Hampir enam bulan Abam Bocey meninggal dunia. Macam-macam terjadi selepas pemergian pelawak ini. Baru-baru ini balu arwah meluahkan rasa terkilan sebab ada pihak yang mendakwa dia seolah-olah tidak pernah bersedih dengan kehilangan suami.
Walau bagaimanapun dia sedikit pun tak terkesan dengan kata-kata negatif tersebut kerana tak ada siapa pun faham apa beban perasaan yang ditanggung. Bukan itu sahaja, Hidayah juga berpegang dengan pesanan Abam supaya tidak mengendahkan kata-kata orang lain.
"Ada orang berkata aku tak sedih dengan kematian suami. Tak mengapalah, cakaplah apapun, Allah maha mengetahui segalanya. "Ingat lagi pesan arwah suami 'sayang, biarlah apa pun orang nak kata kita, mereka bukan bagi kita makan, janji kita dengan cara kita, jangan berhenti berdoa Allah sentiasa ada bersama kita',"luahnya melalui Instagram. Tambahnya kesedihan yang dirasai tidak perlu ditayang pada umum. "Kesedihan tak perlu ditunjuk-tunjuk. bersedih (selain takut kerana Allah), tidak diajarkan dalam agama. Bahkan kita banyak menemui ayat mahupun hadis yang melarang kita untuk bersedih," tambahnya. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|