

Urghh motip kabo kt press? Nak kaber diri sndiri dlubka sbb ex buka pekong

Or rasa cm superstar gitu kn wat stetmen bagai
Quote husna_amal 25-8-2020 02:58 PM
Dayusnya lafaz cerai guna whatsapp je.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.069029 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top