Mengakui sudah tidak bersama sejak dua tahun lalu, Keith Foo mendedahkan sah bercerai dengan model, Kim Raymond pada Disember tahun lepas. Berkata kepada Gempak, pelakon itu bagaimanapun menjelaskan bahawa hubungan mereka masih rapat demi anak, Skylar Raymond Foo.
"Kami sudah seperti rakan baik dan tiada masalah yang terjadi antara kami berdua biarpun tidak lagi bergelar suami isteri. "Anak tinggal dengan isteri, tetapi setiap hari saya bertemu dengan anak. Jika saya bercuti dan tiada penggambaran, anak akan tidur di rumah saya," katanya. Dalam masa sama, Keith yang berkahwin dengan Kim pada November 2015 menjelaskan bahawa sesebuah perkahwinan tidak boleh dipaksa, jika tidak mungkin perkara lebih buruk baka terjadi. "Kami berpisah secara baik. Perkahwinan tidak boleh dipaksa. Daripada kita paksa-paksa, kita tangguh-tangguhkan, tak tahu apa akan jadi di masa akan datang. "Jika dipaksa dan tiada persefahaman, takut perkara lebih buruk yang bakal terjadi. Sekarang, situasi yang kami hadapi menjadi lebih baik," ujarnya. - CARI
|
Belibis replied at 24-8-2020 04:58 PM
Juga sbb gagal mendidik jadi isteri mithali?
megan_pox replied at 24-8-2020 05:06 PM
Kidfu ni islam ke
bluecrystal replied at 24-8-2020 04:55 PM
Bini dia dah ada bopren baru pun kan..melayu ke lelaki tu..lupala namanya
blue^panther replied at 24-8-2020 05:27 PM
Memang retis sekarang kawen utk dapat anak ke cemana?? Pastu cerai, jadik kawan.....trend baru ker??
hidet replied at 24-8-2020 05:25 PM
Zahir Omar if not mistaken nama dia... pengarah drama/movie..bukan slot akasia..hihi..tapi mcm kat ...
ADVERTISEMENT